Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ben.da.an] | کبنداءن

Definisi : 1. segala yg berupa benda (barang berharga dll): masyarakat yg gila ~; 2. bersifat (berupa) benda: keperluan ~; memberi sokongan semangat dan ~; 3. bersifat gila akan harta benda: manusia sekarang terlalu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ben.da.an] | کبنداءن

Definisi : 1 apa-apa yg berupa atau yg bersifat benda; yg mengenai benda. 2 yg bersifat mementingkan harta benda: golongan yg terlalu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebendaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
destructionpemusnahanSejarahTiadaTindakan atau proses memusnahkan objek kebendaan atau bukan kebendaan sehingga pupus seperti yang dilakukan oleh tentera Nazi sewaktu perang dunia kedua.
material culturekebudayaan kebendaan (budaya benda)ArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiArtifak yang ditinggalkan oleh manusia yang bersifat kebendaan, dibuat oleh manusia dan dapat disentuh. Kebudayaan ini secara tidak langsung memperlihat perkembangan budaya manusia dan melibatkan unsur kepercayaan, peralatan dan teknologi pembuatan. Peninggalan tersebut dapat dilihat seperti menhir, batu bersurat, monumen senjata dan seramik.
cultural lagsenjang budayaSejarahTiadaPerkembangan atau perubahan satu aspek budaya yang agak perlahan biasanya budaya bukan kebendaan agak lambat berkembang berbanding budaya kebendaan atau budaya teknologi.
corruptionrasuahKriminologiKeadilan JenayahPenyalahgunaan kuasa yang dilakukan untuk tujuan kepentingan diri atau mendapatkan keuntungan, sama ada dalam bentuk kebendaan atau perkhidmatan. Tindakan ini termasuklah perbuatan memberikan habuan berbentuk kebendaan atau perkhidmatan kepada penerima dengan tujuan untuk mendapatkan manfaat atau kepentingan secara tidak adil.
materialismfaham kebendaanKesusasteraanTiadaFahaman yang mempercayai bahawa hanya bendalah yang menyebabkan adanya dan terjadinya segala sesuatu dalam dunia ini.
materialismfaham kebendaanPendidikanTiadaTiada
materialismfaham kebendaanSejarahTiadaTiada
materially equivalentkebendaan)KesenianTiadaTiada
material culturebudaya kebendaanGeografiTiadaTiada
material culturebudaya kebendaanPendidikanTiadaTiada
123

Kembali ke atas