Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bun] | کبون

Definisi : tanah yg tidak berapa luas dan ditanami pokok buah-buahan atau sayur-sayuran dll, ladang kecil: ~ sayur; ~ buah-buahan; tuan ~ Id pengurus (pengusaha) ladang; tukang ~ orang yg mengerjakan (membersihkan) pekarangan rumah dan menjaga pokok-pokok yg ditanam; ~ binatang taman haiwan, zoo; ~ bunga taman bunga; ~ percubaan kebun tempat menguji berbagai-bagai tanaman; ~ raya Id kebun tempat ditanam berbagai-bagai tumbuhan (di Bogor); berkebun bercucuk tanam di kebun, bekerja mengurus kebun; memperkebuni mengusahakan tanah supaya menjadi kebun, mengerjakan tanah sbg kebun; perkebunan 1. perihal tanam-menanam di kebun; 2. perusahaan atau urusan kebun; 3. tanah-tanah kebun; 4. Id ladang (besar): Gampo menceritakan ia sekarang bekerja sbg pengarah ~ kina; pekebun orang yg memiliki atau yg mengu­rus kebun; ~ kecil pengusaha kebun yg tidak luas, pengusaha ladang kecil (getah, kelapa sawit, dll); pengebun orang yg kerjayanya membuat kebun atau bekerja di kebun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bun] | کبون

Definisi : tanah yg ditanami sesuatu (spt pokok buah-buahan, sayur-sayuran): ~ sayur; ~ kelapa; tukang ~ orang yg menjaga kebersihan kawasan rumah (sekolah dll). ~ binatang taman haiwan; zoo. ~ bunga kebun yg ditanami pelbagai bunga; taman bunga. ~ kecil kebun yg luas kawasannya kurang drpd 40.5 hektar (100 ekar), kebanyakannya lebih kurang 2 hektar (5 ekar). berkebun bercucuk tanam di kebun: Di samping bersawah, mereka ~ sayur. memperkebuni mengusahakan tanah dgn berkebun. perkebunan 1 hal-hal mengenai kebun (perusahaan atau pengurusannya). 2 tanah tempat berkebun. pekebun orang yg berkebun atau yg mengusahakan kebun: ~ kecil orang yg berkebun atau yg mengusahakan kebun secara kecil-kecilan; pengusaha kebun kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kebun (kata nama)
Bersinonim dengan ladang, dusun, taman, huma, tegal, sawah, bendang, estet;,
Kata Terbitan : berkebun, memperkebuni, perkebunan, pekebun, pengebun,

Puisi
 

Kebun kecil pokok berjenis,
     Pagar dengan buluh berdaun;
Kecil-kecil kayu tempinis,
     Terasnya tahan berpuluh tahun.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Bagai kambing lepas ke parak.

Bermaksud :

Memilih makanan dengan sesuka hati. parak = ladang, kebun.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
empalai taya Ibkebun kapas.Benang yang ditenun ialah daripada pokok taya. Pokok ini ditanam di tempat khas yang disebut sebagai empalai taya. Kebun pokok taya ini memang dijaga dengan rapi.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
engkabang Ibsejenis pokok dan buah.Sampai di kebun, kakinya melangkah ke batas ubi kayu dan ubi keledek, kemudian menuju ke dangau di tepi semak di bawah pokok engkabang yang meredup itu.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
temawai Ibbekas tapak rumah panjang yang ditumbuhi pokok-pokok baru.Sudah mencapai ketumpulan usaha untuk mencari anaknya di kebun lada, sejam berjalan ke temawai, di pendam; manalah tahu dia menangis di situ atau di langkau. Sudah menyengat sekali rasa sengal pada lutut dan pinggangnya ketika mendaki bukit mencari Luyuh.Antologi Cerpen Bunga RimbaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
taya Ibpokok kekabu.Benang yang ditenun ialah daripada pokok taya. Pokok ini ditanam di tempat khas yang disebut sebagai empalai taya. Kebun pokok taya ini memang dijaga dengan rapi.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kemelang sumpah Ibsejenis tumbuhan yang hanya wujud dalam cerita dogeng rakyat Iban yang dipercayai dapat menunjukkan petanda tertentu.Keling berjalan melalui kebun tumbuhan kemelang sumpah yang berwarna merah tua. Lepas itu dia menyoroti pokok-pokok jelunok kampong sabang dan pokok kampong sabang inak.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tulandaat Kd KBsejenis roh baik.18. Sorupu atau Tulandaat – Roh ini jinak dan rajin, menolong orang yang membuat sesuatu pekerjaan terutama di ladang, di sawah atau di kebun.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sorupu Kd KBsejenis roh baik.18. Sorupu atau Tulandaat – Roh ini jinak dan rajin, menolong orang yang membuat sesuatu pekerjaan terutama di ladang, di sawah atau di kebun.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pendam Ibtanah perkuburan.Apai Layoh juga sukar melontarkan rasa bimbangnya, mahu sahaja dianyam dalam sisipan rotan-rotan yang membentukkan bakul supaya tidak mengganggunya lagi. Sudah mencapai ketumpulan usaha untuk mencari anaknya di kebun lada, sejam berjalan ke temawai, di pendam; manalah tahu dia menangis di situ atau di langkau.Antologi Cerpen Bunga RimbaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas