Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ce.ma.san] | کچمسن

Definisi : 1. ketakutan, kebimbangan, kegelisahan, kekhuatiran: mereka kelihatan ~ kerana takut mati kelaparan; 2. keadaan bahaya, darurat: setiap saat mereka berada dlm keadaan bahaya dan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ce.ma.san] | کچمسن

Definisi : 1 keadaan atau hal cemas; kegelisahan; ketakutan: Bunyi letupan pd malam itu menimbulkan ~ di kalangan penduduk kampung itu. 2 keadaan bahaya; darurat: Jika berlaku sebarang ~, keluarlah melalui pintu ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecemasan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STROK

Strok ialah kehilangan fungsi otak dengan tibatiba.

Ia adalah kecemasan perubatan yang boleh

menyebabkan kelumpuhan, kerosakan otak yang

teruk, atau kematian. Kebanyakan strok berlaku

apabila darah beku atau sesetengah bahan lain

menyekat aliran darah ke otak, lalu mengganggu

bekalan oksigen dan nutrien ke otak. Jika sekatan

ini berlanjutan lebih daripada beberapa minit,

kecacatan otak yang kekal mungkin berlaku. Strok

juga mungkin berlaku apabila pembuluh darah

pecah dan menyebabkan pendarahan ke dalam

otak, atau ke dalam bendalir di sekeliling otak.

Pendarahan mendatangkan tekanan yang

merosakkan tisu otak, menyebabkan kehilangan

fungsinya.

UMUM 
KEGANASAN

Keganasan ialah perbuatan ganas menggunakan

ancaman atau ugutan bagi menimbulkan ketakutan

dan kecemasan. Pengganas membunuh dan

menculik, menembak, melontar bom, merampas

kapal terbang, dan melakukan jenayah berat yang

lain.

UMUM 
S O S

S O S ialah isyarat meminta pertolongan yang

diterima dari kapal yang berada dalam kecemasan.

Huruf ini tidak membawa makna tertentu dan

dipilih hanya kerana huruf ini merupakan huruf

paling mudah dihantar melalui wayarles. Ia terdiri

daripada tiga titik, tiga sempang, dan tiga titik.

UMUM 
PERTOLONGAN CEMAS

Pertolongan cemas ialah rawatan serta-merta

yang diberi kepada mangsa yang mengalami

kemalangan, sakit yang mendadak, atau lain-lain

kecemasan perubatan. Pertolongan cemas yang betul

dapat menyelamatkan nyawa mangsa, lebih-lebih lagi

jika mangsa itu mengalami pendarahan yang banyak,

terhenti pernafasannya, atau terkena racun.

Pertolongan cemas juga boleh mencegah masalah

perubatan yang selanjutnya yang terhasil daripada

kecederaan atau sakit.

UMUM 
SALVAJ

Salvaj ialah wang atau barangan yang dibayar

kepada sesiapa yang menyelamatkan kapal atau

kargo yang ditinggalkan di laut. Bantuan yang

diberikan kepada kapal yang berada dalam

keadaan kecemasan atau bahaya dikenali sebagai

perkhidmatan salvaj. Salvaj dibenarkan bagi

tindakan yang dilakukan di laut lepas tetapi di

sesetengah negara, mahkamah juga membenarkan

salvaj kerana menyelamatkan barangan, kapal, atau

hidupan di perairan pedalaman.

UMUM 
PERTAHANAN AWAM

Pertahanan awam juga dikenali sebagai

perlindungan awam , ialah program yang dibiayai

oleh kerajaan, untuk menyelamatkan nyawa dan

harta benda jika musuh menyerang sesebuah

negara ketika perang. Ia juga menyediakan

pasukan penyelamat dan bantuan kecemasan

untuk orang ramai yang menderita akibat bencana

alam seperti banjir, angin ribut, gempa bumi,

gunung berapi, kebakaran, dan letupan.

Pertubuhan pertahanan awam juga merangka

rancangan untuk mengurangkan kesan buruk yang

disebabkan oleh kejadian pemberontakan seperti

pengeboman dan pencemaran yang teruk atau

kemalangan nuklear.

UMUM 
KENTUNGKENTUNG, alat yang dipalu untuk menyatakan waktu sembahyang atau menyampaikan maklumat kepada orang ramai seperti kematian dan sesuatu kecemasan.  Kentung juga dipanggil `ketuk-ketuk'.BUDAYAAlat/Alatan
PINGAT HANG TUAHPINGAT HANG TUAH, pingat atau anugerah yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun sebagai pengiktirafan kepada jasa dan keberanian mereka menyelamatkan nyawa orang lain dalam masa kecemasan. Anugerah ini diberikan setiap tahun sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia. Jawatankuasa Pingat Hang Tuah dibentuk untuk memilih kanak-kanak yang layak menerima anugerah ini.BUDAYAAnugerah/Hadiah
KETIADAAN TEMPAT BERTEDUH

Ketiadaan tempat berteduh ialah satu

keadaan bagi seseorang yang tidak mempunyai

alamat yang tetap. Mereka yang tiada tempat

berteduh ini biasanya tinggal di bangunan-bangunan

yang terbiar, di bawah jambatan, stesen

bas, hotel-hotel murah, tempat persinggahan

kecemasan dan jalanan.

UMUM 
ACROPOLIS

Acropolis ialah pusat agama dan tentera

sesebuah negara kota di Yunani purba. Orang

Yunani biasanya membina kubu di atas bukit, yang

dinamakan acropolis, di dalam atau dekat kota

untuk pertahanan. Ia kerap merupakan tempat

pertama yang diduduki. Semasa kegemilangan era

Mycenaea (1400–1200 S.M.), istana raja biasanya

dibina di atas bukit. Istana juga menjadi kubu

tentera dan tempat perlindungan bagi warga kota

semasa kecemasan. Kuil-kuil terpenting bagi

negara kota juga dibina di sini, termasuk rumah

berhala dewa mereka.

UMUM 

Kembali ke atas