Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ce.mer.la.ngan] | کچمرلڠن

Definisi : ki keelokan, keindahan, kegemilangan: nyanyian itu menyimpan sejarah ~ Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ce.mer.la.ngan] | کچمرلڠن

Definisi : hal atau keadaan cemerlang; kegemilangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecemerlangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah istilah yang paling tepat? Hari Anugerah Kecemerlangan Hari Penganugerahan Kecemerlangan Hari Apresiasi KecemerlanganPenggunaan frasa nama yang lebih tepat ialah Hari Anugerah Kecemerlangan.Lain-lain19.08.2020
"TOWARDS HOLISTIC EXCELLENCE" KE ARAH KECEMERLANGAN HOLISTIK KE ARAH KECEMERLANGAN MENYELURUHKE ARAH KECEMERLANGAN MENYELURUHLain-lain22.12.2010
Penggunaan yang tepat antara Hari Anugerah Cemerlang atau Hari Anugerah Kecemerlangan atau Hari Anugerah Kecemerlangan PelajarAyat yang betul dan sesuai digunakan ialah Majlis AnugerahPelajar Cemerlang atau Majlis Anugerah KecemerlanganPelajar atau Majlis Anugerah Kecemerlangan.Tatabahasa21.11.2017
Saya ingin bertanya. Di INSTUN, terdapat 3 buah pusat kecemerlangan (kelas) untuk bidang ukur dan pemetaan. Bagi menggambarkan ketiga-tiga pusat kecemerlangan tersebut, bolehkah ianya disebut sebagai Kluster Kecemerlangan Ukur dan Pemetaan. Sekian, terima kasih.Kluster Kecemerlangan Ukur dan Pemetaan boleh diterima.Istilah16.01.2017
INGIN MENDAPATKAN KEPASTIAN SAMA ADA AYAT DIBAWAH BOLEH DIGUNA PAKAI ATAU TIDAK. 1. KARISMA PERTUBUHAN, MANIFESTASI KECEMERLANGAN. 2. PERTUBUHAN BERWIBAWA, MANIFESTASI KECEMERLANGAN.Lebih sesuai PERTUBUHAN BERWIBAWA, MANIFESTASI KECEMERLANGANLain-lain11.02.2019
Bolehkah saya gunakan istilah "Majlis Aspirasi dan Kecemerlangan" dengan maksud untuk memberi penekanan kepada konsep majlis tersebut supaya menjadi aspirasi kepada pelajar lain dan pada masa yang sama meraikan kecemerlangan.Pada pandangan pihak kami, tajuk yang sesuai ialah Majlis Aspirasi Kecemerlangan.Lain-lain15.03.2018
Susunan Perkataan untuk banting manakah yang paling sesuai? Dua majlis ini dilangsungkan secara berasingan, majlis khatam Al-Quran dahulu dan hari lain barulah Majlis Apresiasi Kecemerlangan, tetapi menggunakan satu Banting yang sama 1. Majlis Apresiasi Kecemerlangan dan Khatam Al-Quran 2. Majlis Apresiasi Khatam Al-Quran dan Kecemerlangan 3. Majlis Khatam Al-Quran dan Apresiasi Kecemerlangan Nombor berapakah yang paling sesuai?Kami mencadangkan susunan ayat yang ketiga, namun pihak  tuan perlu memasukkan tarikh yang jelas untuk program tersebut bagi mengelakkan kekeliruan pembaca.Lain-lain11.01.2024
Adakah tema Inovasi Tonggak Kecemerlangan Jabatan sesuai digunapakai?Tema "Inovasi Tonggak Kecemerlangan" boleh digunakan dan tdak perlu ditambah jabatan kerana tema ini umum dan boleh melambangkan jabatan atau organisasi.Tatabahasa26.07.2013
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ATAU MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PENDIDIKAN - Yang mana sesuai atau tepat penggunaannya. Terima kasih.Ayat yang tepat ialah MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKANTatabahasa13.04.2018
Ada kesalahan atau tidak pada nama program "HARI APRESIASI KECEMERLANGAN" ?Frasa yang betul ialah  "HARI APRESIASI KECEMERLANGAN PELAJAR"  sesuai dalam konteks pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar yang cemerlang.

Tatabahasa11.11.2019
1234567

Kembali ke atas