Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bi.na.sa.an] | کبيناساءن

Definisi : perihal (keadaan) binasa atau musnah, kemusnahan: ~ teruk boleh dilakukan oleh binatang pd tanam-tanaman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bi.na.sa.an] | کبيناساءن

Definisi : perihal atau keadaan binasa; kemusnahan: Haiwan tsb menyebabkan ~ pd tanam-tanaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebinasaan

Peribahasa

Panjang langkah koyak pesak seluar,
     tinggi loncat tembuk ubun-ubun.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu pekerjaan yang melebihi kesanggupan sendiri akhirnya akan mendatangkan kebinasaan. pesak = secarik kain yang bentuknya sebagai baji yang ditambahkan pada selangkangan celana atau depan celana atau di bawah ketiak baju.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
collateral damagekebinasaan lingkunganSains PolitikTiadaTiada
collateral damagekebinasaan lingkunganSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
mutual assured destruction (MAD)kebinasaan pasti bersamaSains PolitikTiadaTiada
downfallkeruntuhanSejarahTiadaKemusnahan atau kebinasaan yang mutakhir bagi sesebuah empayar, tamadun, monarki atau pemerintahan.
mechanical damagekerosakan mekanikalTeknikElektrikKecacatan, gangguan atau kebinasaan sesuatu peranti, kabel, atau alat tambah yang disebabkan oleh tindakan mekanikal, sepeti terkepit, terhimpit, terpijak, terjatuh, dan terketuk.
placental insufficiencyketakcekapan uriPerubatanTiadaKetakbolehan uri berfungsi dengan sempurna sehingga menyebabkan kebinasaan kepada fetus.
vandalism and malicious mischiefkerosakan niat jahat dan vandalPentadbiran PerniagaanTiadaKerosakan atau kebinasaan harta pihak yang diinsuranskan oleh orang lain dengan sengaja. Perlindungan ini disediakan di bawah kebanyakan insurans harta dan juga mendapat perlindungan automatik di bawah polisi empunya kediaman.
precision-guided munition (PGM)munisi berpandu tepatKejuruteraanTiadaKumpulan senjata yang ditujukan kepada sasaran tertentu dengan tepat bagi meminimumkan kebinasaan lingkungan dan meningkatkan kematian terhadap sasaran yang dituju.
entropic romanceroman entropiKesusasteraanTiadaNaratif futuristik dalam fiksyen sains dan fantasi yang bertemakan kemusnahan dunia dan cakerawala. Dunia secara beransur-ansur melalui proses kebinasaan semula jadi dan hukum-hakam termodinamik.

Kembali ke atas