Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecil;

Puisi
 

Kecil-kecil pengayuh lidi,
     Mari sampai hutan seberang;
Kecil-kecil hendak berbini,
     Apa belanja kulit kerang.


Lihat selanjutnya...(61)
Peribahasa

Kecil-kecil lada api,
     besar-besar limau abung.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit, c. Kecil-kecil cili Melaka). limau abung = sebangsa limau besar.

 

Lihat selanjutnya...(127)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
ayam siam[A.jAm si.yAm] sejenis ayam berkaki panjang dan saiz badannya agak kecil berbanding ayam biasa dan bertaji tajam. Kuat berlaga dan saiz badan yang kecil memudahkan ia melompat-lompat.   
kemos[k«.mos]kata namasejenis serangga kecil yang mengerumuni sumber cahaya pada waktu malam.   
konco[kon.tSo]kata namasejenis belangkas bersaiz kecil.   
cabok[tSA.bo/]kata namaikan parang yang bersaiz kecil, Chirocentrus dorab.   
buloh sigai[bu.loh si.gAj] sejenis buluh yang bersaiz kecil boleh digunakan untuk membuat peralatan permainan letup-letup.   
durian daon[du.Äi.jAn dAon] sejenis buah durian yang bersaiz kecil, berduri panjang, berbiji besar, isinya nipis dan rasanya maung.   
kelape wangi[k«.lA.p« wA.Ni] sejenis pokok kelapa yang rendah berbuah kecil, air dan isinya berbau wangi.   
kelape pandan[k«.lA.p« pAn.dAn] sejenis pokok kelapa yang rendah berbuah kecil, air dan isinya berbau seperti bau pandan.   
merong[m«.ÄoN]kata namasejenis anai-anai berwarna kuning air dan bersaiz lebih kecil daripada anai-anai biasa.   
pulot tetal[pu.lot t«.tAl] sejenis kuih yang diperbuat daripada pulut yang telah dikukus bersama santan dan sedikit garam dan ditekan dalam loyang hingga mampat sebelum dipotong kecil untuk dimakan begitu sahaja atau bersama kuah gula.   
12

Kembali ke atas