Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bi.na.sa.an] | کبيناساءن

Definisi : perihal (keadaan) binasa atau musnah, kemusnahan: ~ teruk boleh dilakukan oleh binatang pd tanam-tanaman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bi.na.sa.an] | کبيناساءن

Definisi : perihal atau keadaan binasa; kemusnahan: Haiwan tsb menyebabkan ~ pd tanam-tanaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebinasaan

Peribahasa

Panjang langkah koyak pesak seluar,
     tinggi loncat tembuk ubun-ubun.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu pekerjaan yang melebihi kesanggupan sendiri akhirnya akan mendatangkan kebinasaan. pesak = secarik kain yang bentuknya sebagai baji yang ditambahkan pada selangkangan celana atau depan celana atau di bawah ketiak baju.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mereka hanya mengeyakan kata-kata Abang Long agar tidak berlaku kehancuran dalam hubngan kekeluargaan. tuan, saya tidak memahami mengapakah kehancura adalah salah digunakan?

Kehancuran bermaksud kebinasaan atau kemusnahan dan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Perkataan lain yang lebih sesuai ialah keretakan.

Tatabahasa03.08.2011
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Mohon pihak tuan menyemak terjemahan ayat berikut terutamanya berkaitan terjemahan "however caused": "I shall indemnify you on demand against all loss (including total loss), damage, claims and expenses arising out of any damage to the goods however caused." / "Saya akan melindungi pihak tuan atas tuntutan terhadap semua kerugian (termasuk kerugian penuh), kebinasaan, tuntutan dan perbelanjaan yang timbul daripada sebarang kerosakan ke atas barang-barang walau bagaimana ia disebabkan." Terima kasih.However caused hanyalah terjemahan biasa dalam ayat dan bukan bentuk istilah. Oleh itu, terjemahan biasa dalam ayat tidak ada dalam sumber rujukan kami dan kami berpandangan penterjemah lebih mengetahui konteks ayat tersebut.Penyemakan dan penterjemahan18.06.2018

Kembali ke atas