Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ba.rang.ka.lian] | کبارڠکالين

Definisi : (Mat) pengukuran kemungkinan berlakunya sesuatu (perkara, hal) dinyatakan sama ada dlm bentuk pecahan atau peratusan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ba.rang.ka.lian] | کبارڠکالين

Definisi : 1 kemungkinan berlaku sesuatu perkara, hal dsb. 2 ist pengukuran kemungkinan berlaku sesuatu perkara, hal dsb yg dinyatakan dlm bentuk pecahan atau peratusan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebarangkalian


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEBARANGKALIAN

Kebarangkalian. Apabila kita menyatakan

bahawa satu peristiwa itu lebih berkemungkinan

berlaku daripada satu peristiwa yang lain, ini

bermakna bahawa peristiwa itu lebih

berkemungkinan akan berlaku.

UMUM 
PENDAKWAAN NIAT JAHATPendakwaan berniat jahat terhadap seseorang tanpa sebab dan kebarangkalian yang munasabah.UNDANG-UNDANGKonsep
ALGEBRA BOOLE

Algebra Boole ialah sistem matematik yang

digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam

logik, kebarangkalian, dan kejuruteraan. Sistem ini

dinamakan sempena nama George Boole (1815–1864),

ahli logik dan ahli matematik Inggeris.

UMUM 
TEORI MAKLUMAT

Teori maklumat , memerihalkan bagaimana

mesej dipancar dan diterima melalui sistem

maklumat elektronik seperti televisyen, radio atau

telegraf. Teori ini menyediakan hukum matematik

bagi menentukan kebarangkalian bahawa semua

bahagian mesej yang tersendiri, yang dikenal

sebagai bit , akan dipancar tanpa sebarang herotan.

Jurutera-jurutera elektronik kemudian

menggunakan hukum tersebut bagi meningkatkan

keupayaan, kecekapan, dan kejelasan sistem

maklumat. Penerapan praktik hukum-hukum ini

disebut sebagai sains maklumat.

UMUM 
PASCAL, BLAISE

Pascal, Blaise (1623–1662) ialah ahli fizik, ahli

matematik dan ahli falsafah Perancis. Dia menjadi

terkenal kerana eksperimennya dengan bendalir

dalam fizik dan kerana hasil kerjanya tentang teori

kebarangkalian dalam ilmu matematik.

UMUM 
MIN

Min, dalam statistik, ialah jumlah siri nombor yang

dibahagikan dengan bilangannya. Katakan terdapat

lima orang wanita yang berat masing-masing ialah 67,

62, 68, 69, dan 64 kilogram. Jumlah keseluruhan berat

mereka ialah 330 kilogram. Bahagikan jumlah ini

dengan 5, iaitu bilangan wanita: 330 ÷ 5= 66. Min siri

nombor ini ialah 66 dan berat min wanita-wanita

berkenaan ialah 66 kilogram. Berat 66 kilogram ini

dapat digunakan untuk mewakili perbezaan berat

kelima-lima wanita tersebut, walaupun tidak ada yang

mempunyai berat 66 kilogram. Min lazimnya disebut

sebagai purata aritmetik atau min aritmetik.

Lihat juga Median; Mod; Purata; Statistik

(Kebarangkalian).

UMUM 

Kembali ke atas