Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cer.da.san] | کچردسن

Definisi : kesempurnaan akal (utk ber­fikir, mengerti, dll spt kepandaian, kepintar­an, kecerdikan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cer.da.san] | کچردسن

Definisi : hal atau keadaan sempurna perkembangan akal budinya; kepintaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecerdasan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaykum Tuan/Puan, Merujuk kepada maklum balas email Tuan/Puan yang lepas, berikut saya sertakan cadangan istilah berkenaan dalam bahasa melayu: Spiritual Intelligence: Kecerdasan Spiritual/ Kecerdasan Rohani Compassion Fatigue: Kelelahan Belas Kasihan/Kelelahan Ihsan Compassion Satisfaction: Kepuasan Belas Kasihan/ Kepuasan Ihsan Secondary Traumatic Stress: Tekanan Traumatik Sekunder Burnout: Kelesuan Healthcare Provider: Pihak Penjagaan Kesihatan Terima kasih atas bantuan dan keprihatinan pihak Tuan/Puan. Wassalam. ArifWaalaikumussalam...
Cadangan terjemahan yang sesuai bagi:
 i. Spiritual Intelligence ialah Kecerdasan Spiritual
ii. Compassion Fatigue islsh Lesu Belas Kasihan
iii. Compassion Satisfaction ialah Lesu Kepuasan
iV. Secondary Traumatic Stress ialah Tekanan Trauma Sekunder
v. Burnout ialah Terbakar
vi. Healthcare Provider ialah Penyediaan Penjagaan Kesihatan
Makna05.12.2017
Salam tuan, Mana yang tepat: Kecerdasan visual menjurus kepada ... kapasiti ... atau ... menjurus pada kapasiti ...? T. kasih.Ayat yang betul ialah: Kecerdasan visual menjurus kepada ... Tatabahasa21.04.2010
mohon semakan sama ada ayat-ayat ini betul atau salah: 1. Bakat dan kecerdasan para pelajar dalam program ini perlu melalui proses kurikulum yang termampat, dipecut dan diperkaya agar minda dan pemikiran mereka akan sentiasa tercabar dan membina dari semasa ke semasa 2. Pembangunan kursus dalam talian seperti Massive Open Online Courses (MOOC) merupakan usaha untuk memberikan pengalaman pembelajaran melalui media sosial; aktiviti normal kehidupan mereka yang petah menggunakan aplikasi tersebut dalam komputer mahupun peranti mudah alih yang lain 3 Hal ini kerana penularan wabak koronavirus masih lagi aktif dan mengakibatkan kematian jika dijangkiti. 4. Hal ini membuktikan, walaupun perkembangan zaman era teknologi kini pesat membangun, pengajian dan pendidikan al-Quran akan tetap diajari dan dipelajari sebagai panduan dan rujukan yang tepat bagi seluruh umat manusia dalam menjalani dan mendepani cabaran kehidupan seharian.

Ayat yang betul:

1. Bakat dan kecerdasan para pelajar dalam program ini perlu melalui pembelajaran yang padat, pantas dan meluas agar minda dan pemikiran mereka sentiasa terbuka dari semasa ke semasa.

2. Pembangunan kursus dalam talian seperti Massive Open Online Courses (MOOC) merupakan usaha untuk memberikan pengalaman pembelajaran melalui media sosial kepada pengguna supaya lebih mahir menggunakan aplikasi tersebut dengan komputer mahupun peranti mudah alih yang lain.

3. Hal ini disebabkan penularan wabak koronavirus masih lagi aktif dan boleh mengakibatkan kematian jika dijangkiti.

4. Hal ini membuktikan bahawa pengajian dan pendidikan al-Quran akan tetap diajari dan dipelajari sebagai panduan dan rujukan yang tepat bagi seluruh umat manusia dalam menjalani dan mendepani cabaran kehidupan seharian walaupun perkembangan era teknologi kini pesat membangun.
Tatabahasa25.11.2021
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SAYA SEDANG MENYEDIAKAN SATU KAJIAN ILMIAH YANG BERTAJUK KECERDASAN EMOSI, SPIRITUAL, FIZIKAL, SOSIAL DAN DAYA TAHAN SEBAGAI PERAMAL TERHADAP BURNOUT GURU SEKOLAH MENENGAH DI SELANGOR. SOALAN SAYA BOLEH KE SAYA MENGGUNAKAN PERKATAAN BURNOUT DALAM TAJUK DAN SEMUA DOKUMEN YANG BERKAITAN DALAM KAJIAN INI. ATAU SAYA PERLU ITALICKAN ATAU SAYA PERLU MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU. SEKIRANYA BOLEH MOHON MAKLUM BALAS TUAN . DAN SEKIRANYA TIDAK MOHON CADANGAN DARI PIHAK TUAN UNTUK PERKATAAN YANG SESUAI.. TERIMA KASIHPerkataan "BURNOUT" belum ada padanan dalam bahasa Melayu. Perkataan tersebut boleh digunakan dan ditulis dengan huruf condong (italik)Istilah28.08.2019
Mohon terjemahan bagi yang frasa Inggeris dalam ayat berikut: Bagi mendepani Revolusi Perindustrian Keempat, institusi perlu menguasai 11 'enabling technologies' yang berikut: 1. Big Data Analytics (Analisis Data Raya?) 2. Artificial Intelligence (Kecerdasan Buatan) 3. Augmentd Reality (Realiti Terimbuh) 4. Additive Manufacturing (Pembuatan Bahan Tambah) 5. Cybersecurity (Keselamatan Siber) 6. Systems Integration (Integrasi Sistem / Sistem Bersepadu?) 7. Internet of Things (Internet Benda) 8. Simulation (Simulasi) 9. Advanced Materials (Bahan Canggih?) 10. Autonomous Robots (Robot Berautonomi) 11. Cloud Computing (Pengkomputeran Awam) Terima kasihTerjemahan yang sesuai bagi perkataan bahasa Inggeris yang diberikan ialah:
 
