Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ce.la.ruan] | کچلاروان

Definisi : perihal bercelaru (bkn keadaan, fikiran, dll), keadaan kacau-bilau: ~ yg wujud apabila agama Taoisme, Hindu, dan Islam dianggap sama sudah jelas menunjukkan kejahilan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecelaruan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sexual dysfunctiondisfungsi seksualPsikologiPsikologi UmumMasalah berkaitan dengan tingkah laku seksual yang boleh menimbulkan pelbagai kecelaruan psikologi. Menurut pakar psikologi, terdapat empat jenis masalah disfungsi seksual, iaitu kecelaruan nafsu, kecelaruan bangkitan, kecelaruan orgasma dan kecelaruan kesakitan seksual. Dalam kecelaruan nafsu, individu tidak menunjukkan minat yang tinggi terhadap seks. Mereka yang mengalami masalah bangkitan pula mungkin mempunyai nafsu tetapi sukar dirangsangkan. Kecelaruan orgasma dialami oleh individu yang mengalami ejakulasi yang terlalu cepat atau langsung tidak mengalami orgasma. Individu yang mengalami kecelaruan kesakitan seksual pula biasanya akan mengalami rasa sakit semasa bersenggama sehingga membuatkan mereka tidak selesa atau menyukarkan hubungan seksual.
mood disorderkecelaruan rasa hatiPsikologiPsikologi UmumKumpulan gangguan emosi yang terdiri daripada kemurungan teruk sehingga ke tahap mania ekstrem. Terdapat dua jenis kecelaruan rasa hati, iaitu depresi dan kecelaruan bipolar. Individu yang menghidap kecelaruan depresi akan mengalami dan memperlihatkan kesedihan dan putus asa yang dibesar-besarkan, berpanjangan atau tidak berasas. Simptom-simptom depresinya ialah kesugulan, ketidakupayaan dan tidak dapat merasai kegembiraan atau tidak berminat terhadap sesuatu. Mereka juga memperlihatkan simptom seperti kelesuan, tidur dan makan yang terganggu, rasa tidak berguna, imej diri yang negatif dan perasaan ingin membunuh diri. Individu yang mengalami kecelaruan bipolar pula memperlihatkan pola emosi turun naik yang ekstrem dalam perasaan gembira dan sedih. Kecelaruan ini boleh dialami secara berpanjangan tetapi tidak teruk. Walau bagaimanapun, terdapat kecelaruan rasa hati lebih teruk yang memperlihatkan emosi yang sangat negatif seperti merasakan kegagalan, berdosa, tidak berguna, menjauhkan diri atau bertindak untuk membunuh diri.
the Diagnostic and Statical Manual of Mental Disorders (DSM-IV-TR);Manual Statistik dan Diagnostik Kecelaruan Mental (DSM-IV-TR)PsikologiPsikologi UmumManual kecelaruan mental yang digunakan untuk mengenal pasti atau mendiagnosis jenis tingkah laku abnormal secara lebih sistematik. Manual Statistik dan Diagnostik Kecelaruan Mental terdiri daripada empat edisi yang diterbitkan oleh American Psychiatric Association untuk mengklasifikasikan kecelaruan psikologikal bagi tujuan pendiagnosisan untuk mencari terapi yang terbaik. Manual ini ialah versi terkini yang bukan sahaja satu dokumen saintifik tetapi juga dokumen sosial. Mengikut manual ini, kebanyakan kecelaruan psikologi sebahagiannya adalah berpunca daripada masalah biologi, masalah sosial dan penyalahgunaan dadah. Antara kecelaruan yang disenaraikan termasuklah kecelaruan psikotik, kehilangan rasa hati, keresahan, somatoform, disosiatif, gangguan personaliti, masalah identiti seksual dan gender, kecelaruan mental atau kognitif dan tabiat makan.
dissociative disorderkecelaruan disosiatifPsikologiPsikologi UmumSatu keadaan yang melibatkan gangguan atau kegagalan fungsi ingatan, kesedaran atau persepsi. Individu yang mengalami kecelaruan ini akan kehilangan sebahagian daripada kesedaran atau ingatan sehingga identiti individu itu boleh tergugat dengan teruk. Menurut DSM-IV-TR, terdapat empat jenis kecelaruan disosiatif, iaitu kecelaruan depersonalisasi, amnesia disosiatif, fug disosiatif dan kecelaruan identiti disosiatif.
