Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ca.pi] | کچڤي

Definisi : sj alat bunyi-bunyian bertali yg dipe­tik sbg gitar (spt cerempung); memetik ~ bermain kecapi; berkecapi bermain kecapi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ca.pi] | کچڤي

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buah), sentul, Sandoricum koetjape; buah ~ buah sentul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ca.pi] | کچڤي

Definisi : alat bunyi-bunyian bertali yg seakan-akan gambus rupanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecapi

Puisi
 

Sayang kecapi kecapang condong,
     Sayang tempurung berisi paku;
Kalau petang matahari condong,
     Kalau burung nak terbang aku.


Lihat selanjutnya...(11)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kuriding Bj, Tbsejenis alat muzik kecapi mulut yang diperbuat daripada kulit pelepah pokok palma (pokok polod).Dia sedar bahawa segala-galanya telah berakhir. Segala-galanya telah musnah. Dan yang tinggal hanyalah sebilah kuriding bumbu, tanda cinta, secebis kenangan dan sebuah rindu. Rindu, entah dari teluk mana hadirnya.Bagai Camar Di LautanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
giman Kdsejenis tumbuhan menjalar yang boleh dibuat tali sundatang.Kecapi ini dibuat daripada kayu nangka. Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang. Secara tradisional tali-talinya dibuat daripada tumbuhan giman. Nada tali-talinya dibetulkan dengan memutarkan skru kayu telinga di atas alat ini.Pengenalan kepada Alat-alat Muzik Tradisional SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
limun Bj Smberkenaan sesuatu yg samar-samar atau belum kelihatan.“Emboh Temah, Embo Nukung, janganlah kiranya kalian mendabik dada dengan kemenangan awal yang kita kecapi kerana perjuangan kita masih limun dan sudah pastilah Belah Darag tidak berpuas hati dengan kekalahan yang dialami,” Embo Bani mengingatkan kedua-dua orang wira Desa Selengkutai itu. Embo Bani tahu tidak akan berdiam diri.NembilukGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas