Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.be.ra.da.an]/[ke.ber.a.da.an] | کبراداءن

Definisi : keadaan (sifat) berada: semua benda bersifat sementara sehingga akhirnya ~nya terletak di suatu tempat lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.be.ra.da.an]/[ke.ber.a.da.an] | کبراداءن

Definisi : keadaan atau hal berada (di sesuatu tempat); kehadiran: Dlm siasatan itu, ~nya di tempat kejadian menimbulkan tanda tanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keberadaan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
keberadaankeadaan atau hal berada (di sesuatu tempat); kehadiran: Dlm siasatan itu, ~nya di tempat kejadian menimbulkan tanda tanya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
keberadaankeadaan (sifat) berada: semua benda bersifat sementara sehingga akhirnya ~nya terletak di suatu tempat lain;Kamus Dewan Edisi Keempat
ada1 hadir: Emak saya tidak ~ di rumah. 2 mempunyai: Orang itu ~ harta. 3 benar; sungguh: Saya ~ menerima surat drpdnya. ada-ada; ~ saja selalu saja ada yg dikatakan atau yg diminta. adalah 1 (digunakan pd permulaan cerita) ada: ~ seorang pemuda yg miksin. 2 (digunakan utk menghubungkan subjek atau benda dgn predikat atau ceritanya): Kemalangan itu ~ yg paling ngeri yg pernah kulihat. adapun perihal; ttg hal: ~ anak raja itu tersangatlah buas serta nakal. berada 1 hadir atau ada (di): Ketika peristiwa itu berlaku, saya ~ di Kota Bharu. 2 berharta; kaya: Drpd lagak dan pakaiannya, dia pasti anak orang ~. keberadaan keadaan atau hal berada (di sesuatu tempat); kehadiran: Dlm siasatan itu, ~nya di tempat kejadian menimbulkan tanda tanya. mengada-ada 1 berbuat sesuatu (spt meminta, berkata, berfikir) yg bukan-bukan. 2 berbuat sesuatu kerana hendak menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah. mengadakan 1 menjadikan ada; mewujudkan: Tuhanlah yg ~ alam ini. 2 menyebabkan ada; menyediakan (wang, tempat dll); menubuhkan (persatuan dsb): Mereka berusaha ~ kelas bimbingan utk ahli-ahli persatuan itu. keadaan 1 suasana yg meliputi sesuatu masa (peristiwa dsb): ~ darurat di Tanah Melayu telah diisytiharkan tamat dlm bulan Julai 1960. 2 rupa atau sifat sesuatu benda yg dpt dilihat: ~ dlm bilik itu sangat bersih dan teratur. berkeadaan berada dlm keadaan: Perabot dan barang-barang dlm rumah itu ~ baik. pengadaan perihal atau perbuatan mengadakan: ~ institusi tempat menimba ilmu dpt membantu anak-anak muda mendapatkan ilmu pengetahuan. seadanya 1 mana-mana yg ada saja: Jemputlah makan ~. 2 dlm keadaan yg sedia ada: Si gadis sanggup menerima jejaka itu ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ada1. boleh didapati (ditemui, dilihat, dsb), bukan khayalan atau rekaan, wujud: ada orang yg mempercayai hantu itu ~ dan ada pula yg mengatakan ianya khayalan manu­sia; tidak ~ lagi binatang raksasa sekarang; 2. boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dsb) di sesuatu tempat: gula dan kopi ~ di dlm almari itu; dia tidak ~ di rumahnya sewaktu kami sampai; 3. telah sedia, telah terkumpul dsb (utk diberi perhatian dsb): ~ banyak surat yg perlu ditandatangani; ~ kerja penting yg belum diurus lagi; 4. mempunyai: Razi ~ banyak barang mainan; tidak ~ cita-cita; 5. (masih) hidup, belum meninggal dunia: ibunya masih ~ tetapi ayahnya sudah meninggal; dia sudah tak ~ dia sudah meninggal dunia; 6. benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya (digunakan utk menguatkan kata kerja selepasnya): dia ~ pergi ke sekolah petang tadi; saya ~ menerima surat daripadanya; 7. hadir (digunakan sbg menjawab panggilan guru dll sewaktu memastikan kedatangan murid dll); 8. apakah (digunakan utk melem­butkan pertanyaan): ~ encik melihat adik saya? ~ gula, ~ semut prb kalau orang kaya banyak­lah kawannya; ~ air, ~ (adalah) ikan = ~ padang, ~ belalang = ~ batang, ~ cendawan tumbuh prb di mana pun kita duduk, ada rezeki; ada-ada; ~ saja a) selalu berlaku sesuatu atau timbul perkara baru dll: ~ saja yg menye­babkan penderitaannya; jarang ia di rumah, ~ saja orang datang mengajaknya berjalan; b) selalu ada sesuatu yg ditimbulkan, ada kerenahnya (ragamnya dsb): “A~ saja kau! Ada orang hendak, kau pun hendak juga!”; seada-adanya = seadanya (sekadar atau setakat) apa-apa yg ada: hidangan ~ sudah sedia; adakah 1. apakah ada (utk mengeraskan pertanyaan), ada atau tidak (tiada): soalnya, ~ terdapat novel karangannya? 