Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cu.bung] | کچوبوڠ

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek, yg bijinya memabukkan), Datura metel; 2. = ~ hitam (putih) sj tumbuhan (herba), Datura metel (fastuosa); ~ hutan (rimba) sj tumbuhan (pokok renek), jambul siul, kayu tabat, kemantan, kematan, pisang hutan kecil, Randia macrophylla; ~ paya sj tumbuhan (pokok renek), jambu air, jenjarum, kepayang air, Gardenia tentacu-lata; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar batu, akar perut gagak (kerbau betina), Byttneria maingayi; batu ~ sj batu permata yg berwarna spt bunga kecubung; ~ berulam ganja prb sama-sama jahat; berkecubung berbentuk spt bunga kecubung (spt corong atau trompet); mulut ~ a) mulut (pemuras) yg berbentuk spt trompet; b) manis mulutnya (sangat lemah lembut percakapan­nya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cu.bung] | کچوبوڠ

Definisi : Kl, Tr bengkak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cu.bung] | کچوبوڠ

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya memabukkan), Datura metel. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecubung

Puisi
 

Merabung kita merabung,
     Atas rabung dipulak ambuk;
Walau harum bunga kecubung,
     Kalau termakan memberi mabuk.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
KecubungDatura metelPertanianTiadaSejenis renek daripada famili Solanaceae. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat dan tepinya sinuat. Pokok ini ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Bunganya berbentuk corong dan berwarna putih. Buah bentuk bulat berduri dan mengandungi banyak biji. Daunnya digunakan secara luaran untuk sengal-sengal tulang, sakit sendi, terseliuh dan sakit telinga. Daun dan bunganya dibuat pupuk bersama bawang merah (Allium cepa) dan halia (Zingiber officinale) untuk mengubati sengal tulang. Hirisan daun dihisap seperti rokok untuk mengubati lelah dan resdung. Daun yang dilayur ditampal pada bahagian bawah abdomen untuk melegakan sembelit. Buahnya sangat beracun serta mempunyai kesan narkotik dan anestetik (bius) yang boleh menyebabkan khayal dan menghilangkan rasa sakit gigi.
daturakecubungKimiaForensikTumbuhan beracun daripada spesies Datura stramonium yang mengandungi 0.25% - 0.5% atropina atau alkaloid yang berkaitan. Sinonim datura Lihat juga keracunan atropina.
oriental amethystkecubung timurGeologiTiadaTiada
occidental amethystkecubung baratGeologiTiada1. Varieti nilam.,2. Varieti korundum.,3. Sejenis kecundang palsu.
Datura metelkecubungHerbaBotani dan BioteknologiPokok renek daripada famili Solanaceae. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat dan tepinya sinuat. Pokok ini ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Bunganya berbentuk corong dan berwarna putih. Buahnya berbentuk bulat berduri dan mengandungi banyak biji. Daunnya digunakan secara luaran untuk merawat sengal tulang, sakit sendi, terseliuh dan sakit telinga. Daun dan bunganya dibuat pupuk bersama bawang merah (Allium cepa) dan halia (Zingiber officinale) untuk mengubati sengal tulang. Hirisan daun dihisap seperti rokok untuk mengubati lelah dan resdung. Daun yang dilayur ditampal pada bahagian bawah abdomen untuk melegakan sembelit. Buahnya sangat beracun serta mempunyai kesan narkotik dan anestetik yang boleh menyebabkan khayal, dan boleh menghilangkan sakit gigi.
amethystametis; batu; kecubungFizikTiadaVarieti kuarza berwarna lembayung atau ungu terang, dan digunakan sebagai permata; SiO2.
amethystametis; batu; kecubungGeologiTiadaVarieti kuarza berwarna lembayung atau ungu terang, dan digunakan sebagai permata; SiO2.
amethystametis; batu; kecubungKejuruteraanTiadaVarieti kuarza berwarna lembayung atau ungu terang, dan digunakan sebagai permata; SiO2.
amethystametis; batu; kecubungKimiaTiadaVarieti kuarza berwarna lembayung atau ungu terang, dan digunakan sebagai permata; SiO2.
Jimsom weed (Datura stramonium)kecubung (Datura stramonium)PertanianTiadaTiada
12

Kembali ke atas