Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebertanggungjawapan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kebertanggungjawaban atau kebertanggungjawapan?

Perkataan yang betul ialah "kebertanggungjawaban". Proses pengimbuhan perkataan bertanggungjawab + ke-…-an membentuk perkataan kebertanggunjawaban. 

Tatabahasa14.10.2021
Pohon beri terjemahan dan perbezaan antara "accountability" dan "responsibility"

Saudara,

Perkataan 'accountability' bermaksud  kebertanggungjawapan: ~ lies with the manager, kebertanggungjawapan terletak pd pengurus.

Perkataan 'responsibility bermaksud tanggungjawab: a position of heavy ~, jawatan yg berat tanggungjawabnya; the responsibilities of parents toward their children, tanggungjawab ibu bapa thdp anak-anak; /assume, bear, take/ ~ for, bertanggungjawab thdp: he took full ~ for his action, dia bertanggungjawab penuh thdp tindakannya; on o s own ~, atas tanggungjawab sendiri.

Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna15.10.2009
yang mana betul: kebertanggungjawapan atau kebertanggungjawaban?Perkataan yang betul ialah "kebertanggungjawaban". Proses pengimbuhan perkataan bertanggungjawab + ke-…-an membentuk perkataan kebertanggunjawabanLain-lain22.05.2023
Apakah perbezaan antara "kebertanggungjawapan" dan "kebertanggungjawaban" dan bagaimana penggunaannya?Jawap dan jawab boleh digunakan dan merupakan varian. Jawab adalah betul dari segi morfologi manakala jawap pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawap sebagai subentri kepada jawab. Perkataan yang lebih tepat ialah kebertanggungjawabanTatabahasa19.12.2017
BAGAIMANA "INTELLIGENT ACCOUNTABILITY" BOLEH DITULIS DALAM BAHASA MELAYU.Belum ada terjemahan intelligent accountability dalam pangkalan data kami. Accountability diterjemahkan kepada kebertanggungjawapan, manakala inteligent boleh diterjemahkan kepada pintar, cerdas, cerdik atau mampu. Dalam bidang pendidikan, intelligent diterjemahkan kepada cergas seperti intelligent reasoning diterjemahkan kepada taakulan cerdas. Berdasarkan bentuk istilah yang ada, kami mencadangkan intelligent accountability diterjemahkan kepada kebertanggungjawapan cerdas, jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan13.11.2014
Adakah istilah Inggeris "accountability" sesuai diterjemahkan kepada "kebolehpercayaan" ataupun ia diterjemahkan sebagai akauntabiliti? Mohon nasihat Tuan. Terima kasih.

Dalam pangkalan data kami, Accountability diterjemahkan kepada dua iaitu pertama kebertanggungjawapan yang terdapat dalam beberapa bidang istilah. Kedua, Akauntabiliti lebih merujuk kepada istilah sains politik sahaja. Oleh itu, terjemahan kebertanggungjawapan lebih sesuai digunakan mengikut kesesuaian bidang.

Istilah07.08.2017

Kembali ke atas