Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cer.ga.san] | کچرݢسن

Definisi : 1. perihal atau keadaan cergas (tubuh, otak, dsb): menjaga ~ fikiran dan badan setiap hari; 2. perihal cergas (pantas, cepat), kepantasan, kecepatan: ~ kanak-kanak cacat itu membuat kerja-kerja tangan mengagumkan pengunjung-pengunjung ke pusat itu; 3. perihal cergas (giat, aktif), kegiatan, keaktifan: ~nya dlm pergerakan persatuan itu mendapat perhatian pihak atasan; 4. perihal cergas (pasaran saham); 5. perihal cergas (bkn gunung berapi), keaktifan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cer.ga.san] | کچرݢسن

Definisi : sifat atau keadaan cergas; ketangkasan; kepantasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecergasan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
health related fitnesskecergasan berkaitan kesihatanMakanan dan PemakananPemakananKomponen kecergasan fizikal apabila peningkatannya memberikan kesan kepada kesihatan seperti kecergasan kardiovaskular, komposisi tubuh, fleksibiliti, kekuatan dan ketahanan otot.
crop vigourkecergasan tanamanPertanianAgroteknologiCiri tanaman yang tumbuh dengan cepat setelah ditanam dan mempunyai keupayaan mengatasi saingan daripada rumpai yang tumbuh bersama-samanya. Sebahagian besar kecergasan tanaman dipengaruhi oleh kualiti biji benih yang dtanam. Biji benih yang mempunyai kadar percambahan yang tinggi akan meningkatkan kecergasan tanaman dengan menentukan tanah itu ditumbuhi oleh tanaman dan mengurangkan persaingan daripada rumpai. Benih hibrid juga mempunyai kecergasan tanaman yang tinggi oleh sebab bakanya terpilih untuk tumbesaran yang cepat. Faktor persekitaran juga mempengaruhi kecergasan tanaman, seperti pembajaan dan pengairan yang cukup dan kadar biji benih yang sesuai.
physical fitnesskecergasan fizikalMakanan dan PemakananPemakananKeupayaan yang dimiliki oleh individu bagi melaksanakan aktiviti fizikal tertentu seperti bersukan, bekerja dan melakukan aktiviti harian. Kecergasan fizikal biasanya diperoleh daripada corak pemakanan yang baik, latihan yang kerap, dan rehat yang mencukupi.
hybrid vigourkecergasan hibridPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKecenderungan haiwan daripada hasil kacukan menunjukkan kualiti yang lebih tinggi berbanding dengan induknya. Contoh haiwan yang mempunyai kecergasan hibrid selalunya bersaiz lebih besar atau lebih tinggi daripada induk betina atau jantan.
CrossFitCrossFitSukanTiada1. Sejenis latihan berjeda keamatan tinggi yang menggabungkan banyak senaman kecergasan. 2. Nama jenama bagi suatu program senaman kecergasan bagi prestasi kesihatan yang lebih baik.
specificity principleprinsip kekhususanSains SukanBiomekanikPrinsip yang menyatakan bahawa setiap jenis atau kaedah latihan akan memberi kesan kepada satu komponen kecergasan. Hal ini demikian kerana tiada satu kaedah khusus yang dapat meningkatkan semua komponen kecergasan. Ketika memilih kaedah latihan fizikal, atlet perlu memilih latihan yang khusus dan sesuai supaya usaha tersebut memberi kesan dan manfaat kepada komponen kecergasan yang ingin ditingkatkan.
reversibility principleprinsip kebolehbalikanSains SukanBiomekanikPrinsip yang menyatakan bahawa kebolehbalikan latihan akan berlaku apabila atlet berhenti berlatih selepas 72 jam sesi latihan terakhir. Hal ini bermakna, tahap kecergasan atlet akan mula menurun ke tahap kecergasan seperti sebelum latihan. Atlet perlu merancang masa latihan dan rehat yang sesuai supaya kesan kebolehbalikan yang merugikan tahap kecergasan tidak menjejaskan kesan latihan yang terdahulu.
hybrid vigourkecergasan hibridFizikTiadaTiada
hybrid vigourkecergasan hibridPertanianTiadaTiada
vigourcergas; kecergasanPertanianTiadaTiada
123

Kembali ke atas