Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.can.ti.kan]/[ke.can.ti/.kan] | کچنتيقن

Definisi : perihal cantik, keelokan (rupa muka, benda, dll), kemolekan, keindahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.can.ti.kan]/[ke.can.ti/.kan] | کچنتيقن

Definisi : hal atau keadaan cantik; keelokan; keindahan: ~ istana itu telah menjadi perhatian para pelancong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecantikan

Peribahasa

Serupa bulan penuh.

Bermaksud :

Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bulan empat belas).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
manakah yang betul? (a) tertarik dengan kecantikan (b) tertarik oleh kecantikanTertarik oleh kecantikan.Tatabahasa28.07.2010
Mohon pandangan tuan bagi kesesuaian untuk pusat yang menjalankan aktiviti persolekan. Manakah lebih sesuai.."pusat persolekan" atau "pusat kecantikan" atau "pusat rawatan kelangsingan dan kecantikan." TKFrasa "Pusat Kecantikan" menerangkan aktiviti yang berkaitan dengan kecantikan (termasuklah muka dan tubuh badan), manakala "Pusat Persolekan" menerangkan aktiviti yang berkaitan persolekan (lazimnya muka). Kedua-duanya betul mengikut pengkhususan setiap aktiviti. Frasa yang betul ialah "Pusat Rawatan Kecantikan dan Pelangsingan" khusus untuk aktiviti yang berkaitan dengan rawatan kecantikan (muka dan badan) dan pelangsingan (tubuh badan).Tatabahasa25.08.2011
Penggunaan 'ia' Kecantikan yang ia miliki atau Kecantikan yang dia miliki.Kedua-duanya betul. Boleh juga digunakan ungkapan ini: Kecantikan yang dimiliki.Tatabahasa28.10.2010
Selamat pagi . Diharapkan tuan dapat menjawab soalan saya. (a) Mereka tertarik oleh kecantikan aku. (b) Mereka tertarik dengan kecantikan aku. Sila jelaskan. Terima kasih.Selamat pagi. Menurut Tatabahasa Dewan, kata sendi nama "oleh" membawa maksud yang menunjukkan hubungan yang membawa maksud "sebab" seperti dalam ayat "tertarik oleh kecantikan aku" sebenarnya membawa maksud "tertarik oleh (sebab) kecantikan. Oleh itu, ayat yang gramatis ialah "tertarik oleh kecantikan aku" , manakala kata sendi nama "dengan " tidak membawa maksud yang sesuai dengan konteks ayat tersebut.Tatabahasa06.10.2014
Ini mengenai istilah BM, SALUN. Dalam BI ialah SALOON. SALOON maknanya ialah tempat orang minum arak. Kalau kita tengok cerita koboi, SALOON ialah tempat koboi minum arak dan berseronok. Di Malaysia apa yang menarik perhatian saya ialah mengenai ejaan kedai kecantikan iaitu SALUN Kecantikan yang diterjemahkan dari BI, Beauty SALON. Cadangan saya iaalh pihak DBP membetulkan tentang ejaan SALUN Kecantikan kepada SALON Kecantikan. Saya menulis kepada pihak DBP kerana saya pernah ditanya oleh beberapa orang profesor luar negara tentang makna Salun Kecantikan. Saya adalah seorang pensyarah di UPM. Tolong pertimbangkannya.Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, salun bermaksud 1. ruang (bilik besar dan sebagainya) untuk sesuatu kegunaan tertentu (biasanya sebagai tempat perniagaan), sejenis kedai atau tempat perniagaan. Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, penyesuaian ejaan bagi kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain dibuat menurut peraturan penyesuaian huruf. Dalam konteks ini huruf "oo" dalam bahasa Inggeris ditukar menjadi "u" dalam bahasa Melayu.  Oleh itu, saloon menjadi salun, cartoon menjadi kartun, tattoo menjadi tatu dan sebagainya.Istilah01.10.2012
Antara yang berikut yang manakah betul? 1. Pertandingan seni kecantikan ayam serama 2. Pertandingan kesenian dan kecantikan ayam serama
Menurut data kami, frasa yang betul ialah "Pertandingan Kecantikan Ayam Serama"
Lain-lain09.08.2016
SAYA ADALAH SEORANG PENGUSAHA SALUN KECANTIKAN WANITA.. DBKL INGIN PASTIKAN PENGUNAAN PERKATAAN " SALUN KECANTIKAN WANITA " DI ATAS RUANGAN PAPAN IKLAN DI HADAPAN SALUN ADA LAH BETUL. DENGN INI , SAYA INGIN MENDAPAT SIJIL KEBENARAN DARI DBP UNTUK PENGUNAAN PERKATAAN TERSEBUT DI ATAS PAPAN IKLAN.Frasa "Salun Kecantikan Wanita" adalah betul. Untuk tujuan pengesahan iklan sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) dan ikuti prosedur seterusnya.Lain-lain14.11.2011
PUSAT KECANTIKAN DAN PERSOLEKAN PENGANTIN Bridal &Beauty Dimiliki oleh: SAI LUCKSHMI BRIDAL & BEAUTY ( 001999909-A)

 Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal Khidmat Pengesahan Bahasa DBP  di laman web http://dbpsahbahasa.my. Iklan tidak dapat diproses melalui Khidmat Nasihat Bahasa.

Lain-lain07.07.2017
PUSAT KECANTIKAN DAN RAWATAN BINTANG KEJORANama yang diberikan adalah betul. Untuk mendapatkan sijil pengesahan, sila hantar melalui Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Tatabahasa07.06.2013
Pusat Kecantikan KeretaPusat Aksesori KeretaTatabahasa18.11.2008
123456

Kembali ke atas