Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : taman bunga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kebun yg ditanami pelbagai bunga; taman bunga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kebun (kata nama)
Bersinonim dengan ladang, dusun, taman, huma, tegal, sawah, bendang, estet;,
Kata Terbitan : berkebun, memperkebuni, perkebunan, pekebun, pengebun,

Puisi
 

Orang berkebun saya berkebun,
     Dalam kebun bertanam bunga;
Orang berpantun saya berpantun,
     Dalam pantun ada makna.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Garden DepartmentJabatan Kebun BungaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
Public Garden BranchCawangan Kebun BungaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
Park and Garden OfficePejabat Kebun BungaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
Government Gardens and Plantation DepartmentJabatan Kebun Bunga dan Dusun KerajaanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
mixed horticulturehortikultur campurGeografiTiadaSistem tanaman kebun yang mengamalkan tanaman beberapa jenis tanaman termasuk buahan, sayuran dan bunga dalam sebuah kebun.
weedrumpaiVeterinarTiadaRumput-rampai dan tumbuhan renek serta berdaun lebar yang tumbuh secara bebas di merata-rata tempat seperti di kebun, ladang tanaman utama, tepi-tepi jalan atau di ban tali air. Sebahagian besar tumbuhan ini digemari oleh ternakan ruminan. Terdapat juga beberapa spesies rumpai berdaun lebar yang digemari oleh ternakan seperti rumput Israel (Asystasia intrusa) dan akar ulan (Mikania cordata). Manakala, jenis rumpai yang kurang digemari pula selalunya mempunyai ciri-ciri tumbuhan yang berduri seperti semalu (Mimosa pudica) dan terung liar (Solanum spp), berdaun kasar seperti mempelas (Tetracera indica) dan senduduk (Melastoma malabathricum), daun berbulu seperti akar kala (Clidemia hirta) dan letup-letup (Passiflora foetida) ataupun jenis yang berbau seperti pokok bunga tahi ayam (Lantana camara) dan maman pasir (Cleome cilita).
Elephantopus scabertutup bumiHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba semusim dalam famili Asteraceae yang dikenali juga sebagai tapak sulaiman. Tumbuhan ini hidup sebagai rumpai di kebun, tepi jalan dan padang ragut. Tumbuhan ini sangat rendah, daunnya tersusun berbentuk roset dan hampir melekat pada tanah. Daunnya berbulu, berbentuk bujur panjang atau oblong dan hujungnya bulat. Tangkainya sangat pendek, jambak bunga tegak dan agak panjang serta bercabang di hujung. Jambak ini ditutupi braktea seperti daun yang berwarna kemerah-merahan atau keungu-unguan. Bunganya kecil berwarna ungu, merah jambu atau putih. Keseluruhan pokok digunakan untuk melawaskan kencing, mengubati demam, merawat dropsi dan penyakit kelamin serta sebagai ubat tahan muntah. Air rebusannya diminum sebagai tonik untuk ibu selepas bersalin. Akarnya dibuat campuran ubat untuk merawat meroyan, batuk dan kecacingan.
Clerodendron fragranssetumpukHerbaBotani dan BioteknologiPokok renek yang tumbuh tegak dalam famili Verbenaceae dan dikenali juga sebagai rompok, melur hutan atau melur jawa. Pokok ini tumbuh liar di belukar atau kebun terutama di kawasan redup dan berpasir. Daunnya berbentuk seperti jantung dan berwarna hijau tua dan tepi daunnya bergerigi. Bunganya keluar dari hujung batang dan tersusun padat pada jambak yang bertangkai pendek, warnanya putih keungu-unguan. Kelopak bunga berbentuk bulat dan tersusun berlapis-lapis serta baunya harum. Air rendaman pokok ini boleh dibuat mandian berubat untuk merawat penyakit reumatik. Air rebusan ini juga dibuat mandian herba untuk ibu yang baru bersalin. Daun yang ditumbuk lumat bersama-sama kapur disapukan pada kulit untuk mengubati panau. Tumbuhan ini juga dibuat ubat demam malaria. Daun yang telah dihancurkan disapukan pada leher untuk mengubati batuk. Setumpuk mempunyai bunga yang harum dan cantik, dan sesuai dijadikan sebagai tanaman hiasan.
Molineria latifolialembaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Hypoxidaceae dan dikenali juga sebagai lumbah. Bentuknya seperti anak pokok kelapa, daunnya berpelepah, lebar dan panjang. Tumbuhan ini menghasilkan bunga berwarna kuning yang keluar pada pangkal batang berhampiran permukaan tanah. Buahnya berbentuk seperti bawang dan mempunyai banyak biji. Buahnya yang telah masak boleh dimakan mentah dan merangsang rasa manis dalam mulut. Tumbuhan herba ini hidup liar di kebun dan hutan yang terlindung. Air rebusan akar dan keseluruhan pokok diminum untuk mengubati demam, jangkitan kuman dalam perut dan saluran kencing. Air rebusan akar bersama buah pinang diminum untuk mengurangkan pengeluaran darah haid berlebihan (menoragia).

Kembali ke atas