Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cer.ga.san] | کچرݢسن

Definisi : 1. perihal atau keadaan cergas (tubuh, otak, dsb): menjaga ~ fikiran dan badan setiap hari; 2. perihal cergas (pantas, cepat), kepantasan, kecepatan: ~ kanak-kanak cacat itu membuat kerja-kerja tangan mengagumkan pengunjung-pengunjung ke pusat itu; 3. perihal cergas (giat, aktif), kegiatan, keaktifan: ~nya dlm pergerakan persatuan itu mendapat perhatian pihak atasan; 4. perihal cergas (pasaran saham); 5. perihal cergas (bkn gunung berapi), keaktifan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cer.ga.san] | کچرݢسن

Definisi : sifat atau keadaan cergas; ketangkasan; kepantasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecergasan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah sesuai jika saya terjemah skeletal muscle deconditioning sebagai penurunan kecergasan otot skeletalSkeletal muscle deconditioning boleh diterjemahkan dalam bahasa Melayu sebagai penurunan kecergasan otot rangka.Makna17.07.2023
Saya inginkan definisi dan kupasan maksud yang mendalam bagi perkataan KESIHATAN, KESEGAKAN dan KECERGASAN.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kesihatan bermakna perihal sihat, kesegaran, kebaikan keadaan (badan dll). Kesegakan pula bermaksud perihal (sifat, keadaan) segak, kekacakan, ketampanan manakala kecergasan ialah perihal atau keadaan cergas (tubuh, otak, dsb). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan dan ingin kupasan yang lebih lanjut, sila rujuk buku yaang berkaitan.Makna10.09.2008
Vigor EffectKesuburan dan KecergasanIstilah09.02.2012
Tuan/Puan, Adakah penggunaan perkataan instruktor (instructor) dibenarkan? Contoh: Instruktor Kecergasan. Terima kasih.Perkataan instruktor tidak terdapat dalam Kamus Dewan. Perkataan yang perlu digunakan bagi merujuk perkataan instructor ialah pengajar atau jurulatih.Istilah02.03.2017
Assalamaulaikum. Untuk makluman, bahawa Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan menganjurkan Program Kecemerlangan dan Kecergasan Anggota (Sukan Dwi Tahunan) LPP 2022 pada 11-14 Mac 2022 bertempat di USIM. Program ini tiada Majlis Pembukaan (Perasmian) tetapi akan diadakan Majlis Penutupan pada 13 Mac jam 4.30 petang oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Makanan. Soalan Adakah penggunaan ayat Majlis Penutupan itu sesuai/boleh digunakan walhal tiada Majlis Pembukaan(perasmian) diadakan. Apakah tajuk sesuai untuk majlis tersebut? Terima kasih."Majlis Penutupan" boleh digunakan.Lain-lain05.03.2022
translate "VIGOR EFFECT" to B.Malaysia for paddy use.Untuk makluman, tidak ada istilah khusus untuk vigoe effect.Walau bagaimanapun, dalam pangkalan data kami, istilah bahasa Melayu untuk "Vigor" bermaksud kesuburan atau kecergasan.Dalam konteks ini, kami berpendapat perkataan kesuburan ialah sesuai kerana merujuk kepada tanaman.Mungkin boleh diterjemahkan sebagai Berkesan menyuburkan tanaman.Perkataan kekalan juga salah perlu ditukar kepada kekal.Istilah09.02.2012
Apakah terjemahan untuk (1) 'Safety and Security Manager' (2) Health and Fitness, (3) exercise (4) drill (5) practice ?

(1) Safety and Security Manager - Pengurus Keselamatan

(2) Health and Fitness - kesihatan dan kecergasan

(3) exercise - senaman/latihan

(4) drill - latihan/latih tubi

(5) practice - amalan/latihan

Makna13.10.2009
Benarkan perkataan budaya merupakan akronim daripada kata 'budi' dan 'daya'?Pihak kami tidak ada maklumat berkenaan etimologi perkataan tersebut. Pandangan yang mengatakan "budaya" merupakan cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu "budhi" dan "daya" yang bermaksud kekuatan (kuasa, tenaga dan pengaruh) kecergasan fikiran dan akal mungkin ada kebenarannya kerana maksud "budaya" dalam Kamus Dewan meliputi maksud yang sama; iaitu 1. Tamadun, peradaban; 2. kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya); dan 3. bersifat budaya. Walau bagaimanpun, tuan/puan dinasihati menyemak pandangan tokoh-tokoh tempatan mengenai perkataan budaya seperti Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim, Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dan Prof. Dr. Shaharir Mohd Zain.



