Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ca.ca.tan] | کچاچتن

Definisi : perihal (keadaan, sifat, dsb) kurang sempurna, kekurangan atau keadaan (yg menjejaskan sesuatu): ~ ini tidak zahir pd mata ramai kerana Sulung sangat pandai melindungkan kekurangannya; ~ pd anggotanya tidak sedikit pun menghalangnya mencapai cita-citanya; ~ sembahyang fardu yg tidak disengajakan, kerana lupa, rosak bacaan, dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecacatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara 'kecacatan bangunan' dan "kerosakan bangunan' yang lazimnya digunakan dalam istilah kejuruteraan?Kecacatan bangunan bermaksud keadaan bangunan yang tidak sempurna, manakala kerosakan bangunan bermaksud keadaan bangunan sudah tidak baik atau tidak sempurna lagi; sudah binasa atau pecah-pecah. Dalam bahasa yang mudah difahami kerosakan bangunan memungkinkan bangunan tidak boleh digunakan, manakala kecacatan bangunan hanya menyebabkan keadaan tidak sempurna tetapi masih boleh digunakan. Bidang pembinaan juga menerima konsep tersebut kerana itulah lazimnya istilah 'kecacatan bangunan' digunakan.Istilah04.03.2012
Apakah maksud kepada kecatatan? apakah perbezaan Kecacatan dengan Kecatatan? mohon bantuan penjelasan.

Untuk makluman saudara, perkataan kecatatan tidak wujud dalam bahasa Melayu. Kecacatan pula merujuk hal atau keadaan cacat.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana hlmn. 369.

Ejaan19.09.2023
Baiki lokasi pavemen konkrit yang menghadapi kemerosotan kualiti dan kecacatan bagi keluasan melebihi 0.25 m2 , kaedah selain di atas tidak dianggap sesuai. Treat affected area as necessary when area of deterioration is more than 0.25 sq.m and other specific treatment detailed above are not considered appropriate.

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Penyemakan dan penterjemahan02.07.2020
Assalamualaikum Tuan, saya mendapat pertanyaan daripada seorang kawan berkenaan kata "tunaaksara". Tuna membawa maksud kerosakan atau kecacatan. Tunaaksara pula membawa maksud buta huruf. Soalannya, adakah perkataan "tunaaksara" juga boleh membawa maksud "huruf rosak?" Memandangkan "tuna" itu kerosakan manakala "aksara" pula bermaksud huruf. Sekian, terima kasih.“Tunaaksara” merupakan perkataan yang berasal dari Jawa yang bermaksud tidak boleh membaca dan menulis atau buta huruf. Perkataan tersebut tidak membawa maksud huruf rosak.Makna14.06.2022
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan Ilat?? Anggota kerja tersebut telah disahkan mengidap keilatan oleh Pakar Perubatan? Adakah penggunaan perkataan 'mengidap keilatan' betul?Ilat bermaksud tidak dapat bekerja lagi kerana kecacatan anggota badan akibat kemalangan dan sebagainya. Menghidap bermaksud menanggung sesuatu penyakit. Frasa menghidap keilatan kurang tepat, sebaliknya mendapat keilatan lebih sesuai digunakan.Tatabahasa06.12.2012
Saya dari Special Olympics Perak...ingin bertanya apakah maksud Special Olympics dalam Bahasa Melayu.Untuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "Special Olympics". Walau bagaimanapun , terdapat istilah paralimpik yang merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris "Paralympic". Oleh sebab kedua-dua sukan ini khusus untuk mereka yang mempunyai kecacatan mental dan fizikal, cadangan kami ialah Paralimpik Peringkat Olimpik.Istilah26.02.2014
Apakah padanan yang sesuai untuk istilah undang-undang "inherent defects". Contoh perenggan : In addition to the above non-compliance of the provisions of law the SOC contains inherent defects which includes inclusion of facts not relevant to the Plaintiff’s claim as well mentions of 3rd parties who are not even party to this suit.Cadangan padanan bagi istilah inherent defects dalam bahasa Melayu ialah kecacatan sedia ada. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang undang-undang.Istilah07.03.2024
1. adakah penggunaan "ralat aksesibiliti" ayat ini betul dari segi konteks ayat? "Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti ralat aksesibiliti melibatkan penggunaan laman web oleh golongan OKU" 2. adakah betul terjemahan "defect taxonomy" ialah taksonomi ralat?Cadangan padanan istilah yang betul:

1. Tukar ralat aksesibiliti kepada Ralat Ketercapaian
2. Tukar Taksonomi ralat kepada Kecacatan Taksonomi
Istilah10.01.2018

Kembali ke atas