Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebolehpercayaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan, adakah 'kebolehpercayaan' suatu istilah yang diterimapakai? Boleh minta pencerahan? Saya dapati perkataan ini digunakan dengan berleluasa hatta dalam segmen berita di kaca televisyen sekalipun.Perkataan kebolehpercayaan ialah padanan istilah reliability dan perkataan ini juga banyak digunakan dalam ungkapan umum. Untuk maklumat lanjut, layari kebolehpercayaan">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kebolehpercayaan.Tatabahasa15.09.2016
Adakah istilah Inggeris "accountability" sesuai diterjemahkan kepada "kebolehpercayaan" ataupun ia diterjemahkan sebagai akauntabiliti? Mohon nasihat Tuan. Terima kasih.

Dalam pangkalan data kami, Accountability diterjemahkan kepada dua iaitu pertama kebertanggungjawapan yang terdapat dalam beberapa bidang istilah. Kedua, Akauntabiliti lebih merujuk kepada istilah sains politik sahaja. Oleh itu, terjemahan kebertanggungjawapan lebih sesuai digunakan mengikut kesesuaian bidang.

Istilah07.08.2017
MAKSUD PERKATAAN KREDIBILITIKredibiliti ialah sifat boleh dipercayai atau diyakini, kebolehpercayaan.Makna28.06.2007
Soalan 1: Apakah istilah Bahasa Malaysia bagi istilah Bahasa Inggeris berikut: (1) inter-rater (2) intra-rater Jawapan Soalan 1: Sila kemukakan konteks penggunaan bagi istilah "inter-rater" dan"intra-rater" untuk pihak kami mencari padanan yang bersesuaian. Soalan 2: "inter-rater" dan "intra-rater" merujuk kepada "inter-rater reliability" dan "intra-rater reliability" dalam bidang statistik, di mana "reliability" ialah kebolehpercayaan. "inter-rater" adalah antara penilai, manakala "intra-rater" adalah "test-retest" pada penilai yang sama (sesama sendiri).Cadangan awal padanan "intra-rater reliability" dan "inter-rater reliability" ialah "kebolehpercayaan penilai dalaman" dan "kebolehpercayaan penilai antara". Istilah ini akan diperhalusi dan jika ada maklumat terbaharu kami akan menghubungi tuan melalui e-mel yang didaftarkan.Tatabahasa11.10.2018
Istilah dalam pentadbiran pengurusan organisasi/jabatan - perkataan "Credibility". Mohon beri panduan/jawapan.Padanan istilah "credibility" dalam bahasa Melayu ialah kebolehpercayaan.Istilah19.11.2009
Mencari alih bahasa sesuai untuk perkataan: 1. Corporate Service 2. Quality Assurance and reliability

1. corporate service - perkhidmatan korporat

2. quality assurance and reliability - jaminan kualiti dan kebolehpercayaan

Istilah26.05.2011
Assalamulaikum Saya telah perkataan Composite Reliability di dalam bahasa Malaysia di carian kata, tetapi makna tersebut tiada di dalam arkib. Saya ingin memohon bantuan pihak DBP mencadangkan terjemahannya kedalam bahasa malaysia. Sekian Terima Kasih Sarina Ismail

Mengikut data DBP, perkataan composite diterjemahkan kepada komposit, manakala reliability pula diterjemahkan kepada ‘kebolehpercayaan’, maka kami mencadangkan terjemahan ‘kebolehpercayaan komposit’ . Sila berikan ayat penuh sekiranya cadangan terjemahan ini tidak sesuai konteks penggunaan yang puan perlukan.  