1. Big Data Analytics - Analisis Data Raya
2. Artificial Intelligence - Kecerdasan Buatan
3. Augmentd Reality - Realiti Terimbuh
4. Additive Manufacturing - Pembuatan Bahan Tambahan
5. Cybersecurity - Keselamatan Siber
6. Systems Integration - Sistem Bersepadu
7. Internet of Things - Internet Benda
8. Simulation - Simulasi
9. Advanced Materials - Bahan Termaju
10. Autonomous Robots - Robot autonomi
11. Cloud Computing - Pengkomputeran Awam
12. enabling technologies - Teknologi pemboleh
Terima kasih
Makna03.10.2018
Salam. Apakah terjemahan/padanan yang sesuai bagi 'Artificial Intelligent'?Salam sejahtera,

Padanan artifical intelligence ialah kecerdasan buatan.

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan26.11.2019
Apakah istilah bahasa melayu untuk perkataan "AI chatbot" serta "chatbot"?Padanan bahasa Melayu bagi istilah chatbot ialah chatbot dan AI chatbot ialah chatbot Kecerdasan Buatan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah15.09.2023
Memaparkan seorang detektif muda telah diserang hendap dan berada dalam keadaan tenat. Pihak musuh percaya detektif tersebut telah berjaya dibunuh. Sebaliknya beliau telah diselamatkan dan menggunakan identiti baru setelah membuat pembedahan plastik. Beliau diarah meneruskan tugasnya mencari penjenayah di samping pada waktu yang sama menuntut keadilan. Untuk melaksanakan tugasnya secara lebih berkesan, beliau telah dibekalkan dengan sebuah kereta canggih yang digelar KITT. Kereta canggih ini mempunyai perisai setara dengan kereta kebal dan mampu memecut 300 batu sejam. Tambahan pula, kereta canggih ini juga dibekalkan dengan personaliti komputer kecerdasan dan berfungsi sebagai seorang pembantu. Detektif yang bersemangat waja ini meneruskan misi buruan penjenayah dengan kereta canggih ini. Akhirnya pemuda ini berjaya menangkap penjenayah dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa.Soalan tidak jelas. Sila nyatakan dengan terperinci bagi membolehkan pihak kami membantu tuan dalam hal ini. Tatabahasa28.01.2022
Assalamualaikum tuan. Saya ingin mendapatkan kepastian kerana takut tersilap. Berdasarkan gambar yang saya lampirkan, bolehkah pihak tuan senaraikan kata nama am konkrit, kata nama am abstrak, binaan frasa dan klausa yang didapati dalam petikan tersebut? Terima kasih tuan.

1. Kata nama am konkrit  contohnya, ‘badan’, ‘orang’, ‘tubuh’ dan lain-lain. Kata nama am abstrak  pula contohnya ‘kesihatan’, ‘segar’, ‘kecergasan’, ‘penyakit’ dan lain-lain.

2. Contoh binaan frasa dan klausa dalam petikan tersebut ialah (sukan (FN) + (memainkan peranan yang penting (FK) + untuk kesihatan badan dan kecerdasan otak (Frasa keterangan tujuan) . Untuk memahami lebih lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.  

Tatabahasa04.03.2019
Assalamualikum dan selamat sejahtera. Dewan bahasa dan Pustaka merupakan badan yang bertanggungjawab dalam pembentukan istilah bahasa Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa pertanyaan mengenai peristilahan: 1. Apakah proses penting bagi DBP dalam pembentukan sesuatu istilah? 2. Bagaimanakah DBP memilih sesuatu istilah terutamanya yang wujud dari media sosial untuk dibentuk? Adakah dengan melihat dari segi populariti penggunaannya atau aspek lain?Waalaikumsalam wbt. Terima kasih atas persoalan tentang pembentukan istilah DBP. Bagi soalan yang pertama, terdapat beberapa langkah yang penting untuk menggubal sesuatu istilah. Boleh rujuk Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu yang menggariskan beberapa langkah dalam proses pembentukan istilah, iaitu: 1. Perkataan bahasa Melayu yang lazim digunakan (umum). 2. Perkataan bahasa Melayu yang kurang lazim digunakan. 3. Perkataan bahasa serumpun atau dialek Melayu yang lazim digunakan. 4. Perkataan bahasa serumpun atau dialek Melayu yang tidak lazim digunakan. 5. Perkataan atau istilah daripada bahasa Inggeris. 6. Penggunaan perkataan daripada bahasa lain (Arab, Latin dan lain-lain). 7. Membuat pemilihan terbaik mengikut tertib antara langkah pertama hingga langkah keenam. Bagi soalan kedua pula, pihak DBP tidak hanya melihat populariti istilah di media sosial sahaja tetapi banyak faktor lain dalam menggubal padanan istilah bahasa Melayu, antaranya: 1. Melihat kepada konsep dalam bahasa sumber berdasarkan rujukan kamus dan korpus tempatan dan luar negara (Oxford, Collins, Cambridge). 2. Kepentingan istilah dalam pelbagai bidang baharu dan sedia ada, contohnya istilah-istilah dalam bidang Kecerdasan Buatan, Robotik dan sebagainya. 3. Kekerapan penggunaan istilah dalam korpus tempatan dan luar negara sama ada dalam bentuk penulisan ilmiah, berita dan artikel. Sekian.Lain-lain16.10.2020

Kembali ke atas