2. benarkah (atau tidak), sesungguhnyakah (atau tidak): ~ kekalahannya tahun ini lebih besar drpd kekalahan tahun lalu? ~ duri dipertajam prb perselisihan yg telah ada tidak perlu diperbesar lagi; adakan mana ada, mana boleh, masakan: ~ kucing bertanduk; adalah 1. sl sesungguhnya (digunakan pd permulaan ayat, kenyataan, dsb): ~ makam ini dikurniai raja kpd aku, barang siapa hendak duduk bayarkan sewanya kpd aku; 2. ialah (utk menghubungkan sesuatu yg diperkatakan dgn huraian, penjelasan dsb yg mengenainya): hadiah itu ~ utk murid terpandai; adanya 1. perihal ada (berlaku, terdapat, dsb), wujudnya: ~ kekacauan merosakkan keadaan ekonomi; 2. demikianlah halnya: mereka itu spt adik-beradik ~; ada-adanya, ada-adanyakah mana boleh, mungkinkah: ~ ayam berkaki tiga; adapun mengenai, perihal: dapat dikemuka­kan bahawa ~ cerita pendek pd umumnya menceritakan hal manusia juga; berada 1. ada (di), ada atau terdapat di sesuatu tempat atau dlm sesuatu keadaan: hidupmu sedang ~ di tepi jurang kebinasaan; sewaktu kejadian itu berlaku, dia ~ di Singapura; 2. berharta, kaya: keluarganya boleh dikatakan ~ juga; berada-ada = ada-berada ada sesuatu yg tersembunyi (spt sebab, maksud, dll); kalau tidak ~ takkan tempua bersarang rendah prb tentu ada maksud tersembunyi seseorang berlaku secara luar biasa; keberadaan keadaan (sifat) berada: semua benda bersifat sementara sehingga akhirnya ~nya terletak di suatu tempat lain; mengada-ada 1. berkata (meminta, berfikir, membuat, dll) yg bukan-bukan: jangan kamu ~ saja; 2. bercakap atau menunjukkan ke­lakuan (gerak-geri dsb) spt menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah dsb (membuat orang meluat): sejak pulang dr luar negeri, dia sudah ~, sudah berlagak spt orang Barat; 3. Id melebih-lebihkan (sesuatu yg diperkata­kan), membuat-buat, berbohong: aku tak percaya sebab dia suka ~; 4. menyusahkan (suka meminta yg bukan-bukan dsb): ah, ~nya orang ini, apa kehendak kau? mengadakan 1. menjadikan ada atau wujud, mewujudkan, menjadikan, menciptakan: Tuhanlah yg ~ seluruh alam ini; 2. meng­usaha­kan sehingga ada (tersedia, terdapat, dsb), menyediakan: ~ wang yg diperlukan; peruntukan belanjawan utk ~ lebih banyak sekolah dan maktab teknik; 3. mengusahakan sehingga berlaku atau berjalan sesuatu (spt seminar, mesyuarat, kenduri, dll), mengan­jurkan serta mengurus sesuatu: ~ kursus bahasa-bahasa asing; ~ kempen kebersihan; mengada-adakan mengadakan atau me­nim­­­bulkan dsb sesuatu (spt cerita, alasan, dll) yg sebenarnya tidak ada atau tidak benar, membuat-buat, mereka-reka: dia sengaja ~ cerita itu utk mendapatkan simpati drpd kawan-kawannya; keadaan 1. hal atau kedudukan (seseorang atau sesuatu) pd sesuatu ketika atau jangka waktu: pesakit itu berada dlm ~ tenat; ~ di sesebuah negara semasa berlaku peperang­an; ~ hidup kaum nelayan; ~ cuaca; 2. rupa (sifat, kedudukan, dsb) sesuatu sebagaimana yg dapat dilihat: seorang pegawai polis sedang membuat catatan tentang ~ di tempat itu selepas berlaku rompakan; ~ tubuhnya tegap sasa; 3. suasana (di atau di sekitar sesuatu tempat): ~ di situ pd waktu malam senyap sunyi; berkeadaan (berada) dlm keadaan (ke­dudukan, suasana, dll): pd tahun itu negeri Selangor ~ kacau-bilau kerana perkelahian anak-anak rajanya; di hadapan gadis dia ~ canggung; pengadaan perihal mengadakan sesuatu: ~ kelas agama pd waktu petang.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas