Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bé.ba.san] | کبيبسن

Definisi : perihal (keadaan) bebas, kemerdekaan: Kedah mencari ~ negerinya drpd takluk orang-orang Siam; ~ akhbar kebebasan surat khabar menyiarkan berita (membuat ulasan dsb) tanpa dikongkong atau disekat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bé.ba.san] | کبيبسن

Definisi : keadaan atau hal bebas: Pihak pembangkang telah diberi ~ utk mengemukakan pendapat di parlimen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebebasan

Peribahasa

Diberi berpadang luas.

Bermaksud :

Diberi kebebasan sepenuh-penuhnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kebebasan Kehakiman Digasir, Ekonomi Tergugat Apakah makna perkataan digasir. Terima KasihKata gasir bermaksud menggali lubang  dalam tanah (sama makna dengan kata gangsir). Sila rujuk  Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna25.10.2009
apakah maksud liberalisme?Menurut Kamus Dewan, liberalisme ialah fahaman yg liberal, fahaman atau pendirian yg mahukan demokrasi serta kebebasan dlm kegiatan ekonomi.Makna28.07.2007
Maaf Bertanya,Bolehkan Encik/Puan/Cik memeriksa pengguanaan Bahasa Melayu dalam Teks Sajak yang dinurkilankan oleh saya sendiri?Sekian Terima KasihDBP tidak membuat semakan terhadap penggunaan bahasa dalam karya kreatif termasuk sajak, kecuali jika karya tersebut dihantar untuk terbitan DBP. Hal ini disebabkan sajak merupakan salah satu daripada karya sastera. Dalam penghasilan karya sastera, penulis diberikan sedikit "kebebasan" untuk berkarya. Kebebasan yang dimaksudkan adalah dari segi  ritma, kiasan kata, nahu dan susun kata mengikut keperluan penulis bagi melahirkan kesan tertentu. Sungguhpun begitu, penulis disarankan agar menggunakan bahasa yang baik dan betul supaya dapat memperkasakan penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat. 

Untuk membantu tuan membuat semakan bagi penggunaan perkataan yang betul, tuan boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”.
Sastera19.05.2022
maksud kawalan belanjawan

Saudara,

Perkataan kawalan bermaksud 1. yg dikawal; hukuman ~ hukuman yg menyekat kebebasan pergerakan seseorang; 2. usaha atau tindakan mengawal (menjaga, mengawasi): ~ keselamatan akan dilakukan di sepanjang pantai itu; ~ harga penetapan paras harga maksimum oleh kerajaan terhadap barang atau perkhidmatan asas tertentu, terutamanya semasa inflasi atau darurat; ~ kredit (Eko) kawalan yg dikenakan terhadap sistem perbankan bagi mengawal jumlah pinjaman, khususnya dlm pemberian pinjaman dan overdraf; ~ mutu pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawaian mutu yg ditetapkan;

Perkataan belanjawan bermaksud 1. perhitungan banyaknya wang yg akan diterima (sbg pendapatan) dan dibelanjakan, butiran ringkas anggaran pendapatan, dan perbelanjaan: menteri kewangan bertanggungjawab menyediakan ~ negara setiap tahun; 2. peruntukan wang utk sesuatu keperluan atau utk sesuatu jangka waktu: perdebatan mengenai perincian ~ kementerian pendidikan diteruskan hari ini.

 Oleh itu kawalan belanjawan bermaksud kawalan terhadap belanjawan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna18.12.2009
Saya terbaca sajak Sebuah Malam. Penjodoh bilangan sebuah untuk malam dibenarkan dalam sajak?

Penggunaan "sebuah malam" dibenarkan bagi sajak sebagai kebebasan penyair (poetic licence).

Lain-lain04.11.2009
MAKNA KATA Adakah perkataan 'opsyen' telah terbina dalamnya sifat majmuk, atau perlu saya menulis 'opsyen-opsyen'? TK DBP!Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, opsyen bermaksud 1. hak (kebebasan) untuk memilih, pilihan 2. hak untuk membeli atau menjual sejumlah sekuriti dan sebagainya pada harga tertentu dalam tempoh tertentu (bidang Ekonomi). Berdasarkan maksud yang diberikan, perkataan opsyen tidak perlu diulang kerana telah jelas maksudnya. Perkataan ini biasanya digunakan apabila sesuatu pihak diberi hak untuk memilih satu sahaja daripada beberapa pilihan.Makna14.02.2012
apakah maksud sosioekonomi.dan apakah maksud liberalSosioekonomi bermaksud hal-hal berkaitan dengan unsur-unsur atau faktor-faktor kemasyarakatan dan ekonomi, dan liberal bermaksud condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik.Makna18.05.2009
Sekiranya kita memetik ayat pada iklan, tanda petik manakah yang paling sesuai. Satu atau dua. Contoh:Kata-kata pada iklan itu benar-benar memberi semangat baru kepadanya, "Harapan Omar adalah kebebasan, peluru tidak dicipta bagi membunuh harapan."Penggunaan yang betul ialah tanda petik (" "), tanda petik tunggal (' ') lazimnya digunakan dalam tanda petik.Ejaan10.10.2011
Jika tanda "/" membawa maksud "dan" & "atau", saya harap DBP tetapkan yang mana satu. Jika tidak akan berlaku keliruan.Tanda baca "/" boleh membawa maksud dan, atau serta per. Dalam hal ini kebebasan diberikan kepada penulis untuk menentukan maksud yang paling sesuai, oleh itu untuk mengelak kekeliruan kepada pembaca eloklah dieja perkataan yang paling sesuai bagi melambangkan maksud tanda baca tersebut.Tatabahasa25.11.2009
Tuan/puan yang saya hormati,tolong membantu saya berbuat sajak yang bebas dan juga dikatakan sajak yang memantau bentuk terikat tidak dimasukkan.kalau dbp ada cara tolong memberikan segala-galanya yang memudahkan saya menulis sajak yang menekankan kebebasan.terima kasih. semoga pertolongan dapat dikongsikan sama ada ditujukan orang yang bertanya mahupun orang yang menjawab kerana berserta adalah membaiki sistem berkomunikasi digunakan tanpa ada sedikit kekeliruan.Kami mengucapkan syabas atas perhatian dan minat tuan dalam penulisan sajak. Walau bagaimanapun kami tidak menyediakan bantuan secara personel untuk membimbing pelajar yang berminat. Tuan boleh merujuk buku-buku dan majalah Dewan Sastera terbitan DBP untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan penulisan sajak.Lain-lain08.06.2018
1234

Kembali ke atas