Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ba.ya] | کباي

Definisi : baju perempuan yg bertangan panjang dan berbelah di bahagian dadanya (ditutup dgn butang, pin, atau kerongsang); ~ labuh = ~ panjang kebaya yg labuh (hingga ke lutut); ~ pendek = ~ bandung kebaya yg singkat (hingga ke pangkal paha). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ba.ya] | کباي

Definisi : baju berlengan panjang dan berbelah di bahagian dada (ditutup dgn menggunakan kerongsang, butang dll) utk orang perempuan. ~ panjang (labuh) kebaya yg labuh sampai ke lutut. ~ pendek (bandung) kebaya yg singkat sampai ke pangkal paha. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebaya

Puisi
 

Baju putih bukanlah kebaya,
     Pakai hias Baba Melaka;
Hilang jiwa tidak mengapa,
     Asalnya boleh berjumpa mata.


Lihat selanjutnya...(10)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kubamban Bj PT, Sl, Tbsejenis butang tembaga menyerupai butang betawi.Baju kebaya, potongan pendek, bertangan panjang dengan dihiasi dengan kubamban yang diperbuat daripada tembaga menyerupai butang betawi.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
alal bimbang Slbaju yang dipakai oleh penari wanita sewaktu menarikan Tarian Tabawan seperti kebaya pendek.Pakaian bagi penari lelaki dinamakan kantiyu bagi seluar, tumbon bagi baju dan di kepalanya memakai tanjak. Manakala kaum wanita pula berbajukan alal bimbang dan terdapat mahkota di kepalanya.Tarian Kaum Suluk Diminati RamaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
telatok, *talutuk* Mrsejenis alat muzik tradisional.Kaum lelaki tidak terlibat pada acara tersebut kecuali untuk bermain muzik yang terdiri dari 1 biji rebana, tiga biji telatok yang diperbuat rai buluh jenis poring. Pakaian yang dipakai terdiri dari kebaya, kain songket dan tarimpak.Tarian sambut kelahiran bayiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tarimpak, *sarimpak* Bj, MSbhiasan kepala, mahkota yg diperbuat drpd tembaga yg diukir dan berjuntai-juntai.Kaum lelaki tidak terlibat pada acara tersebut kecuali untuk bermain muzik yang terdiri dari 1 biji rebana, tiga biji telatok yang diperbuat rai buluh jenis poring. Pakaian yang dipakai terdiri dari kebaya, kain songket dan tarimpak.Tarian sambut kelahiran bayiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas