Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ce.la.ka.an] | کچلاکاءن

Definisi : bencana, kemalangan, kesusah­an, malapetaka: hidupnya terdesak dan mengalami ~ selalu; polis tidak ada di tempat ~ itu; perempuan itu mati kerana ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ce.la.ka.an] | کچلاکاءن

Definisi : 1 bencana; kemalangan; celaka: Beliau telah mendapat ~ semasa merantau dahulu. 2 tertimpa atau ditimpa celaka: Jiran saya ~ baru-baru ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.ce.la.ka.an] | کچلاکاءن

Definisi : sesuatu yg mendatangkan kesusahan atau kesengsaraan; bencana; kemalang­an. 3 kata makian yg bermaksud bedebah atau jahanam: Si ~, pergi engkau dr sini! (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecelakaan

Peribahasa

Malang tak berbau.

Bermaksud :

Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTEMPURAN WATERLOO

Pertempuran Waterloo yang berlaku pada 18

Jun 1815 ialah pertempuran terakhir bagi Napoleon

Bonaparte, iaitu pemerintah tentera Perancis yang

bijak. Pertempuran ini menamatkan cita-cita tinggi

politiknya untuk memerintah seluruh benua Eropah.

Kekalahannya ini amat teruk, sehingga apabila

seseorang itu mengalami sesuatu kecelakaan atau

kekalahan yang dahsyat, kita akan mengatakan

bahawa orang itu “telah menemui Waterloonya.”

UMUM 
SURAH AL-‘ASR

Surah al-‘Asr ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-103 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi tiga ayat.

Surah ini dinamakan al-’Asr (masa) kerana pada

awal surah ini Allah taala bersumpah dengan masa.

Surah al-‘Asr sangat ringkas dan terang. Inti sari

kandungannya menerangkan sebab kebahagiaan

dan kecelakaan manusia, kejayaan dan kerugian

atau kehancuran dalam hidupnya semasa di dunia.

UMUM 

Kembali ke atas