Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.be.ra.nian] | کبرانين

Definisi : kegagahan, keperkasaan: dia mendapat pangkat itu dgn ~ dan pengorbanan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.be.ra.nian] | کبرانين

Definisi : sifat(-sifat) berani: Cerita ttg ~ askar-askar Raja Haji menyerbu ke dlm kubu Belanda di Teluk Ketapang itu sungguh menggerunkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keberanian

Peribahasa

Tiada tertikam tuah oleh berani.

Bermaksud :

Orang yang bertuah tiada dapat dialahkan dengan keberanian.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
couragekeberanianPendidikanTiadaTiada
heroismkewiraanKesusasteraanTiadaSifat-sifat yang ada pada seseorang wira seperti kepahlawanannya, keberanian, pengorbanan diri, tidak mementingkan diri sendiri dan sebagainya.
blessingberkat; rahmatSejarahTiadaRahmat, berkat atau kurnia dari kuasa tertinggi atau Tuhan, biasanya pengurniaan bintang keberanian yang dilakukan oleh pemerintah atau maharaja sejak zaman Rom kepada pahlawannya.
citationucap jasa; kutipan; nukilanSejarahTiada2. Kenyataan atau pernyataan rasmi sebagai penghargaan di atas kejayaan atau keberanian seseorang.
sagahikayat; sagaKesusasteraanTiadaHikayat - Hasil kesusasteraan yang dicipta tanpa diketahui nama pengarang dan tarikhnya, yang mengandungi kesaktian, keberanian dan kegagahan wira yang luar biasa serta unsur magis.
heroic poetrypuisi wiraanKesusasteraanPuisiPuisi yang mengungkapkan tentang tokoh sejarah, terutama yang berhubung dengan sifat-sifat kepahlawanan, kegagahan, keberanian dan ketaatsetiaan terhadap pemerintah. Contohnya, puisi "Tok Janggut" karya Rahimidin Zahari.
heroismkewiraan/heroismeKesusasteraanPuisiAliran dalam penciptaan puisi yang menerapkan unsu kewiraan. Heroisme seseorang tokoh sejarah atau legenda dilihat daripada segi keberanian. kepahlawanan dan juga kegagahannya. Contohnya, puisi ''Pasir Salak'' karya Firdaus Abdullah yang menceritakan tentang kewiraan Datuk Matiarajalela. Langkah pendekar langkah berisi langkah pahlawan tak kenal gentar rawana lnggeris hendak dicari hendak dipenggal hendak dikelar. Pendekar gagah pendekar berani Ngah Jabor serta Tuk Sagor gagah pendekar tak takut mati Walau selangkah berpantang undur. Maharajalela, Maharajalela jika memancung tiada bertanya kobarkan semangat biar menyala tuntutlah mali tuntutlah bela.
night walkjejak malamUmumTiadaAktiviti berjalan-jalan atau bersiar-siar pada waktu malam di kawasan tertentu. Aktiviti ini juga selalunya dijalankan di kem-kem latihan bagi menguji keberanian dan kekentalan jiwa seseorang.
chivalric literaturesastera kesateriaanKesusasteraanTiadaBentuk karya sastera yang berteraskan suatu sistem moral dan tata kelakuan kehidupan istana raja-raja. Karya ini hidup subur di Perancis, Sepanyol dan England sekitar abad pertengahan. Tema utama karya ialah kisah kepahlawanan, percintaan, kesetiaan, keberanian, perjuangan, peperangan dan sebagainya. Karya kesateriaan menampilkan wira selaku sateria yang gagah dan berani serta teguh kepada ikatan tradisi istana. Mereka sentiasa berjuang dan mempertahankan maruah, raja, permaisuri, wanita, serta masyarakat yang tertindas. Antara karya yang terkenal ialah kisah kepahlawanan Raja Charlemagne (Perancis), King Horn dan Guy of Warwick (England) dan King Arthur and the Knights of the Round Table dan Ivanhoe (Britain).
kiasankiasanKesusasteraanTiadaUngkapan yang digunakan untuk mengatai dan mengejek seseorang tidak dengan berterus terang. Kiasan juga digunakan untuk menerangkan sesuatu perkara secara bandingan, sama ada dengan menyebut bandingannya atau sebaliknya. Kiasan mempunyai perkataan sebanding dengan kinayah dalam bahasa Arab, dan kinayah merupakan salah satu aspek ilmu al-bayan (retorika). Namun, kisah berbeza dengan kinayah kerana kiasan mampu menjelaskan lagi maksud sesuatu perkara atau dapat memberikan makna dan kesan yang khusus kepada pengucapnya, sedangkan kinayah digunakan untuk tujuan bombastik atau penekanan untuk menggambarkan sifat mulia dan keberanian seseorang. Kiasan mempunyai persamaan dengan eufemisme dari sudut gambaran sifat sensitiviti, kesopanan dan rasa malu penuturnya untuk mengelakkannya daripada menyinggung perasaan orang lain.
12

Kembali ke atas