Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.be.na.ran] | کبنرن

Definisi : 1. perihal benar (sesuatu), sebenarnya: ~ pepatah ini dapat diuji; hanya masa dapat membuktikan ~ pendapat ini; 2. izin: kedai ini didirikan dgn tidak berlesen atau bersurat ~; 3. sesuatu yg benar (sungguh-sungguh ada, betul-betul demikian halnya): aku percaya pd suatu masa dia akan kembali semula kpd ~ dan kenyataan; ~ dan kejujuran itu ialah hakim utama; 4. Jk kebetulan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.be.na.ran] | کبنرن

Definisi : 1 sesuatu yg benar; sesuatu yg sungguh-sungguh ada atau betul: Banyak perkara mustahil ttg atom yg telah dibuktikan ~nya dgn percubaan-percubaan sains. 2 kelulusan utk membenarkan; izin: Sebelum diadakan perundingan dgn Sultan, Belanda meminta ~ hendak membawa kapal mereka mudik ke Sungai Riau. 3 keadaan benar atau cocok dgn hal yg sesungguhnya: ~ khabar itu masih disangsikan lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebenaran

Peribahasa

Diimbau berbunyi,
     dilihat bersua.

Bermaksud :

Kebenaran yang tak dapat dibantah. diimbau = dipanggil.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya, penggunaan pelanjutan atau perlanjutan yang betul bagi maksud untuk melanjutkan kebenaran memandu. cth: Permohonan kelulusan perlanjutan kebenaran memandu kenderaan jabatan. @ Permohonan kelulusan pelanjutan kebenaran memandu kenderaan jabatan. Terima kasihPermohonan kelulusan pelanjutan kebenaran memandu kenderaan jabatan - pelanjutan bermaksud perihal melanjutkan (kebenaran memandu kenderaan jabatan).Tatabahasa21.03.2011
Dia menyesatkan aku dari jalan kebenaran @ Dia menyesatkan aku daripada jalan kebenaran?Kata sendi nama yang sesuai untuk ayat tersebut ialah daripada kerana "jalan kebenaran" ialah tempat yang abstrak.Tatabahasa13.09.2011
PENGGUNAAN AYAT "PERMOHONAN KEBENARAN KELUAR NEGARA" DAN "KELLULUSAN KEBENARAN KE LUAR NEGARA" ADAKAH SALAH UTNUK DIGUNAKAN SEBAGAI TAJUK SURAT ATAU AYAT DI DALAM SURAT

Ayat/ejaan yang betul ialah "Permohonan Kebenaran ke Luar Negara".

Tatabahasa16.03.2010
Yang manakah pengunaan ayat yang betul: 1- pemohon diberi kebenaran mengunakan kenderaan tersebut mulai daripada tarikh surat kelulusan dikeluarkan ATAU 2- pemohon diberi kebenaran mengunakan kenderaan tersebut mulai dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan ; ATAU 3- pemohon diberi kebenaran mengunakan kenderaan tersebut bermula dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan.Ayat yang betul ialah, "pemohon diberi kebenaran mengunakan kenderaan tersebut bermula dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan", seperti dalam ayat kedua.Tatabahasa05.02.2014
Butik pakaian saya telah berpindah ke alamat baru. DBKL mahukan kebenaran bertulis mengenai papan tanda iklan saya. Sebelum ini memang telah mendapat kebenaran daripada DBP tetapi salinannya telah hilang. Bolehkah saya mendapatkan semula salinannya dan berapakah kos nya? Atau adakah saya perlu membuat semula kebenaran baru daripada pihak DBP? Bagaimanakah caranya dan apakah dokumen yang perlu saya bawa untuk proses ini? Sekian terima kasih
Untuk mendapatkan khidmat pengesahan bahasa Melayu dalam iklan, sila kunjungi Bahagian Penguatkuasaan,  Tingkat 25, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. Tuan atau wakil tuan boleh datang dan membawa  dua visual iklan untuk semakan. Untuk makluman tuan, tiada caj yang dikenakan untuk semakan bahasa buat masa ini tetapi akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Lain-lain02.02.2017
Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak tuan/puan tentang beberapa padanan terjemahan berikut: 1. Plain line drawing - "Lukisan garis langsung" atau "Lukisan langsung"? 2. Great truth - "Kebenaran besar" atau "Kebenaran hakiki"? 3. Musical tunes - "Nada muzik" atau 'Tala muzik"? 4. Tajuk Buku yang berbentuk "commentary", contohnya "Zuo's Commentary", bolehkah dterjemahkan sebagai "Ulasan Zuo" ataupun "Hikayat Zuo" seperti yang diterjemah oleh sesetengah pihak? Sekian, terima kasih.Dalam pangkalan data kami, tidak ada padanan terjemahan khusus bahasa Melayu bagi rangkai kata Plain line drawing, Great truth, Musical tunes dan Zuo’s Commentary. Sungguhpun begitu, cadangan padanan terjemahan yang boleh digunakan mengikut konteks ayat yang sesuai adalah seperti yang berikut:

1.    Plain Line Drawing- Lukisan garis biasa

2.    Great Truth- Kebenaran mutlak

3.    Musical tunes- Tala muzik

4.    Zuo’s Commentary- Sudut Pandangan Zuo

Istilah04.01.2021
Bolehkah menggunakan ayat berikut untuk bilik fail sulit " SILA MASUK DENGAN KEBENARAN "Frasa tersebut betul tetapi terlalu terikut-ikut dengan terjemahan daripada bahasa Inggeris. Cadangan kami ialah SILA MASUK SETELAH MENDAPAT KEBENARAN atau DILARANG MASUK TANPA KEBENARAN.  Tatabahasa14.10.2009
Cara memohon kebenaran untuk memasang singboard

Salam sejahtera, Untuk makluman, permohonan pengesahan bahasa untuk iklan perlu dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, tuan/puan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik Panduan untuk jenis iklan Papan Premis Kedai/Pejabat/Syarikat.  Proses kelulusan mengambil masa 3 hari bekerja selepas DBP menerima bayaran daripada bank pelanggan. 

Lain-lain21.04.2022
Ayat yang manakah betul? 1. Orang Islam melihat kebenaran dan menerimanya? atau 2. Orang Islam melihat dan menerima kebenaran? Kenapa?Kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan kerana tidak menyalahi tatabahasa. Namun, ia bergantung kepada maksud yang hendak disampaikan dalam keseluruhan teks. Terima kasih.Tatabahasa14.09.2017
Ayat terbaik menggantikan "MEMOHON KEBENARAN BAGI MEMBUAT LALUAN MASUK". rasanya membuat seperti bahasa harian biasa.Ayat yang betul bagi penulisan surat rasmi ialah  "MEMOHON KEBENARAN UNTUK MEMBUAT LALUAN MASUK".Tatabahasa10.06.2014
12345678910...

Kembali ke atas