Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Jk 1. lebih kecil; 2. tidak penting atau mustahak: perbuatan ~ yg melanggar peraturan protokol; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecilan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai ayat berikut. Yang manakah betul. 1. Pak Seman berternak secara kecil-kecilan untuk menyara kehidupan keluarganya. 2. Pak Seman menternak secara kecil-kecil untuk menyara kehidupan keluarganya.Perkataan berternak dan menternak, kedua-duanya betul, namun perlu diikuti objek bagi melengkapkan ayat tersebut, seperti "Pak Seman berternak/menternak ayam kampong secara kecil-kecilan untuk menyara kehidupan keluarganya".Tatabahasa20.01.2014
Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Apakah perbezaan kata ganda & kata terbitan? Adakah perkataan seperti kecil-kecilan, kayu-kayuan dikira sebagai kata ganda atau kata terbitan. Mohon penjelasan. Terima Kasih
Kata terbitan ialah bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan, iaitu mendapat atau menerima imbuhan, sama ada awalan, sisipan, akhiran atau apitan.

Kata
ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

Contoh yang diberikan ialah jenis kata ganda yang menerima imbuhan akhiran.

Tatabahasa12.07.2013
Penggunaan yang betul Mini karnival Jepun atau Karnival Jepun MiniFrasa yang betul jika merujuk kepada karnival Jepun yang dibuat secara kecil-kecilan ialah Karnival Jepun MiniLain-lain05.09.2016
Tuan, saya ingin bertanya tentang perkataan "ladang". Adakah ladang termasuk kawasan yang ditanami padi? peladang juga boleh merujuki orang yang menanam padi? kalau begini, pekebun ialah orang yang mengusahakan tanah secara kecilan. Oleh itu, adakah pekebun juga merangkumi orang yang menanam padi? Harap penjelasan. Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu.Tempat menanam padi ialah sawah atau bendang,  iaitu tanah yang bencah, diairi. Manakala ladang ialah kawasan yang ditanami dengan tidak diairi. Berdasarkan maksud tersebut, orang yang menanam padi dinamakan pesawah.Lain-lain01.09.2021
Tuan, saya ingin bertanya tentang perkataan "ladang". Adakah ladang termasuk kawasan yang ditanami padi? peladang juga boleh merujuki orang yang menanam padi? kalau begini, pekebun ialah orang yang mengusahakan tanah secara kecilan. Oleh itu, adakah pekebun juga merangkumi orang yang menanam padi? Harap penjelasan. Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu.Tempat menanam padi ialah sawah atau bendang, iaitu tanah yang bencah, diairi. Manakala ladang ialah kawasan yang ditanami dengan tidak diairi. Berdasarkan maksud tersebut, orang yang menanam padi dinamakan pesawah.Tatabahasa02.09.2021
Noraini Abu Samah Jun 9th, 7:57am Assalamualaikum.. Bolehkah saya bertanya. Bagaimanakah cara utk saya menyertai aktiviti jualan di gerai2 kecil semasa berlangsungnya majlis anjuran DBP? Utk pengetahuan pihak tuan, saya ada menjual barangan koleksi perhiasan wanita secara kecil kecilan.Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan perkara ini, puan boleh menghubungi pegawai Bahagian Komunikasi Korporat DBP, iaitu Encik Azimin bin Daud melalui talian 03-2147 9485 atau e-mel azimin@dbp.gov.my.Lain-lain09.06.2014
Apakah makna "pemisah" pada perkataan "anggota pemisah" atau "puak pemisah". Contoh ayat, seorang anggota pemisah ditembak mati oleh tentera. Adakah sama maksudnya dengan gerila?Pemisah bermaksud pengikut faham pemisahan , misalnya pejuang pembebasan, sosialis dan lain-lain. Dalam contoh ayat yang diberikan adalah bermaksud anggota yang menyertai kumpulan atau menjadi pengikut faham pemisahan. Manakala gerila bermaksud perang secara kecil-kecilan dan tidak secara berhadapan.Makna10.06.2008

Kembali ke atas