Serupa burak. | Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bulan empat belas, b. Serupa bulan penuh). burak = sebangsa haiwan ghaib, bertubuh binatang, bersayap seperti burung, berkepala sebagai manusia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Serupa bulan penuh. | Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bulan empat belas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bunga kembang menanti layu. | Kecantikan dan keelokan seorang perempuan tiada kekal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai bulan empat belas. | Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Serupa bulan penuh, b. Serupa burak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bunga tengah kembang di taman, baunya merebak ke mana-mana. | Kecantikan seorang gadis yang telah gah ke mana-mana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |