Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cognitive behavioral therapy (CBT);terapi tingkah laku kognitifPsikologiPsikologi UmumPendekatan psikoterapi yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan disfungsi emosi, tingkah laku dan kognisi melalui prosedur sistematik yang berorientasikan matlamat. Terapi ini berkesan untuk merawat pelbagai masalah termasuk perasaan hati, kebimbangan, personaliti, tingkah laku makan, penyalahgunaan bahan dan kecelaruan psikotik. Terapi ini boleh digunakan untuk merawat individu atau kelompok dan biasanya disesuaikan supaya dapat diaplikasikan pada diri sendiri.
pharmacotherapyfarmakoterapiPsikologiPsikologi UmumTerapi yang menggunakan dadah atau ubat untuk merawat gangguan psikologi atau emosi. Dadah tertentu boleh digunakan untuk melegakan serangan kebimbangan atau ketidakselesaan akibat kecelaruan psikologi yang lain. Walau bagaimanapun, dadah lebih banyak digunakan untuk mengubati kecelaruan psikologi yang lebih teruk seperti skizofrenia dan kecelaruan hati atau suasana hati major. Contohnya, dadah antipsikoti atau trankuilizer utama seperti torazina digunakan untuk mengurangkan halusinasi dan delusi.
medical therapyterapi perubatanPsikologiPsikologi UmumTerapi pesakit yang berkait dengan masalah psikologi menggunakan kaedah perubatan konvensional seperti farmakologi, terapi elektrokonvulsif atau psikosurgeri. Proses terapi ini biasanya dikendalikan oleh pakar psikiatri. Terapi farmakologi menggunakan dadah untuk merawat gangguan emosi yang teruk seperti kebimbangan dan kemurungan. Dadah juga digunakan untuk menenangkan serangan skizofrenia dan kecelaruan rasa hati yang teruk. Contohnya, dadah antipsikotik atau transkuilizer major digunakan untuk menenangkan pesakit, di samping mengurangkan halusinasi dan delusi. Terapi psikosurgeri pula digunakan untuk merawat pesakit yang tidak memberi respons kepada rawatan lain. Contohnya, lobotomi berupaya merungkai rangkaian saraf dalam otak supaya penghantaran maklumat dapat dikawal dan seterusnya dapat menenangkan pesakit berkenaan.

Kembali ke atas