Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dai] | کداي

Definisi : bangunan tempat menjual barang-barang, gerai, toko; rumah ~ bangunan tempat tinggal dan juga berniaga; ~ bar kedai tempat menjual minuman keras; ~ kopi kedai tempat menjual minuman dan kuih-muih; ~ lesen gerai tempat menjual makanan dan minuman; ~ makan kedai tempat menjual makanan (nasi dll); ~ minyak kedai tempat menjual minyak petrol; ~ pajak pajak gadai; ~ runcit kedai yg menjual barang-barang sedikit-sedikit kpd pengguna; ~ serbaneka kedai yg menjual aneka jenis barang; ~ urup- urup tempat menukar wang; berkedai 1. membeli-belah di kedai; 2. mem­punyai kedai, berniaga di kedai, membuka kedai: tidak banyak orang Melayu yg ~ di sana; ~ kopi menjual minuman dan kuih-kuih di kedai; mengedaikan menunjukkan (mempamer kan) barang-barang dagangan: di pasar telah disediakan tempat ~ barang-barang itu; terkedai telah dikedaikan, telah dipamerkan (bkn barang-barang dagangan dll): barang lukisan dan ukiran, sekaliannya ~ dgn permainya; kedaian 1. tempat berkedai; 2. almari dll tempat mempamerkan barang-barang dagangan: mereka melihat-lihat barang-barang yg tersusun dgn baik dlm tiap-tiap ~; perkedaian 1. perihal berkedai; 2. tempat berkedai, 3. sj tempat di kedai utk mem­pamerkan barang-barang dagangan; 4. barang yg dikedaikan (dipamerkan); pekedai penjual di kedai, orang yg berkedai; ~ kecil pekedai yg berniaga secara kecil-kecil­an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dai] | کداي

Definisi : bangunan tempat barang-barang, makanan dll dijual; toko. ~ kain kedai tempat bermacam-macam jenis kain dijual. ~ kopi kedai tempat minuman (kuih dll) dijual. ~ minyak kedai tempat minyak dijual. ~ pajak kedai tempat barang-barang kemas dll digadai atau digadaikan. ~ runcit kedai tempat barang-barang dijual secara kecil-kecilan (runcit). berkedai 1 membuka kedai; berniaga di kedai: Sudah banyak orang Melayu yg ~ di sana. 2 membeli-belah di kedai; berbelanja di kedai. pekedai orang yg berkedai; orang yg berniaga atau berjual di kedai: ~ kecil pekedai yg berniaga secara kecil-kecilan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kedai (kata nama)
Bersinonim dengan gerai, toko, warung, bangsal, stor, wisma dagang, pasar, studio, butik, lepau;,
Kata Terbitan : berkedai, mengedaikan, pekedai,

Puisi
 

Bawang dibeli di kedai Cina,
     Cina apek di kedai kopi;
Adik ikut barang ke mana,
     Adik hendak bersama mati.


Lihat selanjutnya...(28)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
urup-urup; kedai ~ kedai tempat menukar wang;Kamus Dewan Edisi Keempat
urup; urup-urup; kedai ~ kedai tempat menukar wang; mengurup 1. sl menukar wang (wang besar dgn wang kecil dll); 2. menukar barang dgn barang (dlm perdagangan dll); urup-urupan berniaga dgn menukar-nukar barang dagangan; pengurup penukar wang.Kamus Dewan Edisi Keempat
berkedai1. membeli-belah di kedai; 2. mem­punyai kedai, berniaga di kedai, membuka kedai: tidak banyak orang Melayu yg ~ di sana; ~ kopi menjual minuman dan kuih-kuih di kedai;Kamus Dewan Edisi Keempat
stok1. barang dagangan (tersimpan di kedai-kedai) utk dijual; 2. himpunan barang yg tersimpan di stor dll; 3. saham; ~ penimbal simpanan sesuatu komoditi oleh pihak berkuasa dsb utk mengatasi masalah turun naik penawaran dan harga yg tidak menentu; 4. (Bio) bahagian batang sesuatu tumbuhan yg menerima tunas drpd tumbuhan lain dlm pencantuman.Kamus Dewan Edisi Keempat
arked(arkéd) laluan atau lorong berbumbung atau bertutup dgn kedai-kedai kecil di kiri kanannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
berangkaidirangkaikan (antara satu dgn yg lain), bersambung: Pasar Besar mempunyai kedai-kedai ~ yg menjual pelbagai jenis barangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
tekstil(tékstil) barang tenun (kain putih, sutera, dll); kilang ~ kilang barang-barang tenun; kedai ~ kedai barang-barang tenun.Kamus Dewan Edisi Keempat
situ I(kata yg menunjukkan) tempat yg tidak jauh dr orang yg berbicara: kedai-kedai Cina yg ada dekat-dekat ~ telah menurunkan har­ga barang-barang jualan mereka; di situ 1. di tempat itu: ia duduk dan me­nyandarkan badannya ~; 2. bp awak, engkau, kamu; 3. pd waktu (ketika, masa) itu; ke situ ke tempat itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
sebelah-menyebelahpd kedua-dua bahagian atau pd arah yg bertentangan; seberang-menyeberang letaknya : Kedai-kedai besar berbanjar di ~ jalan raya itu.Kamus Pelajar
kedaibangunan tempat barang-barang, makanan dll dijual; toko. ~ kain kedai tempat bermacam-macam jenis kain dijual. ~ kopi kedai tempat minuman (kuih dll) dijual. ~ minyak kedai tempat minyak dijual. ~ pajak kedai tempat barang-barang kemas dll digadai atau digadaikan. ~ runcit kedai tempat barang-barang dijual secara kecil-kecilan (runcit). berkedai 1 membuka kedai; berniaga di kedai: Sudah banyak orang Melayu yg ~ di sana. 2 membeli-belah di kedai; berbelanja di kedai. pekedai orang yg berkedai; orang yg berniaga atau berjual di kedai: ~ kecil pekedai yg berniaga secara kecil-kecilan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas