Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cua.li] | کچوالي

Definisi : 1. melainkan, selain, lain drpd: aku tidak pernah berkenalan dgn orang Jepun ~ En. Ogawa; 2. yg menyimpang drpd kebiasa­an, yg tidak dikenakan sesuatu peraturan, kekecualian; berkecuali 1. ada kecualinya; 2. tidak ber­pihak kpd (bersekutu dgn) mana-mana pihak, berdiri sama tengah; negara-negara ~ negara­-negara yg tidak bersekutu dgn atau berpihak kpd negara-negara blok Barat ataupun blok komunis; mengecuali melanggar aturan (hukum), tidak mengikut kebiasaan; mengecualikan membebaskan (drpd penguat­kuasaan sesuatu undang-undang, peraturan, dsb), mengeluarkan (mengetepikan) drpd sesuatu ketentuan atau keputusan: mereka meminta diadakan peraturan-peraturan khas bagi ~ mayat-mayat orang Islam yg mati akibat kemalangan drpd dibedah; terkecuali 1. terbebas (drpd kebiasaan, peraturan, dll), dikecualikan: ia ingin melihat ~nya sekolah-sekolah dan universiti drpd digunakan utk tujuan-tujuan politik; 2. kecuali, melainkan: ~ di beberapa tempat, lawatannya mendapat sambutan meriah; kekecualian, kecualian sesuatu yg me­nyimpang (berlainan, terasing) drpd yg umum dll, sesuatu yg dibebaskan (terkeluar, terasing) drpd sesuatu peraturan (ketentuan dsb); perkecualian 1. perihal berkecuali (ada kecualinya); 2. kedudukan (dasar, sikap) tidak berpihak kpd mana-mana pihak: negara-negara yg bersidang di Geneva telah menjamin ~ dan kemerdekaan Indo-China; pengecualian 1. perihal mengasingkan atau mengeluarkan dr kebiasaan (sesuatu peraturan dll); 2. perihal menjadikan tidak berpihak kpd atau menyebelahi (sesuatu pihak, blok, dsb): satu persidangan negara-negara utk membincangkan ~ Indo-China telah diadakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cua.li] | کچوالي

Definisi : 1 tidak termasuk; tetapi tidak; lain drpd; melainkan: Pejabat pos dibuka setiap hari ~ pd hari Ahad atau pd hari kelepasan am. 2 yg menyimpang (drpd kebiasaan, peraturan dll); yg terasing atau yg terpisah (drpd yg lain): Peraturan ini dikenakan pd setiap orang, tidak ada ~nya. berkecuali 1 ada kecualinya. 2 tidak menyebelahi mana-mana pihak: negara ~ negara yg tidak memihak ke mana-mana. mengecualikan menjadikan sbg kecuali; mengasingkan; membezakan. terkecuali terasing (drpd peraturan dll); terpisah: Kanak-kanak ~ drpd peraturan itu. kecualian sesuatu yg dikecualikan; sesuatu yg terasing atau yg terpisah drpd yg lain. kekecualian keadaan berkecuali. perkecualian perihal berkecuali; perihal (dasar dsb) tidak menyebelahi mana-mana pihak: Negara-negara Asia Tenggara mengisytiharkan ~ mereka dlm pertikaian itu. pengecualian perbuatan atau hal mengecualikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecuali (kata tugas)
Bersinonim dengan melainkan, selain, lain daripada, hanya, namun, tetapi;,
Kata Terbitan : berkecuali, mengecuali, mengecualikan, terkecuali, kekecualian,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
dalam profil aliran palam dan kenaikan atau kejatuhan suhu adalah berkadaran terus dengan kadar tindak balas. Reaktor jenis ini merupakan reaktor jenis ter - murah dan termudah bagi tindak balas eksotermik kecuali beberapa masalah dengan pengawalan suhu yang mungkin terlalu tinggi yang akan memberi ke - san kepada pemilihan penyahaktifan mangkin. (KEJ) administrative unit (unit pentadbiran) Kawasan terkecil yang ditadbir dalam struktur organisasi alat/perkakas) Peranti, sama ada tetap atau boleh alih yang menggunakan arus elektrik untuk appendicectomy appliance Kamus Sains.indb 94 7/8/08 11:46:30 AM 95 kegunaan amali kecuali sistem lampu atau motor yang belum disambung pada mesin atau beban. Contohnya, alat pemanas atau motor yang mengendalikan sesuatu kelengkapan. (KEJ) applied ecology (ekologi gunaan) Kajian tentang pengurusan hidupan liar

Kembali ke atas