Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ber.ha.si.lan] | کبرحاصيلن

Definisi : perihal berhasil atau tercapai (sesuatu matlamat, rancangan, tujuan, usaha dll): suatu keistimewaan lain ialah ~ pengarang menggunakan monolog; ~ peng­gunaan istilah banyak bergantung pd masya­rakat penggunanya; ~ sesebuah novel; ~ sesuatu prosedur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hasil (kata nama)
1. Rujuk dapat pendapatan

2. Rujuk panen

3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,

4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
achievementkeberhasilanPentadbiranPengurusanTiada
quick winslangkah pantasUmumTiadaInisiatif jangka pendek untuk memulakan langkah pelaksanaan transformasi bagi mencapai keberhasilan dalam tempoh masa terdekat.
classicalklasikKesusasteraanTiadaKarya puisi milik sesuatu bangsa yang telah dicetak atau masih dalam bentuk tulisan tangan dan mempunyai nilai sastera yang tinggi. Karya ini dijadikan ukuran untuk menentukan keberhasilan sesebuah karya sezaman atau kemudian daripadanya. Dalam konteks puisi Melayu tradisional, Syair Siti Zubaidah, Syair Perahu dan Syair Perang Makarnr adalah antara syair-syair Melayu yang dianggap klasik.
Management By Objective (MBO)Pengurusan Berdasarkan ObjektifPengurusanPerancanganSalah satu teknik pengurusan yang melibatkan perbincangan dua hala antara pengurus dengan pekerja dalam merancang matlamat bersama dan berusaha untuk mencapai objektif tersebut. Selain memberikan peluang kepada pekerja untuk turut serta dalam menetapkan objektif, teknik ini juga membolehkan keberhasilan matlamat yang lebih fokus dan meningkatkan motivasi pekerja. Pelaksanaan Pengurusan Berdasarkan Objektif turut membantu proses pemantauan pelaksanaan tugas dengan lebih berkesan dan penilaian prestasi pekerja yang lebih telus.
classical balladbalada klasikKesusasteraanPuisiPuisi kisah atau cerita tentang sesuatu atau seseorang tokoh pahlawan (legenda) yang lazimnya mengandungi nada romantis dan nilai sentimental, sama ada yang bercetak atau masih berbentuk lisan. Ciri-ciri yang menunjukkan sesebuah puisi itu tergolong dalam kategori balada klasik adalah dari segi nilai sasteranya yang tinggi, dijadikan ukuran menentukan keberhasilan puisi yang sezaman dengannya atau lebih kemudian.

Kembali ke atas