Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dai] | کداي

Definisi : bangunan tempat menjual barang-barang, gerai, toko; rumah ~ bangunan tempat tinggal dan juga berniaga; ~ bar kedai tempat menjual minuman keras; ~ kopi kedai tempat menjual minuman dan kuih-muih; ~ lesen gerai tempat menjual makanan dan minuman; ~ makan kedai tempat menjual makanan (nasi dll); ~ minyak kedai tempat menjual minyak petrol; ~ pajak pajak gadai; ~ runcit kedai yg menjual barang-barang sedikit-sedikit kpd pengguna; ~ serbaneka kedai yg menjual aneka jenis barang; ~ urup- urup tempat menukar wang; berkedai 1. membeli-belah di kedai; 2. mem­punyai kedai, berniaga di kedai, membuka kedai: tidak banyak orang Melayu yg ~ di sana; ~ kopi menjual minuman dan kuih-kuih di kedai; mengedaikan menunjukkan (mempamer kan) barang-barang dagangan: di pasar telah disediakan tempat ~ barang-barang itu; terkedai telah dikedaikan, telah dipamerkan (bkn barang-barang dagangan dll): barang lukisan dan ukiran, sekaliannya ~ dgn permainya; kedaian 1. tempat berkedai; 2. almari dll tempat mempamerkan barang-barang dagangan: mereka melihat-lihat barang-barang yg tersusun dgn baik dlm tiap-tiap ~; perkedaian 1. perihal berkedai; 2. tempat berkedai, 3. sj tempat di kedai utk mem­pamerkan barang-barang dagangan; 4. barang yg dikedaikan (dipamerkan); pekedai penjual di kedai, orang yg berkedai; ~ kecil pekedai yg berniaga secara kecil-kecil­an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dai] | کداي

Definisi : bangunan tempat barang-barang, makanan dll dijual; toko. ~ kain kedai tempat bermacam-macam jenis kain dijual. ~ kopi kedai tempat minuman (kuih dll) dijual. ~ minyak kedai tempat minyak dijual. ~ pajak kedai tempat barang-barang kemas dll digadai atau digadaikan. ~ runcit kedai tempat barang-barang dijual secara kecil-kecilan (runcit). berkedai 1 membuka kedai; berniaga di kedai: Sudah banyak orang Melayu yg ~ di sana. 2 membeli-belah di kedai; berbelanja di kedai. pekedai orang yg berkedai; orang yg berniaga atau berjual di kedai: ~ kecil pekedai yg berniaga secara kecil-kecilan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kedai (kata nama)
Bersinonim dengan gerai, toko, warung, bangsal, stor, wisma dagang, pasar, studio, butik, lepau;,
Kata Terbitan : berkedai, mengedaikan, pekedai,

Puisi
 

Bawang dibeli di kedai Cina,
     Cina apek di kedai kopi;
Adik ikut barang ke mana,
     Adik hendak bersama mati.


Lihat selanjutnya...(28)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEDAI RANTAIAN

Kedai rantaian ialah kedai runcit yang tambah

bilangannya hingga menjadi rantaian kedai yang

sama dengan meliputi sesuatu kawasan tertentu,

keseluruhan sesebuah negeri, ataupun beberapa

buah negara.

UMUM 
KEDAI SERBANEKA

Kedai serbaneka merupakan kedai yang sangat

besar yang menjual pelbagai jenis barangan dalam

beberapa bahagian yang berasingan tetapi ia

diuruskan di bawah satu pengurusan. Ia juga

menyediakan pelbagai kemudahan perkhidmatan.

UMUM 
KEDAI TERBUKA

Kedai terbuka ialah perniagaan yang menggaji

kedua-dua pekerja kesatuan dan bukan kesatuan.

Ia berlawanan dengan kedai tutup, yang hanya

menggaji ahli kesatuan.

UMUM 
NYANYIAN KUARTET KEDAI GUNTING RAMBUT

Nyanyian kuartet kedai gunting rambut

merupakan gaya harmoni menggunakan empat

suara. Dalam muzik kedai gunting rambut, empat

suara menghasilkan kord empat bahagian yang

sempurna pada hampir setiap not. Penyanyi

kumpulan biasanya menyanyikan a cappella (tanpa

iringan alat muzik).

UMUM 
RUMAH KEDAIBangunan yang menempatkan ruang perniagaan di tingkat bawah dan ruang kediaman di tingkat atas.KEJURUTERAANBangunan/Kota
PUSAT MEMBELI-BELAH

Pusat membeli-belah ialah kumpulan kedai

jualan runcit dan pejabat perniagaan dan

profesional yang dibina dan diuruskan sebagai

satu unit. Di pusat membeli-belah ini, urusan

perniagaan dikumpulkan mengelilingi satu

kawasan pejalan kaki terbuka yang dikenali sebagai

kawasan membeli-belah (mall) .

UMUM 
SEWA BELI

Sewa beli ialah satu kaedah pembelian secara

hutang. Kedai yang menjual barangan secara sewa

beli selalunya menghendaki pembeli membayar

sebahagian daripada harga barangan pada masa ia

dijual. Pembeli kemudiannya akan membuat

beberapa kali bayaran yang sama banyaknya

seperti yang dinyatakan, sehingga bayaran

dilunaskan sepenuhnya. Bayaran ini dikenali

sebagai bayaran tertunda dan tempoh masa

pembayarannya boleh dilanjutkan.

UMUM 
PERNIAGAAN

Perniagaan, termasuk kesemua kegiatan

pengeluaran barang dan perkhidmatan secara

komersial. Pengeluar terdiri daripada kedai kecil

yang dimiliki oleh orang perseorangan sehingga

kepada organisasi besar yang dimiliki oleh beribu-

ribu pemegang saham. Perkataan perniagaan boleh

merujuk kepada pengeluar barang atau

perkhidmatan yang sama, seperti perniagaan

pakaian , perniagaan hiburan, atau perniagaan

insurans . Perusahaan perniagaan oleh individu

juga boleh dipanggil sebagai perniagaan.

UMUM 
KOD JALUR

Kod jalur ialah cara untuk melabelkan barang

yang dijual di kedai dan item-item lain. Kod jalur

terdiri daripada satu corak garisan dan jalur dan

komputer boleh menterjemahkannya.

UMUM 
PULAU MANHATTAN

Pulau Manhattan ialah pusat perdagangan,

kewangan, penerbitan, dan kebudayaan New York

City. Setiap hari berjuta-juta manusia berulang-alik

untuk bekerja di pejabat, kilang, kedai dan teater.

Manhattan mempunyai penduduk seramai

1 428 285 orang dan kawasan seluas 62 kilometer

persegi, termasuk 31 kilometer persegi kawasan

air pedalaman. Pulau ini membentuk borough

(daerah) Manhattan, kawasan terkecil di antara lima

borough New York . Sungai East ialah sempadan

timurnya, sementara Hulu Teluk New York terletak

di selatan, Sungai Hudson di barat, dan Sungai

Harlem dan Spunyten Duyvil Creek di utaranya.

Jambatan, feri, dan terowong menghubungkan

pulau ini dengan borough lain dan New Jersey.

UMUM 
123

Kembali ke atas