Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ca.pi] | کچڤي

Definisi : sj alat bunyi-bunyian bertali yg dipe­tik sbg gitar (spt cerempung); memetik ~ bermain kecapi; berkecapi bermain kecapi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ca.pi] | کچڤي

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buah), sentul, Sandoricum koetjape; buah ~ buah sentul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ca.pi] | کچڤي

Definisi : alat bunyi-bunyian bertali yg seakan-akan gambus rupanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecapi

Puisi
 

Sayang kecapi kecapang condong,
     Sayang tempurung berisi paku;
Kalau petang matahari condong,
     Kalau burung nak terbang aku.


Lihat selanjutnya...(11)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera encik/puan, kecapi Cina/ kecapi cina gendang Cina/gendang cina kaligrafi Cina/kaligrafi cina yoyo Cina/ yoyo cina kata C (Cina) perlu ditulis huruf kecil atau huruf besar? minta penjelasan, saya berasa keliru, terima kasih.Perkataan Cina tersebut merujuk kepada bangsa yang nenek moyang mereka berasal dari negeri China (Tiongkok). Sehubungan dengan itu, perkataan Cina perlu dieja dengan huruf besar. Contohnya, kecapi Cina, gendang Cina, kaligrafi Cina dan yoyo Cina. Ejaan29.11.2022
selamat sejahtera. 1. . Sin Ling pandai bermain kecapi cina. perkataan cina, perukah huruf besar? terima kasih tuan Cina berdasarkan ayat tersebut merujuk kepada bangsa yang nenek moyang mereka berasal dari negeri China (Tiongkok). Sehubungan dengan itu, perkataan Cina perlu dieja dengan huruf besar. Ejaan06.11.2018
Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah. (tahniah atas kejayaan yang kamu kecapi ini!) tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberiMohon maaf, soalan tidak difahami. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas dan mudah difahami.Lain-lain09.09.2021
Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah . tahniah atas kejayaan yang kamu kecapi ini! tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberiMohon tuan/puan memberikan soalan yang lebih jelas untuk memudahkan pihak kami memberikan jawapan yang tepat.Lain-lain08.09.2021
Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah dan tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi. (tahniah atas kejayaan yang kamu kecapi ini!)Mohon maaf, soalan tidak difahami. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas dan mudah difahami.Lain-lain10.09.2021

Kembali ke atas