Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.be.na.ran] | کبنرن

Definisi : 1. perihal benar (sesuatu), sebenarnya: ~ pepatah ini dapat diuji; hanya masa dapat membuktikan ~ pendapat ini; 2. izin: kedai ini didirikan dgn tidak berlesen atau bersurat ~; 3. sesuatu yg benar (sungguh-sungguh ada, betul-betul demikian halnya): aku percaya pd suatu masa dia akan kembali semula kpd ~ dan kenyataan; ~ dan kejujuran itu ialah hakim utama; 4. Jk kebetulan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.be.na.ran] | کبنرن

Definisi : 1 sesuatu yg benar; sesuatu yg sungguh-sungguh ada atau betul: Banyak perkara mustahil ttg atom yg telah dibuktikan ~nya dgn percubaan-percubaan sains. 2 kelulusan utk membenarkan; izin: Sebelum diadakan perundingan dgn Sultan, Belanda meminta ~ hendak membawa kapal mereka mudik ke Sungai Riau. 3 keadaan benar atau cocok dgn hal yg sesungguhnya: ~ khabar itu masih disangsikan lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebenaran

Peribahasa

Diimbau berbunyi,
     dilihat bersua.

Bermaksud :

Kebenaran yang tak dapat dibantah. diimbau = dipanggil.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
logical truthkebenaran logik/kebenaran mantikKesenianTiadaTiada
leave of the courtkebenaran mahkamahUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKebenaran yang diperoleh daripada mahkamah bagi membolehkan sesuatu tindakan dilakukan oleh sesuatu pihak terhadap pihak yang lain. Tanpa kebenaran ini, sesuatu tindakan tidak boleh dilakukan sama sekali. Contohnya, kebenaran mahkamah diperlukan untuk melakukan sesuatu tindakan seperti menyaman, menfailkan pindaan terhadap pliding (pernyataan bertulis secara formal tentang sebab sesuatu tindakan atau pembelaan yang dikemukakan oleh plaintif dan defendan dalam sesuatu tuntutan mahkamah) atau mana-mana tindakan undang-undang yang berkaitan.
truth-table logicslogik sifir kebenaran/mantik sifir kebenaranKesenianTiadaTiada
truth tablejadual kebenaranMatematikTiadaJadual yang menyenaraikan nilai kebenaran sesuatu pernyataan majmuk berdasarkan nilai kebenaran komponen-komponen yang terlibat.
aesthetic truthkebenaran estetik; hakikat estetikKesusasteraanTiadaKebenaran yang dikatakan terjalin daripada nilai estetik.
aesthetic truthkebenaran estetik; hakikat estetikKesenianTiadaKebenaran yang dikatakan terjalin daripada nilai estetik.
overflight clearancekebenaran lintas terbangKejuruteraan AutomotifTiadaKebenaran untuk pesawat melintasi sesuatu ruang udara.
outline planning permissionkebenaran perancangan dasarSosiologiTiadaKebenaran secara prinsip yang diberi oleh pihak berkuasa tempatan kepada pemohon sebelum kajian terperinci ke atas cadangan pembangunan itu dibuat.
preautherized chequecek kebenaran terdahuluPentadbiranTiadaCek yang telah diberi kebenaran oleh pemegang akaun untuk menerima cek terus menulis jumlah yang dipersetujui untuk dirinya dengan tidak memerlukan tandatangan pemegang akaun.
outline planning permissionkebenaran merancang dasarPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKebenaran secara prinsip yang diberi oleh pihak berkuasa tempatan kepada pemohon sebelum kajian terperinci ke atas cadangan pembangunan itu dibuat.
12345678910...

Kembali ke atas