Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cua.li] | کچوالي

Definisi : 1. melainkan, selain, lain drpd: aku tidak pernah berkenalan dgn orang Jepun ~ En. Ogawa; 2. yg menyimpang drpd kebiasa­an, yg tidak dikenakan sesuatu peraturan, kekecualian; berkecuali 1. ada kecualinya; 2. tidak ber­pihak kpd (bersekutu dgn) mana-mana pihak, berdiri sama tengah; negara-negara ~ negara­-negara yg tidak bersekutu dgn atau berpihak kpd negara-negara blok Barat ataupun blok komunis; mengecuali melanggar aturan (hukum), tidak mengikut kebiasaan; mengecualikan membebaskan (drpd penguat­kuasaan sesuatu undang-undang, peraturan, dsb), mengeluarkan (mengetepikan) drpd sesuatu ketentuan atau keputusan: mereka meminta diadakan peraturan-peraturan khas bagi ~ mayat-mayat orang Islam yg mati akibat kemalangan drpd dibedah; terkecuali 1. terbebas (drpd kebiasaan, peraturan, dll), dikecualikan: ia ingin melihat ~nya sekolah-sekolah dan universiti drpd digunakan utk tujuan-tujuan politik; 2. kecuali, melainkan: ~ di beberapa tempat, lawatannya mendapat sambutan meriah; kekecualian, kecualian sesuatu yg me­nyimpang (berlainan, terasing) drpd yg umum dll, sesuatu yg dibebaskan (terkeluar, terasing) drpd sesuatu peraturan (ketentuan dsb); perkecualian 1. perihal berkecuali (ada kecualinya); 2. kedudukan (dasar, sikap) tidak berpihak kpd mana-mana pihak: negara-negara yg bersidang di Geneva telah menjamin ~ dan kemerdekaan Indo-China; pengecualian 1. perihal mengasingkan atau mengeluarkan dr kebiasaan (sesuatu peraturan dll); 2. perihal menjadikan tidak berpihak kpd atau menyebelahi (sesuatu pihak, blok, dsb): satu persidangan negara-negara utk membincangkan ~ Indo-China telah diadakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cua.li] | کچوالي

Definisi : 1 tidak termasuk; tetapi tidak; lain drpd; melainkan: Pejabat pos dibuka setiap hari ~ pd hari Ahad atau pd hari kelepasan am. 2 yg menyimpang (drpd kebiasaan, peraturan dll); yg terasing atau yg terpisah (drpd yg lain): Peraturan ini dikenakan pd setiap orang, tidak ada ~nya. berkecuali 1 ada kecualinya. 2 tidak menyebelahi mana-mana pihak: negara ~ negara yg tidak memihak ke mana-mana. mengecualikan menjadikan sbg kecuali; mengasingkan; membezakan. terkecuali terasing (drpd peraturan dll); terpisah: Kanak-kanak ~ drpd peraturan itu. kecualian sesuatu yg dikecualikan; sesuatu yg terasing atau yg terpisah drpd yg lain. kekecualian keadaan berkecuali. perkecualian perihal berkecuali; perihal (dasar dsb) tidak menyebelahi mana-mana pihak: Negara-negara Asia Tenggara mengisytiharkan ~ mereka dlm pertikaian itu. pengecualian perbuatan atau hal mengecualikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecuali (kata tugas)
Bersinonim dengan melainkan, selain, lain daripada, hanya, namun, tetapi;,
Kata Terbitan : berkecuali, mengecuali, mengecualikan, terkecuali, kekecualian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gyroplanepesawat giroAeroangkasaTiadaPesawat udara yang rotornya berpusing tanpa kuasa enjin kecuali semasa permulaan.,Satu tatacara penerbangan yang dilakukan menurut peraturan penerbangan alatan.,Pesawat udara yang rotornya berpusing tanpa kuasa enjin kecuali semasa permulaan.
control areakawasan kawalanAeroangkasaTiadaRuang udara terkawal yang diukur dari aras tertentu hingga ketinggian tidak terbatas, kecuali jika ditentukan.,Ruang udara terkawal yang diukur dari aras tertentu hingga ketinggian tidak terbatas, kecuali jika ditentukan.
exemptkecualiPentadbiranTiadaTiada
except gateget kecualiKejuruteraanTiadaTiada
except for opinionpendapat kecualiEkonomiTiadaTiada
management by exceptionpengurusan secara kecualiSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
metallogamKimiaTiadaUnsur yang mudah membentuk ion positif (kation), mengalirkan haba dan elektrik, merelap, mulur, tertempakan dan mempunyai ketumpatan dan takat lebur yang tinggi. unsur logam trletak di sebalah kiri jadual berkala, kecuali hidrogen. Semua logam, berbentuk pepejal pada suhu bilik, kecuali merkuri yang berbentuk cecair. lacimnya, logam membentuk oksida yang bersifat bes, dan menyesarkan hidrogen daripada asid mineral cair. Misalnya, kuprum, plumbum, natrium, dan aluminium.
orthopneaortopneaPerubatanTiadaSusah bernafas kecuali semasa berdiri atau duduk tegak.
constrainkekangMekanikGunaanMembataskan gerakan, iaitu menetapkan sesuatu jasad pada kedudukan tertentu ataupun pada laluan gerakan yang tertentu. Perbuatan mengekang ini menghalang semua ragam gerakan kecuali yang menjadi objek pengekangan itu. Dalam beberapa kes, kekang memberi kesan penghalangan gerakan sepenuhnya. Perhatikan bahawa makna ‘kekang’ berbeza dengan’halang’ yang bermaksud ‘membenarkan semua ragam gerakan kecuali yang menjadi objek penghalangan itu’ Lihat juga gerakan terkekang, gerakan tak terkekang, halang.
orthopneaortopneaPerubatanTiadaTidak dapat bernafas kecuali tegak atau bersandar.
12345678910...

Kembali ke atas