Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ba.ya] | کباي

Definisi : baju perempuan yg bertangan panjang dan berbelah di bahagian dadanya (ditutup dgn butang, pin, atau kerongsang); ~ labuh = ~ panjang kebaya yg labuh (hingga ke lutut); ~ pendek = ~ bandung kebaya yg singkat (hingga ke pangkal paha). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ba.ya] | کباي

Definisi : baju berlengan panjang dan berbelah di bahagian dada (ditutup dgn menggunakan kerongsang, butang dll) utk orang perempuan. ~ panjang (labuh) kebaya yg labuh sampai ke lutut. ~ pendek (bandung) kebaya yg singkat sampai ke pangkal paha. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebaya

Puisi
 

Baju putih bukanlah kebaya,
     Pakai hias Baba Melaka;
Hilang jiwa tidak mengapa,
     Asalnya boleh berjumpa mata.


Lihat selanjutnya...(10)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BAJU KEBAYA

BAJU KEBAYA, baju yang berlengan panjang, berpinggang dan berbelah di hadapan. Baju ini dipakai oleh wanita di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Pada asalnya baju ini direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Kini banyak perubahan yang dilakukan ke atas potongan baju tersebut. Ada yang labuhnya hingga ke paras lutut disebut kebaya labuh dan ada yang singkat ke paras punggung sahaja, disebut kebaya pendek. Meskipun begitu, kedua-duanya mempunyai ciri yang sama. Kebaya labuh lebih sesuai dipakai dalam upacara rasmi, istiadat dan majlis kenduri kahwin sahaja, sedangkan kebaya pendek dipakai di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja, oleh semua peringkat umur.

BUDAYAPakaian
KERONGSANG

KERONGSANG, barang perhiasan diri yang disemat­kan di baju atau alat untuk mengancing baju. Biasanya kerongsang digunakan untuk mencantumkan belahan baju kebaya labuh dan baju belah. Kerongsang dibentuk dengan menggunakan logam emas, perak, suasa dan tembaga, dan dihiasi batu permata seperti zamrud, nilam, intan dan delima.

BUDAYAKraf Tangan

Kembali ke atas