Penyemakan dan penterjemahan13.09.2014
1. Kajian lepas menggunakan skala pengukuran "amat sangat tidak setuju" oleh penyelidik lalu. Item dan skala pengukuran bagi instrumen yang digunakan telah disahkan oleh pakar penilai dalam pembinaan item dan pengukuran. Antara kajian lepas yang menggunakan skala pengukuran "amat sangat tidak setuju" ialah: i. Garis panduan pembangunan media pengajaran berkonsepkanpenceriataan digital untuk tablet skin sentuh. Tesis UUM. ii. Kebolehpercayaan dan korelasi elemen multimedia dan antara muka tablet dalam menilai penceriataan digital. Artikel berindeks. Pengkaji diminta oleh pemeriksa tesis untuk mendapatkan pengesahan dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk dimuatkan didalam tesis. 2. Mohon penerangan mengenai perbezaan antara: i. Jarang dengan sekali sekala ii. Sering dengan kerap Terima kasih.Penggunaan frasa yang betul ialah "sangat tidak setuju" atau "amat tidak setuju". 

 Perbezaan antara "jarang" dan "sekali-sekala" atau “sering” dengan “kerap”.  Menurut  Kamus Dewan Perdana makna perkataan "jarang" ialah tidak kerap atau tidak rapat kedudukannya antara satu sama lain, manakala “sekali-sekala” ialah ada masa atau ketika atau hanya sesekali sahaja. Perkataan “sering” dengan “kerap” juga tiada banyak perbezaannya. "Sering" ialah secara kerap atau selalu, manakala "kerap" pula bermaksud rapat sehingga tidak kelihatan sela antara satu sama lain atau rapat susunannya antara sama lain
Lain-lain06.01.2023
Saya ingin bertanya tentang maksud rangkai kata berikut: i) zaman serba mencabar ii) mengamalkan nilai integriti iii) minda kelas pertama iv) generasi modal insan yang berkualiti sekian, terima kasih(i). Zaman serba mencabar bermaksud era atai tempoh yang terdapat pelbagai saingan sama ada dari segi ekonomi, pendidikan, sosial, globalisasi dan sebagainya. Kemajuan berada pada tahap yang tinggi dan perlu diseimbangi oleh ilmu pengetahuan. (ii). Mengamalkan nilai integriti bermaksud mengamalkan sikap kejujuran atau keadaan sempurna dan utuh. Anatar amalan yang dicadangkan ialah mengenali maha pencipta, menyemai nilai-nilai terpuji, disiplin diri, kejujuran dan ketelusan, kebolehpercayaan, kebijaksanaandan rasa penghargaan. (iii). Minda kelas pertama bermaksud pemikiran dan sikap yang berkualiti tinggi dari segi ilmu, tindakan, disiplin, dan wawasan. (iv). Generasi modal insan yang berkualiti bermaksud generasi yang mempunyai ketahanan diri, ilmu dan penglibatan dalam mencapai wawasan negara.Makna13.12.2007
Assalamualaikum / Salam Sejahtera, Berkenaan dengan penggunaan perkataan "dalam/dalaman" untuk audit. Yang manakah yang lebih tepat dan betul? Audit dalam atau audit dalaman?

Assalamualaikum Encik Hanafi,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, audit dalam bermaksud peme­rik­saan rekod kewangan dan bukan kewangan sesebuah organisasi oleh organisasi itu sendiri untuk memastikan bahawa organisasi dikendalikan dengan betul.

Menurut istilah bahasa Melayu pula, audit dalaman pula digunakan dalam bidang pentadbiran dan istilah sumbernya ialah "internal audit'. Audit dalaman membawa maksud pemeriksaan terhadap keperluan dan kesahihan segala perbelanjaan yang dilakukan dalam sesuatu organisasi bertujuan untuk menilai kecekapan dan kebolehpercayaan bahagian perakaunan organisasi tersebut. Bahagian yang sering menerima audit dalaman ialah bahagian pentadbiran yang melibatkan penyemakan segala perbelanjaan dan penggunaan barangan pejabat. Dalam pengauditan dalaman, semua baucer, invois dan dokumen lain diperiksa ketepatan dan kesahihannya sebelum dibayar atau direkod secara rasmi.

Kesimpulannya, kedua-dua perkataan diterima namun pemilihan kata yang sesuai mestilah berdasarkan konteks ayat.

Sekian. Terima kasih.

Istilah30.01.2018
12

Kembali ke atas