Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bo.bro.kan]/[ke.bo.bro/.kan] | کبوبروقن

Definisi : perihal bobrok: ~ negara itu disebabkan oleh keadaan ekonomi yg merosot; Rizal dikatakan telah berjaya menyedarkan rakyat Filipina yg tertindas tentang ~ hidup di bawah tekanan kolonialisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebobrokan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
political decaykebobrokan politikSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan politik sesebuah negara yang menjadi semakin merosot kesan daripada sesuatu perkara, fenomena atau peristiwa seperti krisis ekonomi dan rampasan kuasa. Kebobrokan menggambarkan keadaan yang berubah menjadi semakin kacau tidak stabil, memberi kesan kepada kemelesetan ekonomi dan kemudiannya melahirkan ketidakpuasan hati masyarakat. Kedudukan hak dan tanggungjawab orang ramai tidak terpelihara dan kedudukan pemimpin tidak diperhatikan sehingga amalan penyalahgunaan kuasa menjadi semakin tinggi. Contohnya, kedudukan politik Indonesia pasca-Soeharto memperlihatkan kebobrokan politik untuk beberapa tahun.
institutional decaykebobrokan institusiSains PolitikTiadaTiada
political decaykebobrokan politikSains PolitikTiadaTiada
institutional decaykebobrokan institusiSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
social criticismkritikan sosialKesusasteraanTiadaKaedah kritikan terhadap gejala yang merosakkan masyarakat dalam teks sastera. Kritikan sosial berdasarkan fahaman bahaw sesebuah karya itu mencerminkan kebobrokan masyarakat seperti yang difahami dan ditafsirkan oleh pengarangnya. Dalam sastera Inggeris, novel George Orwell bertajuk Animal Farm merupakan sebuah teks yang mengkritik sistem komunisme yang merosakkan masyarakat. Dalam sastera Melayu pula, novel Patriach oleh Shahnon Ahmad mengkritik kuasa pemimpin yang menyeleweng.

Kembali ke atas