Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ber.ka.tan] | کبرکتن

Definisi : sesuatu amalan yg mendatangkan berkat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ber.ka.tan] | کبرکتن

Definisi : hal atau keadaan berkat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keberkatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Pengerusi memulakan Mesyuarat Ke-52 Jawatankuasa Laksamana (JLAKS) dengan mengucapkan salam dan menjemput semua ahli JLAKS yang beragama Islam untuk membacakan Surah Al-Fatihah memohon keberkatan kepada Allah SWT. 2. Pengerusi seterusnya mengucapkan selamat datang dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli JLAKS yang hadir ke mesyuarat JLAKS kali Ke-2 pada tahun ini. Pengerusi juga mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa JLAKS yang baru dinaikkan pangkat mulai 19 Sep 13 yang lalu seperti berikut:Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama.  Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat.Lain-lain13.01.2014
Assalamualaikum dan Salam sejahtera.. Nama saya Abdul Aiman pelajar daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan ingin mengajukan satu soalan.Adakah pihak Dewan Bahasa dan Pustaka berminat dan mengalukan sekiranya kami ingin mengetengahkan hasil penulisan karya pelajar ke dalam majalah-majalah pihak DBP.Inisiatif ini bagi menggalakkan penulisan karya dalam kalangan pelajar disamping untuk mengasah bakat dan menggalakkan para pelajar dalam menghasilkan karya-karya.Usaha ini sesuai dengan matlamat DBP dalam memartabatkan bahasa Melayu disamping melahirkan pelajar berintelek dalam berkarya seterusnya melahirkan serta mengcungkil bakat pelajar yang terpendam.Moga-moga usaha ini dapat dititikberatkan oleh pihak DBP.Moga Allah memberi keberkatan dan kerahmatan diatas keputusan pihak tuan dalam memutuskan apa jua keputusan.Moga keputusan tersebut memberi faedah bersama.
Assalamualaikum/ Selamat sejahtera,
 
Tuan/ Puan yang dihormati,
 
Waalaikumussalam Encik Abdul Aiman.
 
Terima kasih kerana berminat untuk menghantar karya kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. Kami dari Bahagian Majalah sangat mengalu-alukan kiriman karya daripada penulis. 
 
Untuk makluman tuan, bagi penulis dalam kalangan remaja atau pelajar dari Institut Pendidikan Guru atau institusi pengajian tinggi awam atau swasta, majalah yang sesuai untuk penghantaran karya ialah majalah Dewan Siswa (DS) danTunas Cipta (TC)
 
Tuan dan rakan bolehlah menghantar karya kreatif (cerpen atau puisi) dan karya bukan kreatif (rencana, berita dan lain-lain) kepada editor majalah yang berkaitan. Sehubungan dengan itu, tuan bolehlah merujuk ruangan yang disediakan dalam majalah yang berkaitan untuk mendapatkan lebih kefahaman tentang karya diperlukan.
 
Tuan dan rakan bolehlah e-melkan karya yang berkaitan kepada editor DS melalui e-mel, yusaida@dbp.gov.my dan penolong editor DS, suhaila@dbp.gov.my atau editor TC melalui e-mel, noorisa@dbp.gov.my dan penolong editor TC, syafiqahkhalid@dbp.gov.my.
 
Selamat berkarya.
 
Sekian, terima kasih.
Lain-lain25.11.2019

Kembali ke atas