Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ber.kai.tan] | کبرکاءيتن

Definisi : keadaan (hal) berkait: terdapat ~ sistem-sistem ilmu pengetahuan tersebut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keberkaitan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
imputabilitykeberkaitanUndang-undangTiadaTiada
brand associationkeberkaitan jenamaKomunikasiKorporatKeadaan mengaitkan sesuatu jenama dengan sesuatu nilai yang terdapat dalam kehidupan pengguna. Proses mengaitkan barangan dengan nilai kehidupan pengguna ini dirancang secara strategik oleh perancangan pengiklanan untuk menguasai pasaran. Matlamat perancangan adalah untuk memastikan khalayak menerima barangan yang dipasarkan sebagai satu keperluan kehidupan. Sehubungan itu, perancang pengiklanan perlu mengaitkan barangan dengan sesuatu yang bermakna dalam kehidupan seperti gaya hidup, kasih sayang, hubungan antara manusia, dan hubungan manusia dengan alam. Contohnya, jenama A dikaitkan dengan keselesaan dan keunggulan. Jenama B dikaitkan dengan gaya hidup yang sihat, manakala jenama C dikaitkan dengan kehidupan yang aktif. Kesan daripada perancangan strategik ini boleh membantu pengguna untuk membuat perkaitan antara jenama dengan nilai kehidupan yang baik sehingga mewujudkan suatu ciri budaya yang positif.
brand loyaltykesetiaan jenamaKomunikasiKorporatTanggapan, pandangan, sikap, atau kepercayaan positif terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan serta perasaan keakraban, keberkaitan, dan keterlibatan yang kukuh dalam kalangan khalayak terhadap sesuatu jenama barangan dan perkhidmatan. Perasaan ini merupakan peringkat kesan iklan terakhir yang hendak dicapai oleh pengiklan. Setiap syarikat perniagaan barangan dan perkhidmatan akan berusaha untuk mewujudkan pengguna yang setia terhadap jenamanya dengan menggunakan pelbagai kaedah pengiklanan. Hal ini kerana kesetiaan tersebut boleh mewujudkan sekumpulan pengguna yang sukar mengubah cita rasa terhadap barangan atau perkhidmatan lain dalam sebarang keadaan. Ciri-ciri kesetiaan khalayak terhadap barangan ialah barangan diterima dan diwarisi dalam keluarga pengguna, barangan wujud dalam pasaran dalam tempoh masa yang lama, serta mutu barangan yang memberikan kepuasan dan tidak menghampakan pengguna. Selain itu, berlaku pengulangan pembelian dan penggunaan barangan. Perubahan nilai harga barangan atau perkhidmatan tidak akan mempengaruhi kesetiaan jenama.
body (speech)kandungan utama (ucapan)KomunikasiKorporatBahagian keempat dalam struktur ucapan rasmi selepas bahagian pengenalan. Di bahagian ini, terdapat isi utama yang menjelaskan tema ucapan. Bahan disusun mengikut prinsip kronologi, keutamaan, keberkaitan, dan kepentingan. Isu dan hujah diolah secara strategik bagi mengekalkan perhatian khalayak. Seseorang eksekutif perhubungan awam bertanggungjawab melakukan penyelidikan dan mengumpul maklumat untuk menyokong hujah bahagian utama ucapan melalui bantuan perundingan atau disediakan sendiri oleh bahagian perhubungan awam.
reference groupkumpulan rujukanKomunikasiKorporatKumpulan tertentu yang menjadi bahan rujukan atau teladan dalam pembentukan citra dan tingkah laku bagi individu kumpulan atau sesebuah organisasi. Kumpulan rujukan ini biasanya terdiri daripada mereka yang telah berjaya dalam sesuatu usaha, atau individu terkenal seperti budayawan, seniman, ahli politik, ahli ekonomi, ahli sukan, dan para pemikir. Kumpulan ini biasanya mendapat liputan media atau terdedah kepada orang ramai. Dalam komunikasi korporat, kumpulan rujukan penting dalam konteks keberkaitan hubungan mereka dengan organisasi. Keberkaitan dengan kumpulan rujukan menunjukkan status organisasi dan kedudukan citra yang positif dalam kalangan khalayak berbanding organisasi lain. Kumpulan rujukan ini kerap dilantik sebagai perunding kehormat atau menjadi ahli lembaga pengarah organisasi. Kumpulan rujukan ini berfungsi untuk membantu meningkatkan dan mengekalkan citra dalaman dan luaran organisasi. Antara personaliti yang kerap menjadi kumpulan rujukan termasuklah ahli politik ternama, ahli perniagaan, pegawai kanan kerajaan yang pernah memegang jawatan strategik, ahli sukan, dan penghibur.

Kembali ke atas