Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.be.ra.da.an]/[ke.ber.a.da.an] | کبراداءن

Definisi : keadaan (sifat) berada: semua benda bersifat sementara sehingga akhirnya ~nya terletak di suatu tempat lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.be.ra.da.an]/[ke.ber.a.da.an] | کبراداءن

Definisi : keadaan atau hal berada (di sesuatu tempat); kehadiran: Dlm siasatan itu, ~nya di tempat kejadian menimbulkan tanda tanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keberadaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengapakah kata seperti kebertanggungjawaban, keberadaan, keberhasilan, keberkesanan dan kata - kata seumpamanya menggunakan apitan ke-...-an dan bukannya per-...-an seperti pergaduhan (bergaduh), permainan (bermain), perjanjian (berjanji), percintaan (bercinta) dan seumpamanya? Salahkah jika kebertanggungjawaban saya tulis sebagai pertanggungjawaban, keberadaan sebagai peradaan, keberkesanan sebagai perkesanan dan keberhasilan sebagai perhasilan? Saya mohon pencerahan dan berterima kasih jika pihak DBP menjawab pertanyaan (kebertanyaan?) saya.

Apitan pe-...-an membentuk kata nama. Apitan pe-...-an bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan kata kerja untuk menandakan makna tempat atau kawasan khusus, seperti petempatan dan pesisiran.  Hasil gabungan apitan ini dengan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas menandakan makna khusus, iaitu hal yang berkaitan dengan kata dasar atau hasil daripada melakukan maksud kata dasarnya  seperti perakuan dan persengketaan.

Untuk mengenal pasti kelas kata terbitan daripada apitan ke-...-an hendaklah melihat konteks penggunaannya dalam ayat. Dalam buku Tatabahasa Dewan, perkara ini diterangkan di bawah tajuk Aspek makna apitan ke-...-an (halaman 213), contohnya perkataan kehujanan ialah kata nama sepertimana fungsinya dalam ayat "Dia kehujanan di jalan".
Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 212-213

Tatabahasa22.11.2017
Salam. Saya ingin bertanya tentang pertama, keberadaan subjek dan predikat dalam ayat ini. Memandangkan ia ayat majmuk, adakah ayat ini mempunyai lebih daripada 1 subjek dan 1 predikat? "Tapi dia dan isterinya tidak pernah sembahyang maka itu Johan ke bilik belakang untuk menyempurnakan pesanan gurunya." Kedua, adakah ayat di bawah ini ayat songsang? "Johan pasti ke bilik Pak Kudus, orang tua yang menjadi tukang kebun rumahnya, fikir Ahmadi." Terima kasih.

Subjek dan predikat merupakan pola bagi pembentukan ayat dasar. Contohnya, Encik Ahmad guru sekolah. Encik Ahmad merupakan subjek dan guru sekolah ialah predikat. Manakala ayat majmuk pula ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Contohnya Johan dan isterinya tidak pernah sembahyang maka dia pun pergi ke bilik belakang untuk menyempurnakan pesanan gurunya. Dalam contoh tersebut, terdapat 3 ayat tunggal yang digabungkan menjadi satu ayat.

Untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 250-254 dan 497-522.

Ayat kedua ialah dialog dalam karya sama ada cerpen atau novel. Dalam dialog, penulis biasanya berkecenderungan menggunakan bahasa percakapan seharian. Sedangkan ayat songsang pula merupakan ayat terbalik atau songsang, iaitu predikat mendahului subjek. Contoh ayat songsang, Comel kucing itu. Perkataan comel merupakan predikat dan kucing itu ialah subjek.

Untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 457-458.

Tatabahasa30.09.2021
Adakah ayat- ayat di bawah betul? 1) Ali ingin mengetahui keberadaan ayahnya selama ini. 2) Ali inginmengetahui tempat ayahnya berada selama ini.Kedua-dua ayat tersebut betul penggunaannya kerana mempunyai maksud yang sama.Istilah30.06.2014
Apakah perkataan bahasa Melayu yang sesuai untuk 'visibility' dalam ayat di bawah? Objektif program ini adalah untuk meningkatkan 'visibility' persatuan kita dalam kalangan masyarakat setempat. Saya mempunyai cadangan perkataan 'keberadaan' dan 'ketampakan'. Adakah perkataan lain yang lebih tepat dan sesuai? Adakah 'visibility' sudah diterima dalam bahasa Melayu sebagai 'visibiliti'? Terima kasih.Perkataan visibility diterjemahkan kepada kebolehlihatan dan ketampakan mengikut konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh lihat melalui http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=visibility.Penyemakan dan penterjemahan12.06.2015

Kembali ke atas