Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bom.ba.an] | کبومباان

Definisi : segala urusan yg berkaitan dgn perkhidmatan bomba: dia menjalani latihan asas ~ di Pusat Latihan Bomba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebombaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mendapatkan pencerahan perbezaan diantara GARIS PANDUAN, MANUAL dan MODUL. Sekian, terima kasih.

Takrif dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) bagi garis panduan, manual dan modul adalah seperti yang berikut:

 

garis panduan

n maklumat yg boleh diikut dan dijadikan pegangan dlm melakukan sst rancangan, kerja, tindakan dsb;

 

manual

n buku, dokumen dsb yg mengandungi panduan, maklumat atau prosedur utk melaksanakan atau menggunakan sst: Beliau cuba membaiki penyaman udara di biliknya dgn merujuk manual.

 

modul

n 1 bahagian drp program, kursus, latihan dsb yg dapat dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian sst kelayakan atau kemahiran: Jabatan Bomba telah menerbitkan siri buku asas kebombaan yg merangkumi tujuh modul. • Modul ini ditujukan khas kpd ibu bapa atau penjaga yg mempunyai anak berusia di bawah 13 tahun. 2

 

Lain-lain18.06.2021

Kembali ke atas