Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dah.sya.tan] | کدهشتن

Definisi : 1. ketakutan, kengerian; 2. kehebatan: ~ serangan yg dilancarkan; 3. kehairanan, keajaiban: mereka melihat kein­dahan dan ~ dunia di sekeliling mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dah.sya.tan] | کدهشتن

Definisi : keadaan dahsyat; kehebatan: Dia tidak dpt menceritakan ~ pertunjukan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedahsyatan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH AL-HAQQAH

Surah al-Haqqah ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah ke-69 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 52 ayat.

Surah ini dinamakan al-Haqqah kerana

menerangkan tentang kedahsyatan hari kiamat dan

golongan yang mendustakan ajaran Allah S.W.T.

UMUM 
ANDREYEV, LEONID

Andreyev, Leonid (1817–1919), penulis puisi dan

penulis drama Rusia. Andreyev mencipta mood

pesimisme dan kekecewaan yang ekstrem dalam

kebanyakan karyanya. Beberapa penulisannya

berkisar tentang tema kesunyian dan penderitaan

manusia. Cerpennya yang paling terkenal, “The Red

Laugh” (1904) menerokai kedahsyatan dan

keganasan peperangan. Novel pendek “The Seven

That Were Hanged” (1908) meneliti perasaan lima

orang revolusioner dan dua orang pembunuh yang

sedang menanti saat kematian mereka. Drama

Andreyev yang paling popular ialah The Life of Man

(1906) dan He Who Gets Slapped (1915). Leonid

Nikolayevich Andreyev lahir di Orel.

UMUM 

Kembali ke atas