Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cim.pung] | کچيمڤوڠ

Definisi : bunyi air ditepuk(-tepuk), ketim­bung, ketimpung; berkecimpung 1. bermain dlm air sambil menepuk-nepuknya (hingga berbunyi); 2. menceburkan diri dlm sesuatu pergerakan (kegiatan dll), giat bergerak dlm sesuatu la­pangan (usaha dll): sudah lama beliau ~ dlm lapangan drama dan persuratan; perkecimpungan perihal berkecimpung (dlm sesuatu kegiatan dll): seharusnya ~ mereka yg telah lama dlm bidang penulisan itu akan dapat membantu mereka utk menguasai gaya bahasa itu dgn baik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cim.pung] | کچيمڤوڠ

Definisi : ; berkecimpung 1 bermain-main di dlm air sambil menepuk-nepuknya. 2 memasuki sesuatu pergerakan (lapangan politik, sukan dll); bergiat dlm sesuatu lapangan: Sudah lama beliau ~ dlm lapangan politik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecimpung (kata kerja)
1. Bersinonim dengan ketimbung: kecepung, kecupak,

2. Bersinonim dengan cebur: giat, masuk, serta,

Kata Terbitan : berkecimpung,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud kecimpung dan bagaimanakah contoh penggunaannya dalam ayatPerkataan kecimpung mempunyai dua makna iaitu 1. bunyi air ditepuk-tepuk (contoh ayat: Ali  bermain dalam air sambil menepuk-nepuknya hingga berbunyi kecimpung.); 2. menceburkan diri dalam sesuatu pergerakan (kegiatan dll), giat bergerak dalam sesuatu la­pangan (usaha dll) (contoh ayat: Sudah lama beliau berkecimpung dlm lapangan drama dan persuratan.)Makna10.01.2013
Salam sejahtera, Tuan/Puan, Soalan saya berkenaan dengan maksud dan penggunaan kata "cebur" dan "kecimpung", dan kenapa terdapat 2 perkataan berlainan tapi dengan maksud sama (jika maksud kedua-dua perkataan ini adalah sama)? Contoh konteks penggunaan dua perkataan ini bagi persoalan saya ialah berikut; dan saya mengambil contoh dari artikel (https://www.ukm.my/news/arkib-berita/year-2014/april-2014/graduan-harus-menceburi-perniagaan-bukan-makan-gaji/) Perenggan 4: "Bagaimana pun Shamsuddin menggalakkan mereka yang ingin menceburi perniagaan perlu mewujudkan peluang baru perniagaan dan bukannya berkecimpung dalam perniagaan yang sudah sedia ada." Dalam perenggan ini, perkataan "menceburi" seolah-olah bermaksud bahawa baru mahu bermula untuk melibatkan diri dalam perniagaan. Perkataan "berkecimpung" pula seakan-akan sudah lama bergiat dalam bidang perniagaan. Oleh yang demikian, pemahaman saya ialah kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan untuk menggantikan sesama perkataan, bergantung kepada penyusunan semula ayat, tetapi perbezaan antara dua ini ialah dari segi penggunaan: "cebur" bagi sesuatu yang baru hendak melibatkan diri, manakala "kecimpung" adalah bagi yang telah lama melibatkan diri. Soalan saya, adakah pemahaman saya ini betul atau salah? Sekian, terima kasih.

Berdasarkan petikan “Bagaimanapun Shamsudin menggalakkan mereka yang ingin menceburi perniagaan perlu mewujudkan peluang baru perniagaan dan bukannya berkecimpung dalam perniagaan yang sudah sedia ada”  Pemahaman tuan dalam konteks petikan tersebut betul kerana “ingin menceburi” bermaksud baru/berhasrat untuk berniaga. Manakala “berkecimpung” dalam petikan tersebut merujuk kepada perniagaan yang sedia ada. Kata “cebur” dan “kecimpung” ialah kata nama yang bemaksud “bunyi seperti benda yang besar jatuh ke dalam air”. Kata “menceburi” dan “berkecimpung” pula menbawa makna kiasan iaitu “melibatkan diri secara aktif dalam sesuatu pergerakan, kegiatan ekonomi, politik dan sebagainya”. Kata “menceburi” dan “berkecimpung” boleh bertukar ganti penggunaannya berdasarkan konteks ayat. Perkataan yang berbeza, namun mempunyai maksud yang sama membuktikan kekayaan kosa kata bahasa Melayu.


Tatabahasa03.12.2021

Kembali ke atas