Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecil;

Puisi
 

Kecil-kecil pengayuh lidi,
     Mari sampai hutan seberang;
Kecil-kecil hendak berbini,
     Apa belanja kulit kerang.


Lihat selanjutnya...(61)
Peribahasa

Kecil-kecil lada api,
     besar-besar limau abung.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit, c. Kecil-kecil cili Melaka). limau abung = sebangsa limau besar.

 

Lihat selanjutnya...(127)


Pantun

PantunSumberTema
Kecil-kecil tuanya lidi, Hendak berkayuh pasir seberang; Kecil-kecil pandai berbudi, Hendak sekupang tiada di tangan.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Kecil-kecil pengayuh lidi, Mari sampai hutan seberang; Kecil-kecil hendak berbini, Apa belanja kulit kerang.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Kecil-kecil buah temponek, Kasi makan anak Cik Batak; Sudah berpesan datuk nenek, Ayam garang kepala botak.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Kecil-kecil pengayuh lidi, Mari sampai ke hutan seberang; Kecillah kecil hendak berlaki, Apa belanja sekulit kerang.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Kecil-kecil kacang kelisa, Pandai melilit di pagar orang; Tengok kecil mulutnya bisa, Pandai menyakit hati orang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kebun kecil pokok berjenis, Pagar dengan buluh berdaun; Kecil-kecil kayu tempinis, Terasnya tahan berpuluh tahun.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Rumah kecil tiang seribu, Rumah besar tiang sebatang; Kecil-kecil ditimang ibu, Sudah besar menimang abang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baru kembang bunga seroja, Sudah ada orang mencuri; Besar-besar istana raja, Kecil-kecil pondok sendiri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Galah besar bergalah kecil, Galah kecil kita lapisi; Salah besar kita lapisi, Salah kecil kita habisi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Yanglah kecil biarlah kecil, Supaya dapat mengenal dirinya; Orang tua degil biarlah degil, Supaya cepat tanggal giginya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12345678910

Kembali ke atas