Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ca.pi] | کچڤي

Definisi : sj alat bunyi-bunyian bertali yg dipe­tik sbg gitar (spt cerempung); memetik ~ bermain kecapi; berkecapi bermain kecapi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ca.pi] | کچڤي

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buah), sentul, Sandoricum koetjape; buah ~ buah sentul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ca.pi] | کچڤي

Definisi : alat bunyi-bunyian bertali yg seakan-akan gambus rupanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecapi

Puisi
 

Sayang kecapi kecapang condong,
     Sayang tempurung berisi paku;
Kalau petang matahari condong,
     Kalau burung nak terbang aku.


Lihat selanjutnya...(11)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kecapikecapiMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis ziter berbentuk tiub. Kecapi diperbuat daripada buluh yang panjang dan mempunyai garis pusat yang besar. Setiap hujung tiub buluh ini ditutup dengan buku atau nodus asal. Empat tali diukir daripada permukaan buluh dan ditiunkan dengan menggunakan kekuda kecil yang terletak di bawah setiap hujung tali tersebut. Kecapi dipegang secara menegak dan tali dipetik dengan jari. Rentak yang dimainkan meniru bahagian gong dan gendang daripada muzik wayang kulit dan muzik tradisional lain. Alat muzik ini dimainkan secara solo di kampung atau desa di Kelantan.

kecapi (Mal)kecapiKesenianTiadaAlat tali yang dipetik berasal dari Jawa.
kecapi buluh (Mal)kecapi buluhKesenianTiadaAlat tali tradisional yang dipetik diperbuat daripada buluh.
lutong (Mal)lutongKesenianTiadaKecapi buluh enam tali dari Sarawak.
lyraliraPerubatanTiada2. Nama yang diberi kepada sesetengah struktur anatomi yang bentuknya menyerupai alat muzik lut atau kecapi.
lyreliraPerubatanTiada1. Lira: Nama yang diberi kepada sesetengah struktur anatomi yang bentuknya menyerupai alat muzik lut atau kecapi.

Kembali ke atas