Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ce.ma.san] | کچمسن

Definisi : 1. ketakutan, kebimbangan, kegelisahan, kekhuatiran: mereka kelihatan ~ kerana takut mati kelaparan; 2. keadaan bahaya, darurat: setiap saat mereka berada dlm keadaan bahaya dan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ce.ma.san] | کچمسن

Definisi : 1 keadaan atau hal cemas; kegelisahan; ketakutan: Bunyi letupan pd malam itu menimbulkan ~ di kalangan penduduk kampung itu. 2 keadaan bahaya; darurat: Jika berlaku sebarang ~, keluarlah melalui pintu ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecemasan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kecemasan1 keadaan atau hal cemas; kegelisahan; ketakutan: Bunyi letupan pd malam itu menimbulkan ~ di kalangan penduduk kampung itu. 2 keadaan bahaya; darurat: Jika berlaku sebarang ~, keluarlah melalui pintu ini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kecemasan1. ketakutan, kebimbangan, kegelisahan, kekhuatiran: mereka kelihatan ~ kerana takut mati kelaparan; 2. keadaan bahaya, darurat: setiap saat mereka berada dlm keadaan bahaya dan ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
kecemasan1. keadaan atau hal cemas; kegelisahan; ketakutan: Bunyi letupan pd malam itu menimbulkan ~ di kalangan penduduk kampung itu. 2. keadaan bahaya; darurat: Jika berlaku sebarang ~, keluarlah melalui pintu ini.Kamus Pelajar
suis kecemasan(emergency switch)1. Suis khas di meja sawat atau di tempat penting dalam sesuatu sistem. Suis ini digunakan untuk memutuskan bekalan kuasa sistem, atau untuk memulakan susunan tugas tertentu apabila berlaku sebarang kecemasan seperti litar pintas, kebakaran, kegagalan sistem yang serius atau ancaman daripada punca luar. 2. Suis khas yang perlu ditekankan bagi menghidupkan sistem penggera bagi memberitahu semua kakitangan bahawa keadaan cemas telah wujud pada sistem.Kamus Komputer
EPOSingkatan bagi emergency power off, iaitu tutup kuasa kecemasan. EPO digunakan sebagai kod untuk memberitahu operator supaya menutup kuasa komputer sewaktu keadaan cemas atau sebagai mewakili butang yang akan digunakan untuk menutup kuasa komputer ketika kecemasan.Kamus Komputer
butang kecemasan(emergency button)1. Suis kawalan yang digunakan untuk menahan kerosakan atau kegagalan daripada berterusan secara automatik melalui tatacara yang telah dirancangkan. 2. Suis perkakasan atau perisian yang akan memberhentikan sistem serta-merta apabila terjadi kegagalan yang tidak dapat dikawal. 3. Suis penggera yang digunakan untuk memberitahu petugas lain tentang berlakunya keadaan kecemasan.Kamus Komputer
butang cemas(panic button)1. Suis perkakasan atau perisian yang digunakan apabila terjadi sebarang kecemasan atau perkara yang tidak dapat dikelolakan oleh petugas. 2. Suis perkakasan atau perisian yang digunakan untuk menukarkan atau menyorokkan data atau sistem yang sedang digunakan apabila terjadi sebarang kecemasan.Kamus Komputer
membelingasmemandang tidak tetap (kerana kecemasan dll): matanya ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kebimbangankeadaan atau rasa bimbang; keraguan; kecemasan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
belingas; membelingas memandang tidak tetap (kerana kecemasan dll): matanya ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345

Kembali ke atas