Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.be.tu.lan] | کبتولن

Definisi : 1. dgn tidak sengaja, dgn tidak disangka-sangka: cerita ini berdasarkan pengembaraan dan peristiwa-peristiwa ~; 2. keadaan (kejadian) yg terjadi secara tidak diduga: ini satu ~ saja; 3. tepat atau kena benar (dgn tidak sengaja), pd ketika yg sama (dgn): saya ~ ada di sana ketika ia mengucapkan kata-kata itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.be.tu.lan] | کبتولن

Definisi : 1 dgn tidak sengaja; dgn tidak disangka-sangka: Gelang isterinya yg hilang itu telah dijumpainya secara ~ ketika ia menyapu di rumahnya. 2 pd ketika yg sama dgn: Ketua-ketua mereka telah membawa laporan mesyuarat itu kpd Nekman, dan ~ Nekman pun sedang membincangkan perkara itu juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebetulan

Peribahasa

Enggang lalu ranting patah.

Bermaksud :

Sebab yang secara kebetulan meninggalkan akibatnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Ali terjumpa dengan kawan lamanya secara kebetulan. 2) Ali berjumpa dengan kawan lamanya secara kebetulan. Ayat manakah yang betul?Ayat pertama lebih tepat.Tatabahasa19.10.2015
justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar: kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi? 2. malahan, sebaliknya, bahkan: sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia. Tetapi mengapa ramai yang beranggapan bahawa justeru boleh ditukar ganti dengan oleh itu atau maka? Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat "justeru" bermaksud. 1. kebetulan, tepat, kena benar. 2. Makna kedua ialah malahan, bahkan. Penggunaan "justeru" yang membawa maksud "oleh itu" adalah salah dan tidak boleh digunakan. Anggapan bahawa "justeru" boleh ditukar ganti dengan "oleh itu" mungkin disebabkan individu yang menggunakan perkataan tersebut tidak tahu maksud sebenar perkataan tersebut.Makna07.04.2012
(a) Berpandukan Kamus Dewa, "juteru" membawa maksud (i) kebetulan, tepat, kenar benar (ii) malahan, bahkan. Persoalannya, mengapakah kata "justeru" digunakan sebagai penanda wacana untuk mengungkapkan maksud "oleh itu" dalam penulisan? (b) Frasa sendi "di kalangan pelajar" sepatutnya "dalam kalangan pelajar". Persoalannya, frasa sendi yang mana betul sama ada "di khalayak ramai" atau "dalam khalayak ramai"? Sekian, terima kasih.a)Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kata justeru digunakan untuk membawa maksud i. kebetulan,tepat,kena benar ii. malahan,bahkan. Kata justeru tidak digunakan sebagai penanda wacana untuk membawa maksud oleh itu.b)Frasa yang betul ialah dalam kalangan dan dalam khalayak.  Tatabahasa01.07.2008
Bolehkah ayat ini digunakan: Jesteru, dengan rasa rendah diri, Majlis ingin memohon jasa baik tuan untuk menaja persembahan tersebut.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar; dan 2. malahan, bahkan. Justeru yang bermaksud malahan digunakan sebagai penanda wacana penghubung yang merupakan penghubung untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya.
Contoh justeru (penanda wacana):
a. Saya amat menyayangi dia, justeru merancang untuk melamarnya hujung bulan ini.

justeru (kebetulan, tepat)
a. Justeru lalu di hadapan kedai buku, Jamilah terus singgah mendapatkan buku yang dihajatinya.

Maksud "justeru" pada ayat "Justeru, dengan rasa rendah diri, Majlis ingin memohon jasa baik tuan untuk menaja persembahan tersebut" tidak menepati maksud "malahan" atau "kebetulan"
Lain-lain21.06.2016
Bagaimanakah hendak menggunakaan " Justeru " dalam ayat.Justeru bermaksud 1. kebetulan,tepat, kena benar. Kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi? 2. malahan,bahkan: Sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia , justeru saya puji dia.Tatabahasa14.05.2008
BAGAIMANAKAH PENGGUNAAN JUSTERU?"Justeru" membawa dua makna. 1. Justeru bernakna kebetulan, tepat, kena benar. Contohnya: Kenapa justeru sekarang ini egkau harus pergi?. 2. Makna kedua ialah malahan, bahkan. Contoh: "Sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia". Penggunaan "justeru" yang membawa maksud "oleh itu" tidak boleh digunakan. Contohnya dlm ayat: "Saya tidak bersetuju dengan pandangannya. Justeru, saya tidak menyokong cadangannya." Ini tidak sama dengan dua makna yang dihuraikan di atas.Lain-lain28.05.2010
Mengapah " Justeru" tidak boleh bersama-sama dengan itu?Makna justeru ialah malahan, bahkan, kebetulan. Oleh itu memadai dengan justeru (selepas itu bubuh tanda koma), bukan justeru itu.Tatabahasa30.06.2008
Apa makna justeru dan macam mana untuk menggunakan perkataan ini dalam karangan?Justeru membawa maksud kebetulan, tepat, kena benar: contoh penggunaannya, kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi? Dan justeru juga membawa maksud malahan, bahkan: contohnya, sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia.Tatabahasa14.07.2012
apakah makna sebenar perkataan "Justeru"?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar: kenapa ~ sekarang ini engkau harus pergi? 2. malahan, bahkan: sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, ~ saya puji dia.Istilah14.01.2010
Bila boleh menggunakan "justeru" dan "oleh itu"? Bagi contoh ayat.1. "Justeru" membawa dua makna. 1. Justeru bermakna kebetulan, tepat, kena benar. Contohnya: Kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi?. 2. Makna kedua ialah malahan, bahkan. Contoh: "Sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia".

2. "Oleh itu" merupakan penanda wacana penghubung musabab. Contoh: Oleh itu, guru disarankan agar mempersiapkan diri dengan ilmu psikologi untuk mendepani cabaran globalisasi dalam  pendidikan.

Tatabahasa04.09.2015
1234

Kembali ke atas