Istilah24.06.2015
selepas berbincang antara kami masih belum ada persefahaman yang sama, harap dapat pembetulan ayat di bawah yang mengikut tata bahasa yang baku. 1. Bercakap tentang kebudayaan, kata kebudayaan itu sendiri perlu ditakrifkan dahulu. 2. Akibat kurangnya pengetahuan agama, banyak belia yang tersesat. 3. Tugas membentuk disiplin kanak-kanak tidak merupakan tanggungjawab semata-mata guru di sekolah, tetapi dipertanggungjawabkan oleh kedua ibu bapa dan guru. 4. Bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan antarabangsa. Oleh itu tidak hairanlah di kota-kota banyak digunakan. 5. Lantaran itu di dalam dunia pendidikan menuju era globalisasi hari ini, terdapat pelbagai teknologi pendidikan yang cuba diaplikasikan terutama di dalam proses pengajaran seperti penggunaan laman web dan bahan multimedia yang lain. 6. Pendidikan pada hari ini terutama di era dunia tanpa sempadan, setiap aktiviti pembelajaran banyak dipengaruhi kemajuan di dalam teknologi maklumat dan bersifat elektronik. 7. Pendidikan Jasmani merupakan satu mata pelajaran ke arah kecergasan fizikal pelajar. 8. Dalam konteks pendidikan di Malaysia suatu perkara asas ialah wawasan pendidikan yang akan melahirkan rupa wajah anak bangsa, tentang masa depan yang cemerlang, tentang cita-cita luhur dan keunggulan. didahului terima kasih.1. Bercakap tentang kebudayaan, perkataan kebudayaan itu sendiri perlu ditakrifkan terlebih dahulu.
2. Ayat ini betul.
3. Tugas membentuk disiplin kanak-kanak bukan merupakan tanggungjawab guru di sekolah semata-mata, tetapi juga dipertanggungjawabkan kepada kedua ibu bapa.
4. Bahasa Inggeris ialah bahasa pertuturan antarabangsa, Oleh itu, tidak hairanlah bahasa Inggeris digunakan di kebanyakan kota.
5. Lantaran itu, dalam dunia pendididikan yang sedang menuju era globalisasi pada hari ini, terdapat pelbagai teknologi pendidikan yang cuba diaplikasikan dalam proses pengajaran sepeti penggunaan laman web dan bahan multimedia yang lain.
6. Setiap aktiviti pembelajaran pendidikan pada hari ini, terutama dalam era dunia tanpa sempadan banyak dipengaruhi kemajuan dalam teknologi maklumat dan bersifat elektronik.
7. Pendidikan Jasmani merupakan mata pelajaran yang menyumbang ke arah kecergasan fizikal pelajar.
8. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, satu perkara asas ialah wawasan pendidikan yang akan melahirkan anak bangsa yang mempunyai masa depan yang cemerlang dan cita-cita luhur dan unggul.
Tatabahasa27.02.2013
assalamaualaiku. 1.Apakah nama yang sesuai dalam Bahasa Melayu bagi orang yang menjadi instruktors?atau adakah sesuai kita gunakan juru pandu senamrobik?byukankah instruktors itu dalam Bahasa Inggeris? 2.Apakah nama perkataan sesuai untuk untuk Bahasa Melayu bagi orang yang berdiri di hadapan memimpin koir,atau memimpin nyanyian@kumpulan muzik1. Padanan instruktor dalam bahasa Melayu ialah pengajar atau jurulatih. Jika yang berkaitan akademik dan kemahiran "pengajar" lebih sesuai digunakan, manakala yang berkaitan dengan kecergasan dan kesukanan "jurulatih" yang digunakan.
2. Pemimpin kumpulan koir atau pemimpin dan pemimpin kumpulan muzik.
Tatabahasa05.07.2012
12

Kembali ke atas