kecekatan | kepantasan, kecepatan, kecekapan (melakukan sesuatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecekatan | kecepatan (membuat sesuatu); kecekapan. | Kamus Pelajar |
kegapaan | ketangkasan, kecekatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketangkasan | perihal tangkas, kecekatan, kecepatan, kecergasan, kepantasan, kesigapan: anak-anak muda kelihatan kagum melihat ~ kedua-dua teman mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cekatan | cekap membuat sesuatu; cepat membuat kerja. kecekatan kecepatan (membuat sesuatu); kecekapan. | Kamus Pelajar |
gapa II | Jw cekatan, tangkas, tidak berasa kaku;kegapaan ketangkasan, kecekatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cekat | cekatan; cekatan pantas bekerja (mengerti dll), cekap membuat sesuatu: ia bekerja mengayun cangkulnya penuh ~; mereka itu ~ sekali melakukan kewajibannya; kecekatan kepantasan, kecepatan, kecekapan (melakukan sesuatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangkas | 1. cepat (gerak-geri), cekatan, cergas, cepat, pantas: ia berjalan dgn ~; 2. gesit, giat, sigap: perjuangan antara dua orang pahlawan itu sangat hebat, mereka sama ~ dan sama pandai;ketangkasan perihal tangkas, kecekatan, kecepatan, kecergasan, kepantasan, kesigapan: anak-anak muda kelihatan kagum melihat ~ kedua-dua teman mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |