Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cua.li] | کچوالي

Definisi : 1. melainkan, selain, lain drpd: aku tidak pernah berkenalan dgn orang Jepun ~ En. Ogawa; 2. yg menyimpang drpd kebiasa­an, yg tidak dikenakan sesuatu peraturan, kekecualian; berkecuali 1. ada kecualinya; 2. tidak ber­pihak kpd (bersekutu dgn) mana-mana pihak, berdiri sama tengah; negara-negara ~ negara­-negara yg tidak bersekutu dgn atau berpihak kpd negara-negara blok Barat ataupun blok komunis; mengecuali melanggar aturan (hukum), tidak mengikut kebiasaan; mengecualikan membebaskan (drpd penguat­kuasaan sesuatu undang-undang, peraturan, dsb), mengeluarkan (mengetepikan) drpd sesuatu ketentuan atau keputusan: mereka meminta diadakan peraturan-peraturan khas bagi ~ mayat-mayat orang Islam yg mati akibat kemalangan drpd dibedah; terkecuali 1. terbebas (drpd kebiasaan, peraturan, dll), dikecualikan: ia ingin melihat ~nya sekolah-sekolah dan universiti drpd digunakan utk tujuan-tujuan politik; 2. kecuali, melainkan: ~ di beberapa tempat, lawatannya mendapat sambutan meriah; kekecualian, kecualian sesuatu yg me­nyimpang (berlainan, terasing) drpd yg umum dll, sesuatu yg dibebaskan (terkeluar, terasing) drpd sesuatu peraturan (ketentuan dsb); perkecualian 1. perihal berkecuali (ada kecualinya); 2. kedudukan (dasar, sikap) tidak berpihak kpd mana-mana pihak: negara-negara yg bersidang di Geneva telah menjamin ~ dan kemerdekaan Indo-China; pengecualian 1. perihal mengasingkan atau mengeluarkan dr kebiasaan (sesuatu peraturan dll); 2. perihal menjadikan tidak berpihak kpd atau menyebelahi (sesuatu pihak, blok, dsb): satu persidangan negara-negara utk membincangkan ~ Indo-China telah diadakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cua.li] | کچوالي

Definisi : 1 tidak termasuk; tetapi tidak; lain drpd; melainkan: Pejabat pos dibuka setiap hari ~ pd hari Ahad atau pd hari kelepasan am. 2 yg menyimpang (drpd kebiasaan, peraturan dll); yg terasing atau yg terpisah (drpd yg lain): Peraturan ini dikenakan pd setiap orang, tidak ada ~nya. berkecuali 1 ada kecualinya. 2 tidak menyebelahi mana-mana pihak: negara ~ negara yg tidak memihak ke mana-mana. mengecualikan menjadikan sbg kecuali; mengasingkan; membezakan. terkecuali terasing (drpd peraturan dll); terpisah: Kanak-kanak ~ drpd peraturan itu. kecualian sesuatu yg dikecualikan; sesuatu yg terasing atau yg terpisah drpd yg lain. kekecualian keadaan berkecuali. perkecualian perihal berkecuali; perihal (dasar dsb) tidak menyebelahi mana-mana pihak: Negara-negara Asia Tenggara mengisytiharkan ~ mereka dlm pertikaian itu. pengecualian perbuatan atau hal mengecualikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecuali (kata tugas)
Bersinonim dengan melainkan, selain, lain daripada, hanya, namun, tetapi;,
Kata Terbitan : berkecuali, mengecuali, mengecualikan, terkecuali, kekecualian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayah bekerja setiap hari. Ayah tidak bekerja pada hari Ahad. (kecuali) 1. Ayah bekerja setiap hari kecuali hari Ahad. 2. Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad. Yang manakah betul?Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad.Tatabahasa02.05.2012
MORNING saya hendak tanya tentang soalan ini Semua anaknya bekerja. Anak bongsunya tidak bekerja ( kecuali) jwp: Semua anaknya bekerja kecuali anak bongsunya tidak bekerja . atau Semua anaknya bekerja kecuali anak bongsunya .Ayat yang betul ialah: Semua anaknya bekerja kecuali anak bongsunya.Tatabahasa23.03.2012
Apakah perbezaan antara 3 perkataan berikut: kecuali, melainkan, selainKecuali sama maksudnya dengan melainkan, selain dan lain daripada.Makna24.10.2011
Ayah bekerja setiap hari. Ayah tidak bekerja pada hari Ahad. (kecuali) Ayat majmuk di bawah, yang mana satu betul? 1) Ayah bekerja setiap hari kecuali hari Ahad. 2) Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad.Merujuk ayat tersebuu, ayat majmuk yang betul ialah Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad.Tatabahasa15.03.2012
Salam. 1. Ayat yang manakah lebih gramatis? (a) Meng Hua suka semua warna kecuali warna hitam. (b) Meng Hua suka semua warna kecuali hitam. 2. Adakah kata warna itu perlu atau tidak? Terima kasih.Kedua -dua ayat adalah betul dan boleh digunakan. Perkataan warna boleh digugurkan sebelum perkataan "hitam" dalam ayat (b) kerana "semua warna' telah disebut pada permulaan ayat dan telah jelas bahawa hitam merujuk pada warna dan tidak merujuk pada perkara lain.
(a) Meng Hua suka semua warna kecuali warna hitam.
(b) Meng Hua suka semua warna kecuali hitam.
Tatabahasa13.04.2012
Salam sejahtera, Anak-anak Encik Ramli suadah bekerja. Anak bongsunya belum bekerja. ( kecuali / atau) (gabungkan ayat tunggal supaya menjadi ayat majmuk ) Jawapan yang saya dapat daripada guru yang tanda kertas peperiksaaan itu adalah " Anak - anak Encik Ramli sudah bekerja kecuali anak bongsunya belum bekerja" Jawapan ini adalah betul ? Bolehkah saya dapat jawapan yang betul daripada Pihak tuan.Penggunaan perkataan kecuali lebih tepat berbanding perkataan atau dalam ayat majmuk tersebut. Ayat yang gramatis ialah Anak-anak Encik Ramli sudah bekerja kecuali anak bongsunya.Tatabahasa30.03.2012
Ada 3 kata sendi " Melainkan", "Kecuali", "Sama Ada". Bolehkah ia digunakan di depan ayat? Misalnya: 1."Melainkan" saya mendapar persetujuannya, projek tidak akan diteruskan" 2. "Kecuali" kelulusan diperoleh, ini tidak patut dibuat. 3. "Sama ada" awak suka atau tidak, saya akan teruskan juga.Kata tugas boleh digunakan di pangkal ayat.Tatabahasa12.08.2013
Salam, bolehkan saya tahu? 1) Kata hubung 'kecuali' dan 'melainkan' merupakan kata hubung gabungan atau kata hubung pancangan keterangan? Terima kasih.Perkataan "kecuali" dan "melainkan" merupakan  kata  hubung pancangan keterangan.Tatabahasa24.06.2013
Salam Sejahtera. Semua ahli keluarga saya terdiri daripada golongan lelaki kecuali ibu saya。 Apakah kesalahan ayat ini? Terima kasihAyat "Semua ahli keluarga saya terdiri daripada golongan lelaki kecuali ibu saya"  adalah betul.Tatabahasa30.04.2019
Berikut adalah ciri-ciri kompentensi usahawan KECUALI A Tidak berani menanggung risiko. B Berpandangan jauh dan bercita-cita tinggi. C Membuat pembaharuan untuk keperluan pelanggan. D Aktiviti keuntungan dan sumbangan pada masyarakat dan negara. Tuan, adakah perkataan kecuali perlu dibesarkan semua hurufnya atau huruf kecil sahaja? dan Adakah jawapan di a,b,c, d perlu bermula dengan huruf kecil atau besar. Terima kasih.
  1. Penggunaan yang betul ialah ditulis dengan huruf kecil. 
  2. Huruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 80 untuk mengetahui penggunaan huruf besar selanjutnya.
Tatabahasa09.11.2021
12345678910...

Kembali ke atas