dissociative identitykecelaruan identiti disosiatifPsikologiPsikologi UmumKecelaruan disosiatif yang menyebabkan individu memperlihatkan lebih daripada satu personaliti yang berbeza tetapi lengkap. Menurut DSM-IV Codes 300.14, pesakit yang mengalami kecelaruan ini akan mempunyai dua personaliti yang berbeza. Proses diagnosis memerlukan sekurang-kurangnya dua personaliti yang jelas mengawal pesakit secara rutin. Setiap personaliti mempunyai nama, ingatan, trait dan fizikalnya tersendiri. Pesakit ini biasanya akan mengaku mempunyai lebih daripada satu identiti. Kecelaruan identiti disosiatif juga dikenali sebagai kecelaruan personaliti pelbagai.
nightmare disorderkecelaruan mimpi ngeriPsikologiPsikologi UmumKecelaruan tidur yang dicirikan oleh kekerapan mimpi buruk. Dalam mimpi tersebut, individu biasanya berada dalam suasana yang membahayakan atau mengancam kehidupan khususnya pada bahagian kedua peringkat tidur, iaitu pada peringkat gerak mata cepat (REM). Mimpi ini akan mempengaruhi kesejahteraan hidup individu tersebut. Semua individu berkemungkinan mengalami mimpi buruk tetapi mereka yang menghidapi kecelaruan mimpi ngeri akan mengalaminya dengan kerap. Kecelaruan ini dinyatakan dalam DSM-IV nombor 307.47. Sinonim kecelaruan kebimbangan mimpi ngeri.
obsessive-compulsive disorderkecelaruan obsesif-kompulsifPsikologiPsikologi UmumKecelaruan psikologi yang boleh membuatkan perasaan atau pemikiran individu dikuasai oleh desakan yang menimbulkan distres. Individu normal boleh diserang perasaan obsesif tetapi tidak seteruk pesakit kecelaruan obsesif-kompulsif ini yang lebih mengganggu kefungsian hidupnya yang normal. Individu yang diserang obsesi kecederaan akan sentiasa dirasuk oleh pemikiran ingin membunuh orang yang dikasihi seperti meracuni isteri atau anak. Mereka yang diserang oleh fikiran kompulsif pula akan terasa seperti dipaksa-paksa melakukan sesuatu berulang kali. Contohnya, individu yang mengalami kompulsif akan sentiasa terdorong untuk memeriksa pintu kereta, walaupun terpaksa masuk atau keluar rumah berkali-kali bagi memastikan sama ada pintu kereta sudah betul-betul berkunci atau belum.
dream anxiety disorderkecelaruan kebimbangan mimpi ngeriPsikologiPsikologi UmumLihat kecelaruan mimpi ngeri.
antisocial personality disorderkecelaruan personaliti antisosialKriminologiKeadilan JenayahSuatu bentuk kecelaruan apabila individu tidak dapat membezakan yang mana betul atau salah dan sentiasa menafikan hak dan perasaan orang lain. Mereka juga tiada belas kasihan serta tidak berasa bersalah terhadap tindakan yang dilakukan. Mereka sering memanipulasi situasi atau pemikiran orang lain, bersifat menentang dan melayan orang lain dengan kasar. Mereka juga sering melanggar undang-undang seterusnya melakukan jenayah.
hysteriahisteriaPsikologiPsikologi UmumFenomena yang berlaku apabila masalah atau kecelaruan psikologi dijelmakan dalam bentuk kecelaruan organik atau somatik. Individu yang mengalami histeria biasanya menunjukkan kegembiraan atau ketakutan yg tidak dapat dikawal. Contohnya, mengadu mengalami masalah atau simptom fizikal seperti kelumpuhan atau kebas yang bukan berpunca daripada sumber-sumber fizikal. Menurut Freud, histeria berkait rapat dengan konflik yang tersembunyi jauh ke alam tidak sedar. Histeria dikenali juga sebagai kecelaruan jelmaan.
12345678

Kembali ke atas