Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ca.man] | کچمن

Definisi : kritikan (yg keras), bidasan, celaan: pendapat ahli Parlimen itu telah menimbulkan ~-~ hebat drpd ahli-ahli agama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ca.man] | کچمن

Definisi : kata-kata atau teguran ttg keburukan orang dll; celaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecam
Kata Terbitan : mengecam, kecam-mengecam, kecaman, pengecam,

Peribahasa

Lemak manis jangan ditelan,
     pahit jangan dimuntahkan.

Bermaksud :

Sesuatu nasihat itu hendaklah difikirkan masak-masak buruk baiknya, sedangkan kecaman janganlah pula ditolak mentah-mentah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
satiresatiraKesusasteraanPuisiCorak puisi yang berupa kecaman, cemuhan atau sindiran tetapi disampaikan secara halus dan kesannya amat tajam. Contohnya. seperti pantun di bawah. Dalam semak ada duri, Ayam kuning buat sarang; Orang tamak selalu rugi, Bagai anjing dengan bayang.
flamingpembaraanTeknologi MaklumatTiadaTindakan menghantar mesej yang menghina biasanya dalam bentuk kecaman melalui pengeposan dalam talian.Terlalu banyak pembaraan boleh menyebabkan perang bara yang berbahaya.
satiresatiraKesusasteraanTiadaBentuk sastera yang menggabungkan unsur jenaka dengan unsur kritikal. Bentuk sastera ini memaparkan kebodohan, kelemahan atau kepincangan seseorang individu, golongan dan institusi masyarakat, negara, serta seluruh umat manusia. Satira berbeza dengan komedi biasa dari segi fungsinya. Tujuan satira bukan sekadar untuk menghiburkan, tetapi juga untuk memperbaik dan memperbetul keadaan dengan menggunakan senjata cemuhan, kecaman, dan penghakiman moral. Satira boleh dibahagikan kepada dua jenis mengikut gaya atau objek kritikannya. Satira yang mengkritik secara lembut, bergurau dan berhasrat untuk mendidik dikenali sebagai satira horas. Satira yang menyerang dengan kasar, kejam, penuh kemarahan, dan kecaman dikenali sebagai satira juvenalian. Satira boleh berbentuk puisi atau prosa. Contoh satira berbentuk puisi ditemui dalam karya berjudul Don Juan (1824) oleh penyair Inggeris Byron yang memperolok-olokkan kebodohan gelagat masyarakat kontemporarinya. Contoh satira berbentuk prosa ialah Gulliver�s Travels (1726) oleh Jonathan Swift yang mencemuh keadaan politik di England pada kurun ke-18.

Kembali ke atas